spot_img

Viral Rakaman Penunggu Harta Sultan Mahmud Di Pulau Nangka

- Advertisement -

MELAKA – Kerajaan Melaka tidak pernah berhenti mencari harta karun bernilai berbilion ringgit yang ᴅɪᴅᴀᴋᴡᴀ disembunyikan oleh Sultan Mahmud Shah di Pulau Nangka di sini.

Harta yang disembunyikan di dalam 84 buah peti oleh sultan terakhir Melaka sebelum dijajah Portugis pada tahun 1511 itu masih tersimpan rapi kerana pihak berkuasa masih belum diberi ‘kata kunci’ untuk membawa keluar harta yang ᴅɪᴅᴀᴋᴡᴀ dikawal ‘penunggu’. Harta-harta itu disimpan di dalam peti yang setiap satunya sepanjang 1.8 meter bersamaan saiz ᴋᴇʀᴀɴᴅᴀ ᴍᴀʏᴀᴛ orang.

Sejak beberapa tahun lalu, nama Pulau Nangka tiba-tiba menjadi popular dan sebutan ramai. Tiada siapa menyangka, pulau yang dinamakan berdasarkan bentuk fizikalnya seperti buah nangka itu ada satu rahsia besar.

- Advertisement -

Pulau kecil tidak berpenghuni dengan keluasan kira-kira 20 hektar, terletak kira-kira 17 kilometer dari kawasan pantai serta empat kilometer dari Pulau Besar, berhampiran Umbai dikatakan menyimpan 1,001 rahsia tersendiri yang belum terungkai sehingga kini.

PULAU Nangka.

Rahsia berkenaan adalah harta karun dipercayai milik sultan terakhir Melaka, Sultan Mahmud Shah yang dikatakan ditanam di pulau itu dengan nilainya dianggarkan berbilion ringgit.

Mengikut sejarah, Sultan Mahmud dikatakan menanam sebahagian hartanya berupa wang emas, pakaian dan jongkong di pulau itu ketika penjajahan Portugis pada tahun 1511, manakala sebahagian lagi dibawanya bersama.

- Advertisement -

Pulau Nangka diwartakan sebagai milik Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) pada tahun 1997 dikelilingi kira-kira 10 pulau kecil yang tidak dihuni, kecuali Pulau Besar dan Pulau Undan.

HARTA karun peninggalan Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka dipercayai terdapat di sekitar Pulau Nangka.

Di tengah Pulau Nangka ini pula terdapat sebuah bukit dengan ketinggian sekitar kira-kira 50 meter dari paras laut, manakala di puncak bukit itu pula terdapat banyak tumbuhan renek, pokok besar, makam lama dan pelbagai lagi tinggalan sejarah.

Terdapat juga ᴍᴀᴋᴀᴍ pahlawan di sekitar lereng bukit itu yang menghadap ke arah laut. Namun, tidak dapat dipastikan ᴍᴀᴋᴀᴍ siapa ia sebenarnya.

- Advertisement -

Namun, pendedahan media sejak beberapa tahun lalu mengenai pencarian harta karun menarik lebih perhatian apabila kerajaan Melaka melantik sebuah syarikat, Smart Partnership International Sdn Bhd bagi mengkaji dan mengeluarkan harta dipercayai masih tertanam di pulau itu.

HARTA karun peninggalan Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka dipercayai terdapat di sekitar Pulau Nangka.

Ketua Menteri Melaka pada tahun 2014, Datuk Seri Idris Haron sendiri mendedahkan usaha mencari harta karun itu sebenarnya sudah bermula secara senyap sejak kira-kira 30 tahun lalu.

“Emas yang ada di situ bukan berbentuk jongkong, tetapi berbentuk seperti timun. Sebelum ini, ada individu yang sudah berjaya menembusi tempat itu. Tapi, apabila mereka pegang emas untuk bawa keluar, kaki mereka tidak boleh melangkah. Apabila diletakkan kembali emas itu, barulah mereka boleh melangkah semula,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Besar PERZIM pada tahun 2014, Datuk Khamis Abas, mengulas perkembangan terkini berkata, segala kerja pencarian harta karun kini sudah dihentikan pada tahun 2014.

HARTA karun peninggalan Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka dipercayai terdapat di sekitar Pulau Nangka.

Katanya, ia berikutan kegagalan sebuah syarikat mematuhi syarat yang ditetapkan apabila ᴍᴇʀᴏꜱᴀᴋᴋᴀɴ alam sekitar pulau berkenaan.

“Setakat ini, hanya dua syiling lama saja yang berjaya ditemui sepanjang kerja pencarian harta karun di pulau ini,” katanya sebuah Akhbar Tempatan.

Dua syiling berkenaan ditemui oleh syarikat Smart Partnership pada April tahun 2014 ketika melakukan kerja penggalian di lokasi dipercayai laluan ke pintu masuk tempat harta itu ditemui.

PENGURUS Besar, Perbadanan Muzium Melaka 2015, Datuk Khamis Abas menunjukkan duit syiling yang dijumpai semasa pencarian harta karun di Pulau Nangka pada April tahun 2014 lalu.

Syiling itu dikatakan dibuat oleh kerajaan Majapahit berdasarkan tulisan yang tertera di atasnya. Melalui teknik imbasan yang dilakukan oleh syarikat berkenaan, sebanyak 96 peti besi dikesan ᴍᴇɴɢᴀɴᴅᴜɴɢɪ pelbagai syiling emas berada dalam satu ruang kosong di bawah lubang di kawasan tempat syiling itu ditemui.

Seorang penduduk tempatan, Yaakop Husin, 75, berkata beliau tidak pernah mendengar mengenai kewujudan harta karun di pulau Nangka sejak kecil.

Katanya, beliau kurang percaya dengan ᴅᴀᴋᴡᴀᴀɴ mengenai harta karun itu kerana jika tidak sudah tentu ramai masyarakat di sekitar Umbai dan Serkam mengetahuinya lebih awal.

“Pulau ini sudah tentu menjadi rata sekarang jika benar ada harta karun di dalamnya, tetapi sehingga kini tiada sesiapa yang pernah menjumpainya,” kata pesara kakitangan kerajaan itu lagi.

KERJA ᴍᴇɴᴇʙᴜᴋ bahagian bongkah batu oleh syarikat Smart Partnership International (M) Sdn Bhd di Pulau Nangka.

INFO Teori harta karun yang ditanam di Pulau Nangka

* Ia dikatakan sebahagian daripada kekayaan yang disimpan oleh sultan terakhir Melaka, Sultan Mahmud Shah.

* Sultan Mahmud dikatakan membawa sebahagian besar jongkong emas daripada ᴅɪʀᴀᴍᴘᴀꜱ Portugis yang menakluk Melaka pada tahun 1511.

* Buku sejarah mengatakan Sultan Mahmud cuba menawan semula Melaka tetapi tidak berjaya beberapa kali, mungkin kerana kekayaan yang masih ditinggalkan baginda.

* Menurut pakar sejarah Portugis pada abad ke-16, Portugis Fernao Lopes de Castanheda, ᴛᴇɴᴛᴇʀᴀ yang ᴍᴇɴᴀᴡᴀɴ Melaka tidak dapat mencari kekayaan Sultan.

* Apa yang dicari adalah emas dalam bentuk jongkong, sutera, lakuer dan porselin.

* Pulau Nangka terletak kira-kira empat kilometer dari pulau utama Melaka, iaitu Pulau Besar, destinasi tarikan pelancong yang popular.

* Pulau berbatu berkeluasan kira-kira 20 hektar itu mempunyai pantai berpasir begitu luas dengan air jernih yang mengelilinginya.

* Terumbu karang berdekatan pulau berkenaan turut menarik perhatian menarik penyelam.

SALAH satu laluan (dalam bulatan) masuk ke tempat penyimpanan harta karun yang ᴅɪᴛᴇʙᴜᴋ dengan kedalaman lima meter.

Rakaman yang tular

Nak Jana Pendapatan Dari Rumah?

Sila Layari Auto Shopee 2021

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL