spot_img

ᴅɪᴛᴀɴɢᴋᴀᴘ ᴄᴜʀɪ Roti Kerana Anak Lapar Di Rumah, Tetapi Tindakan Polis Ini Dipuji

- Advertisement -

KISAH ini pada mulanya menceritakan kisah yang berlaku di Amerika tentang seorang ibu ᴍᴇɴᴄᴜʀɪ telur untuk beri anaknya makan.

May be an image of 2 people

- Advertisement -

Menerusi ruangan komen pada posting terbabit, seorang pelayar Facebook bernama Muhamad Azizan turut berkongsi kisah tentang bekas Timbalan Ketua Polis Balai atau AOCS membantu seorang lelaki yang mengalami nasib lebih kurang sama seperti cerita di atas.

Menerusi kisah yang dikongsi Muhammad Azizan, perkara ini bermula apabila mereka mendapat maklumat yang seorang pencuri telah ditahan oleh guard di sebuah pasar raya gara-gara ᴍᴇɴᴄᴜʀɪ roti.

“Aku kerja polis, kerja kat Penang. Tak payah aku mention balai mana. Masa tengah kerja dapat call untuk ambil satu ᴛᴀɴɢᴋᴀᴘᴀɴ kes ᴄᴜʀɪ di Tesco (Tesco mana tak payah aku mention).

- Advertisement -

Sampai kat tesco, masuk guard room tengok ada satu laki melayu duduk atas kerusi. Atas meja depan dia ada 2 bungkus roti gardenia.

Dapat info laki ni ᴄᴜʀɪ roti tu. Nilai roti tak sampai RM10. Tiga kali aku tanya guard tu, “takkan nak tangkap juga? Nilai ᴄᴜʀɪ tak sampai RM10?”.

Guard cakap kena ᴛᴀɴɢᴋᴀᴘ jugak, arahan pihak atasan tesco. So, bawa jugak la laki tu naik kereta.

- Advertisement -

Dlm kereta aku tanya kenapa ᴄᴜʀɪ? Dia cakap tak ada duit nk beli, ᴄᴜʀɪ pun utk bgi anak dia makan kat rumah. Terkedu aku dengar.

Dia cakap lagi, anak dia dh 2 hari tak makan nasi, dia cuma mampu bagi anak dia makan keropok mamee sahaja. Keropok mamee yg harga 20sen sebungkus tu.

Lepas aku dengar, bergenang air mata. Terbayang anak kat rumah.

Sampai kat balai, guard tu dh sampai dulu sekali dgn roti gardenia 2 bungkus, barang ᴄᴜʀɪ tu. Dh depan EO nk buat report. Kebetulan timbalan ketua balai (AOCS) baru sampai.

Bila AOCS aku dapat tahu cerita ni, apalagi kena maki guard tu. Tapi guard tu tak boleh buat apa, dia pun cuma ikut arahan atasan dia kata.

AOCS aku suruh call atasan dia datang. Dalam 20 minit datang 1 pompuan melayu, incharge guard tesco tu. Apa lagi berbakul2 lagi pompuan tu kena maki.

Dh insaf kena maki, pompuan tu kata kalau nk settel jugak, laki tu kena bayar 10x ganda dari harga barang yg dicuri.

AOCS aku dengar, dia terus bayarkan 10x ganda nilai roti tu. Dh selesai urusan, melutut laki tu menangis terima kasih kat AOCS aku dlm balai.

AOCS aku cakap apa? “Sekarang ni Allah bukan uji hang, tapi ALLAH tengah uji aku sekarang, untuk tgok apa aku boleh buat dengan pangkat yang aku ada utk bantu sama saudara yg tgh susah”.

Laki tu baru kena buang kerja kilang. Bini lari, ada anak laki sorang umur 5 tahun. Aocs aku siap bagi duit poket utk dia survive 2 beranak.

Selang berapa bulan lepas tu, laki tu datang balik kat balai, cari Aocs aku, dia kata dh dapat kerja baru, dia nk bayarkan balik apa yg Aocs aku tolong dia dulu. Tapi Aocs aku dh pindah ke balai di Nibong Tebal.

Sampai sekarang aku ingat apa yg Aocs aku pesan kat aku. “Kalau nampak org tgh susah, jangan ingat Allah tgh uji orang tu, sebaliknya Allah tgh uji kita, Allah nk tengok apa yg kita boleh buat utk tolong org susah tu”.

Salute kat Aocs aku Sarjan Mejor Shahruddin.

Ungkapan Sarjan Mejar Sharudin itu menjadi bualan di seluruh pelusuk Malaysia apabila cerita beliau membantu ‘ᴘᴇɴᴄᴜʀɪ’ roti di TESCO menjadi tular.

Pernah bertugas di Balai Polis Nibong Tebal, kini Sarjan Mejar Sharudin menghabiskan waktu pencennya di Masjid Taman Seri Tenggara Parit Buntar.

Beliau yang berasal dari Parit Buntar berperwatakan serba sederhana, tidak banyak bercakap. Sehinggakan kisah beliau yang tular ini langsung tidak pernah diceritakan kepada orang lain.

Walaupun berpangkat, namun hati nurani yang Allah kurniakan terhadapnya membuatkan ramai yang tersentuh.

Perkongsian Azizan mengenai kisah Sharudin menjadi tular di media sosial.
Gambar terbaharu Sharudin bersama keluarga pada Aidilfitri yang lalu.

Anak terkejut ayat bapanya, pesara polis jadi pegangan “Dia cool, tak pernah cerita kejadian di tempat kerja”

Zhafrie memberitahu dia sebenarnya terkejut apabila kisah mengenai bapanya tular kerana lelaki itu tidak pernah menceritakan hal tentang kerja di rumah.

“Sekarang pun bapa sudah pencen dan banyak menghabiskan masa di rumah untuk berehat. Saya tahu pun tentang kisahnya yang viral apabila ada orang muat naik kisah bapa berserta gambarnya.

“Terkejut tu memang terkejut tetapi sebagai anak pasti saya ada rasa bangga dengannya kerana bapa sendiri tidak pernah bercerita tentang apa terjadi ketika dia bekerja.

“Alhamdulillah kisah itu menjadi inspirasi kepada ramai orang malah saya sendiri terusik dengan apa diceritakan oleh orang lain tentangnya,” ujarnya.

SOLIDARITI RAKYAT: KEMPEN BENDERA PUTIH. Join Group Kempen Rakyat Malaysia Kibarkan Bendera Putih

Nak Jana Pendapatan Dari Rumah?

Sila Layari Auto Shopee 2021

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL