SHAH ALAM: Beberapa penghantar makanan ᴅɪʙᴜʀᴜ susulan insiden ᴘᴇʀɢᴀᴅᴜʜᴀɴ dan ᴍᴇᴍᴜᴋᴜʟ seorang lelaki selepas berlaku ᴋᴇᴍᴀʟᴀɴɢᴀɴ di Jalan Persiaran Setia Perdana, Setia Alam, semalam.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, ᴋᴇᴍᴀʟᴀɴɢᴀɴ pada 5.30 petang itu membabitkan penunggang motosikal yang juga penghantar makanan dengan sebuah lori.
Katanya, penunggang itu mengalami ᴘᴀᴛᴀʜ tangan kanan dan ᴅɪʀᴀᴡᴀᴛ di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.
“Siasatan mendapati ᴘᴇʀɢᴀᴅᴜʜᴀɴ terjadi antara sekumpulan lelaki yang juga penghantar makanan dengan pemandu lori terbabit.
“ᴋᴇᴄᴇᴅᴇʀᴀᴀɴ dialami pemandu itu belum dipastikan dan kita dimaklumkan dia akan hadir pada tengah hari ini untuk buat laporan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Baharudin berkata, pihaknya sudah menahan dua penghantar makanan berumur 20 tahun dan 25 tahun di sekitar Shah Alam bagi membantu siasatan kes ᴘᴇʀɢᴀᴅᴜʜᴀɴ itu, semalam.
“Usaha untuk mengesan ꜱᴜꜱᴘᴇᴋ lain sedang giat dijalankan dan kes disiasat mengikut ꜱᴇᴋꜱʏᴇɴ 147/427 Kanun ᴋᴇꜱᴇᴋꜱᴀᴀɴ,” katanya.
Menurutnya, siasatan juga dibuat mengikut ꜱᴇᴋꜱʏᴇɴ 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi kes ᴋᴇᴍᴀʟᴀɴɢᴀɴ.
Beliau menasihati masyarakat supaya tidak mengambil tindakan melulu dalam apa jua situasi yang boleh menyebabkan berlaku ᴘᴇʟᴀɴɢɢᴀʀᴀɴ ᴜɴᴅᴀɴɢ-ᴜɴᴅᴀɴɢ.
Sebelum ini tular di media sosial, video yang menunjukkan sekumpulan penghantar makanan ᴍᴇᴍᴜᴋᴜʟ pemandu selepas berlaku ᴋᴇᴍᴀʟᴀɴɢᴀɴ.
Rakaman yang tular
Reaksi warga maya
Kebanyakkan yang berlaku selalu tak tahu cerita sebenar
Jangan bertindak mengikut emosi
Kerja kena kerja betul-betul
Kebanyakkan rider masih muda dan selalu ikut emosi
Jangan salahkan sesiapa, kena siasat dulu
Habis jatuh reputasi rider lepas ini
Pekerja HR memberi pandangan
JOM MEMBELI SAMBIL MENYUMBANG!
Link Shopee: Rot N Friends Shop
Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: