spot_img

Viral Rakaman Anak Kongsi Pengalaman Aneh Bapa Bertugas Di Kapal

- Advertisement -

SHAH ALAM – Tidak ramai mampu menggalas tugas berada di sebuah kapal atau berkerja di kapal dalam tempoh yang lama kerana memikirkan risiko dihadapi mereka di tengah laut bergelora.

Namun menurut pelayar Twitter bernama Iqram, kegigihan bapanya berada di tengah laut demi membesarkannya wajar dibanggakan.

Iqram juga berkongsi pengalaman aneh bapanya yang sempat dikongsi ketika berkerja di kapal yang pastinya menarik perhatian warganet.

- Advertisement -

“Ayah bertahun kerja atas kapal, kapal kargo, haji. Banyak cerita pasal laut ku dah dengar, lagi-lagi cerita atas kapal orang pergi haji.

“Laut kata dia memang menenangkan dan menyeramkan. Orang terjun dari kapal sebab dengar kena panggil, jumpa rakan atas kapal pada hal sudah turun, ada juga jadi gila sebab lama tak nampak daratan,” ciapnya.

Bukan itu sahaja, ciapnya, pengalaman bersama jemaah haji pasti sukar dilupakan.

- Advertisement -

“Masa ayah atas kapal haji, pernah jumpa lelaki yang dia sangka jemaah haji namun bukan. Seorang ustaz memberitahu apa yang ayah nampak bukan manusia sebaliknya jin Islam atau malaikat.

“Di tengah-tengah laut tiba-tiba terdengar azan berkumandang namun tidak tahu dari arah mana,” katanya.

Bercerita lanjut, sekiranya berlaku ᴋᴇᴍᴀᴛɪᴀɴ dalam kalangan jemaah haji, bapanya pernah melihat perkara aneh iaitu ikan menyambut ᴊᴇɴᴀᴢᴀʜ jemaah haji.

- Advertisement -

“Masa ada ᴋᴇᴍᴀᴛɪᴀɴ, ikan sambut ᴊᴇɴᴀᴢᴀʜ, berkumpul-kumpul sambut ᴊᴇɴᴀᴢᴀʜ membuatkan semua insaf,” ciapnya yang tular di laman sosial.

Selain itu jelasnya, kehidupan di laut tiada bezanya dengan kehidupan di daratan kerana setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya dan begitulah sebaliknya.

“Laut ni macam kita atas darat, tak jaga mulut, bah menimpa. Krew cakap besar, sekali ribut macam dalam video tu datang, tiada amaran apa pun,” ciapnya merujuk satu rakaman video di bebenang Twitternya.

Video berdurasi 30 saat itu mendapat 276,200 tontonan dari netizen yang rata-rata kagum dengan kebesaran ALLAH SWT.

Kata @AdDien90, “Saya pernah naik kapal laut. Bila duduk tengah-tengah laut rasa sangat kerdil, takut dan penuh tawakal. Sebab itu sebahagian ulama tafsir kata fitrah mengakui Kebesaran Tuhan terlihat ketika berada di tengah ᴋᴇɢᴀɴᴀꜱᴀɴ laut sebagaimana ꜰɪʀᴀᴜɴ sebelum ditenggelamkan. Allahu akbar,” ciapnya.

Satu soalan telah ditujukan kepadanya.

Ustaz @AdDien90, betul ke saya pernah dgr, setiap hari lautan nak menghancurkan daratan kerana manusia selalu ʙᴇʀᴍᴀᴋꜱɪᴀᴛ kepada Allah tapi tak boleh sebab Allah tak izinkan?..sekian.

“Tidak ada suatu malam melainkan laut memerhatikan bumi tiga kali, memohon kepada Allah untuk menenggelamkan manusia (disebabkan ᴍᴀᴋꜱɪᴀᴛ manusia), namun Allah menahannya.” [Ahmad, dinilai dhaif oleh Ahmad Syakir, As-Suyuti etc]. Boleh guna as reminder. Ocean is so scary to be honest.”  Jawabnya.

Rakaman yang tular

Reaksi warga maya

Hadis Dhaif?

Laut memang menakutkan

Tafsir dari surah?

Hadis Dhaif boleh digunapakaikah?

JOM MEMBELI SAMBIL MENYUMBANG!

Link Shopee: Rot N Friends Shop

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL