spot_img

Viral Rakaman Pasangan Bercinta Solat Secara Dalam Talian

- Advertisement -

PETALING JAYA – Video berdurasi 24 saat yang tular di laman sosial sejak beberapa hari lalu mengenai pasangan remaja bercinta secara jarak jauh mengeletek hati warganet.

Video yang tidak dinyatakan lokasi sebenar itu menunjukkan pasangan remaja yang sedang bercinta menunaikan solat bersama secara dalam talian.

Dalam video berdurasi 24 saat itu, sepasang lelaki dan perempuan dilihat bersolat secara berjemaah melalui panggilan video. Mereka berdua menunaikan solat melalui panggilan video melalui aplikasi WhatsApp.

- Advertisement -

Aksi ini dirakam dalam video yang dimuat naik ke akaun Twitter @halewwwwasli, yang menunjukkan kedua-dua pasangan kekasih itu berdoa bersama melalui panggilan video.

Paparan menunjukkan pasangan tersebut solat bersama dengan meletak telefon masing-masing di hadapan dengan membiarkan panggilan video dilakukan.

Pasangan tersebut turut bersalaman selepas sahaja selesai menunaikan solat.

- Advertisement -

Video itu berlatar belakang lagu tema telefilem terkenal dari Indonesia, Ketika Cinta Bertasbih nyanyian Melly Goslow.

Satu paparan video tular menyaksikan pasangan remaja bercinta dan menunaikan solat secara dalam talian.

Akibatnya, ruangan komen yang dimuat naik ᴅɪꜱᴇʀᴀɴɢ oleh ribuan netizen.

“Adakah solat seperti ini sah? Serius bertanya,” tulis seorang netizen dengan nama akaun @araaad.

- Advertisement -

“Tidak sah. Syarat untuk berjemaah ialah imam dan jemaah mesti berada di tempat yang sama,” jawab netizen lain @TheOnly

“Tengok pasangan budak ni romantik betul, siapa yang tiada pasangan lagi akan menyesal seumur hidup.

“Ini bukan Ketika Cinta Bertasbih ni, ini nak kena libas dengan tasbih koka kejap lagi ni,” jelasnya.

Seorang lagi netizen, Faizal Nazreen pula berkata, harap pasangan ini bahagia dan keimanan mereka berdua kekal ke akhir hayat.

“Tengok kepada keimanan mereka berdua, aku rasa sebak dada. Adakah ini cinta sejati yang manusia kejarkan selama ini,” katanya.

Satu paparan video tular menyaksikan pasangan remaja bercinta dan menunaikan solat secara dalam talian.

Hukum Solat Berjemaahh Secara Dalam Talian

Solat berjemaah melalui panggilan video yang dilakukan tidak sah kerana tidak memenuhi syarat sah untuk solat berjemaah.

Syaratnya termasuk mengetahui pergerakan imam dari satu rukun ke rukun yang lain, seperti mengetahui rukuk atau sujud imam yang membolehkannya pergi ke imam tanpa menyimpang.

Kemudian, jarak antara kedua-duanya (imam dan makmum) tidak melebihi 300 hasta.

Sekiranya salah seorang berada di dalam masjid, manakala sebahagian lagi berada di luar masjid, kiraan jarak 300 hasta tersebut bermula daripada bahagian akhir masjid dan bukannya dari saf yang terakhir dalam masjid iaitu jarak di antara tepi dinding luar masjid dengan tempat berdiri makmum yang terdekat di luar masjid tidak melebih 300 hasta. (Lihat al-Taqrirat al-Sadidah, hlm. 297 dan al-Fiqh al-Manhaji, 1/182).

SOLIDARITI RAKYAT: KEMPEN BENDERA PUTIH. Join Group Kempen Rakyat Malaysia Kibarkan Bendera Putih

Anda dipelawa untuk menyertai group facebook ini untuk menjadi “Wartawan Rakyat” menyalurkan informasi tentang rumah-rumah yang memasang bendera putih.

Rakaman yang tular

Nak Jana Pendapatan Dari Rumah?

Sila Layari Auto Shopee 2021

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL