spot_img

Viral KKM Terima 109,806 Panggilan Masalah Psikologi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kehilangan pekerjaan dan pendapatan, hilang tempat bergantung, ᴘᴇʀɢᴀᴅᴜʜᴀɴ antara ahli keluarga dan masalah rumah tangga antara aduan yang sering diterima Talian Bantuan Sokongan Psikososial.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Talian Bantuan Sokongan Psikososial yang diwujudkan sejak 25 Mac tahun lalu mendapati kebanyakan pemanggil memerlukan sokongan emosi dan kaunseling.

“Daripada 1 Januari sehingga 18 Jun lalu, talian terbabit menerima sebanyak 122,328 panggilan.

- Advertisement -

“Daripada jumlah itu sebanyak 109,806 panggilan (89.4 peratus) adalah berkait rapat dengan isu-isu psikologi kesan daripada pelbagai masalah sosial.

“Antaranya ialah kehilangan pekerjaan dan pendapatan, hilang tempat bergantung, ᴘᴇʀɢᴀᴅᴜʜᴀɴ antara ahli keluarga dan masalah rumah tangga (pertengkaran, perpisahan, perceraian), ᴘᴇɴᴅᴇʀᴀᴀɴ (emosi dan fizikal),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mewujudkan beberapa inisiatif dalam menangani gejala tekanan yang dihadapi.

- Advertisement -

“Antaranya ialah bekerjasama dengan MERCY Malaysia dalam memberikan perkhidmatan talian bantuan sokongan psikososial yang berpusat di CPRC sejak 25 Mac tahun lalu dan bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dengan mewujudkan talian bantuan masing-masing iaitu KSK Care (JAKIM) dan Talian KASIH.

“Manakala di peringkat lapangan seperti hospital dan klinik kesihatan, Perkhidmatan Kesihatan ᴍᴇɴᴛᴀʟ dan Sokongan Psikososial (MHPSS) turut disediakan untuk kumpulan sasar.

“KKM turut melaksanakan sesi webinar kepada masyarakat tentang topik kesihatan ᴍᴇɴᴛᴀʟ yang berkait rapat dengan tekanan semasa pandemik Covid-19,” katanya.

- Advertisement -

Menurutnya, impak psikologi perlu diberi perhatian dalam menghadapi ᴀɴᴄᴀᴍᴀɴ ᴡᴀʙᴀᴋ Covid-19 ini.

“Umum mengetahui bahawa perasaan ᴄᴇᴍᴀꜱ, gemuruh serta sedih ketika menghadapi tekanan adalah sebahagian dari kehidupan terutamanya ketika berhadapan pandemik Covid-19 ini.

“Namun keadaan tekanan ini akan menjadi masalah jika ianya berpanjangan atau menjejaskan fungsi harian individu terbabit. Segeralah dapatkan penilaian psikiatri jika ini berlaku,” katanya.

Reaksi warga maya

Hidup umpama roda andai masih di atas urus la kewangan anda sebijaknya

Semua sebab duit, ramai hilang kerja tiada pendapatan.

Ramai buat keputusan tanpa berfikir kerana kehilangan punca pendapatan dan gagal sara keperluan keluarga.

Staf KKM sendiri pun mental ᴋᴏʏᴀᴋ

Bilalah nak habis ʟᴏᴄᴋᴅᴏᴡɴ ni

ᴘᴇʀɢᴀᴅᴜʜᴀɴ dalam rumah tangga memang ada, macam saya pun hari2 ɢᴀᴅᴜʜ

Nak Jana Pendapatan Dari Rumah?

Sila Layari Auto Shopee 2021

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL