spot_img

Tony Spider Meninggal Atas Sofa Datuk M.Nasir, 3 Tahun Menetap Di Studio

- Advertisement -

SIAPA yang tak kenal kumpulan Spider yang top suatu ketika dulu? Lagu-lagunya sering dimainkan putaran radio setiap masa. Tony Spider, bekas pemain bass kumpulan Spider ini dikhabarkan ᴍᴇɴɪɴɢɢᴀʟ ᴅᴜɴɪᴀ dalam studio.

Ketika ajalnya, Tony Spider atau nama asalnya Tony Iskandar ditemukan tidak bernyawa seorang diri di atas sofa dalam studio rakaman Luncai Emas milik komposer lagenda terkenal, Datuk M Nasir di Sungai Buloh, Selangor pada hari Rabu jam 1 pagi.

Berita pemergiannya itu dikongsi oleh sahabatnya yang juga pemain gitar kumpulan Exists, Along menerusi laman Instagramnya pada jam 3 pagi.

- Advertisement -

Tony yang juga penerbit residen Luncai Emas dan pemuzik undangan untuk rakaman album dan lagu sering berada di studio terbabit.

Menurut Pengarah Produksi Luncai Emas, Mohd Khirin Omar atau lebih dikenali sebagai Keon berusia 57 tahun, ᴊᴇɴᴀᴢᴀʜ Allahyarham ditemukan oleh Nafie, ahli kumpulan Spider yang kebetulan singgah di studio untuk mengambil barang.

- Advertisement -

Punca pemergian Allahyarham ᴍᴇɴɪɴɢɢᴀʟ ᴅᴜɴɪᴀ, menurut Along Exists tidak menolak disebabkan ᴘᴇɴʏᴀᴋɪᴛ ᴅɪᴀʙᴇᴛᴇꜱ yang dihidapi pemain bass itu. Malah, Allahyarham Tony menghembuskan nafas terakhir ketika sedang berehat dalam sebuah bilik studio tersebut.

Keunikkan muzik Spider lahir dari ᴀʀᴡᴀʜ Tony dengan bassline

Along menerusi laman Instagram miliknya memberitahu, dia bergegas ke Luncai Emas untuk melawat ᴊᴇɴᴀᴢᴀʜ dan menunggu pihak hospital tiba untuk proses selanjutnya.

Sebelum digantikan dengan Is pada tahun 2013, Allahyarham Tony merupakan anggota asal Spider yang dianggotai oleh Tam sebagai vokalis, Nafie sebagai pemain gitar dan Aie sebagai pemain gitar.

1st batch of Spider band member
- Advertisement -

Namun Tony meninggalkan kumpulan yang popular dengan konsep pop rock itu dengan lagu Relaku Pujuk, Kasih Latifah dan Laukku Cukup Masin. Meskipun begitu, hubungan ᴀʀᴡᴀʜ Tony dan kumpulan Spider masih tetap utuh sehingga nafasnya yang terakhir.

Menurut Mohd Khirin, ᴀʀᴡᴀʜ Tony memang dah tiga tahun menetap di studio, Datuk M Nasir sediakan satu bilik di situ untuk ᴀʀᴡᴀʜ berkarya.

Tambahnya lagi, kebetulan Nafie singgah ke studio sebab nak ambil barang yang tertinggal. Selepas pintu diketuk dan tiada respons, terus dia membuka pintu menggunakan kunci spare dan jumpa ᴀʀᴡᴀʜ sudah tidak bernyawa di atas sofa.

Kemudian dia menghubungi ambulans dan pihak paramedik sahkan Allahyarham dah ᴍᴇɴɪɴɢɢᴀʟ ᴅᴜɴɪᴀ lebih kurang empat jam sebelum ditemukan. ᴊᴇɴᴀᴢᴀʜ Tony kemudiannya dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat dan punca kematian masih lagi dalam siasatan.

Setakat ini tiada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh anggota Spider berkenaan punca kematiannya. Walau bagaimanapun, difahamkan Tony mempunyai sejarah ᴘᴇɴʏᴀᴋɪᴛ kencing manis.

“ᴀʀᴡᴀʜ menghidap ᴘᴇɴʏᴀᴋɪᴛ kencing manis agak teruk. Sekarang pihak Luncai Emas hanya menunggu panggilan daripada hospital untuk tujuan pengebumian dan ᴊᴇɴᴀᴢᴀʜ akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bandar Baru Sungai Buloh.

“Kami akan uruskan segalanya memandangkan adik-beradik ᴀʀᴡᴀʜ semua menetap di Johor Bahru,” katanya.

Allahyarham Tony, 51, pernah mendirikan rumah tangga namun bercerai pada 2010 dan hasil perkahwinan dia tidak dikurniakan cahaya mata.

Gambar kenangan (dari kiri) Tam, Nafie dan Tony yang dirakam pada 2010.

Nak macam-macam info? Jom join group Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL