spot_img

Jimat Duit, Ini Cara Mudah Untuk Jadikan Smartphone Sebagai Webcam Ketika Menggunakan Laptop Atau PC

- Advertisement -

WEBCAM menjadi alat keperluan kepada mereka yang sedang bekerja dari rumah. Tahukah anda dengan menggunakan smartphone, masalah untuk mencari webcam yang mampu milik dah selesai?

Mari admin kongsikan cara mudah untuk korang gunakan smartphone jadi “webcam” bagi peranti laptop atau pc yang tak menyediakan kemudahan ni. Contoh macam admin punya, peranti mahal tapi tak ada webcam, ini 1 kelemahan pada ROG laptop. huhu

Jika dirumah anda ada kemudahan wifi, sangat mudah. Walaubagaimana pun, ada juga cara lain bagi yang tidak punya kemudahan wifi dirumah. Ini caranya.

Muat turun Droidcam Client app

- Advertisement -

Anda hanya perlu memuat turun aplikasi ini pada kedua-dua peranti anda.

Muat turun versi windows: Droidcam Client

- Advertisement -

Muat turun versi android: Droidcam – Webcam PC

Droidcam boleh dimuat turun di Playstore

 

- Advertisement -

Selesai muat turun, cara pemasangan dan penggunaan aplikasi ini cukup mudah. Anda hanya perlu buka aplikasi ini dan pastikan jaringan pada kedua-dua peranti sama. Contohnya, jika laptop anda bersambung dengan wifi ZASNetwork_5G pastikan smartphone anda juga sama jaringannya.

Selepas itu, anda perlu memasukkan IP peranti pada Droidcam Client pada dekstop sama dengan wifi IP smartphone anda. Setelah itu, klik butang start untuk menghubungkan kamera smartphone bersama laptop anda. Mudah kan?

Selain cara wifi, anda juga boleh menggunakan aplikasi ini dengan sambungan USB. Anda hanya perlu hidupkan fungsi Developer pada smartphone dan hidupkan fungsi USB Debugging.

Setelah anda menghubungkan USB pada laptop, buka aplikasi Droidcam anda di laptop dan pilih fungsi USB di sebelah ikon wifi.

Selepas kamera smartphone anda berjaya disambungkan dengan USB dan laptop, smartphone anda sudah berjaya menjadi webcam dan anda boleh buat kerja dari rumah dengan selesa!

Mudah je kan? Tak perlu membazir duit beli webcam yang kualitinya tak sama dengan kamera smartphone anda. Selagi boleh jimat, kita berjimat sementara ekonomi tak berapa nak stabil. Kan?

Paling-paling murah admin pernah tengok harganya RM50 di Shopee. Tetapi kualiti kamera sangat tak memuaskan. Lebih baik pakai smartphone! hehehe

Apa guna beli smartphone mahal-mahal sekadar mampu berswafoto atau bermain game tapi tak boleh dijadikan webcam? hehe

Setelah anda berjaya dengan cara-cara yang admin kongsikan tadi, anda dah boleh melakukan panggilan video di laptop atau PC! Selamat mencuba!

By the way, Whatsapp web sekarang pun dah ada fungsi panggilan video. Jadi bolehlah anda berhubung dengan yang tersayang sambil membuat kerja anda di laptop. hehehe

Jika anda berminat untuk menyertai kempen bendera putih bagi memberi bantuan atau memberi informasi tentang tetangga atau jiran anda yang sangat memerlukan bantuan ketika ini, bolehlah sertai kumpulan Facebook ini Kempen Rakyat Malaysia Kibarkan Bendera Putih

Nak macam-macam info? Jom join group Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL