spot_img

Senyap Sejak Dinaikkan Pangkat, Tuan Ezanee Bantu Orang Susah Dalam Diam

- Advertisement -

SIAPA sahaja yang tidak mengenali Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal?

Sikap prihatin Ketua Polis yang mesra disapa Tuan Ezanee itu sememangnya tidak dapat dinafikan lagi.

Biarpun sering menegaskan segala tindakan serta bantuan yang dilakukan adalah tanggungjawab dan amanah beliau, namun namanya tetap menjadi tumpuan pihak media.

Senyap je sejak naik pangkat?

- Advertisement -

Tetapi, sejak dinaikkan pangkat kepada Ketua Bahagian Siasatan ᴊᴇɴᴀʏᴀʜ Selangor, ramai yang sudah lama tidak mendengar cerita berkenaan anggota polis berhati mulia ini.

Ramai yang tertanya-tanya ke mana menghilangnya beliau?

Diam-diam ubi berisi, gigih bantu orang susah!

- Advertisement -

Bagaimanapun baru-baru ini, seorang pengguna Facebook berkongsi perkembangan Tuan Ezanee di mana beliau dilihat sedang menyumbangkan bantuan barangan asas buat penduduk yang tidak berkemampuan di suatu kawasan perumahan.

Menurut pengguna Facebook bernama Syahril A. Kadir tersebut, dia berasa terkejut tatkala mendapat perkhabaran itu menerusi grup WhatsApp kejiranannya.

Tambahan lagi, setelah sekian lama tidak mendengar khabar Tuan Ezanee di media sosial.

- Advertisement -

Namun apa yang lebih mengejutkan adalah, sewaktu misi bantuan itu berlangsung tiada satu pun kelibat pihak media yang dipanggil untuk menyaksikan dan merekodkan majlis tersebut. Wah!

Dalam pada itu, Syahril meluahkan rasa kagum terhadap Tuan Ezanee kerana sanggup ‘turun padang’ membantu golongan susah walaupun beliau merupakan seorang anggota polis berpangkat tinggi.

Tinggalkan komen nasihat

Bukan itu sahaja, Tuan Ezanee juga sempat meninggalkan komen pada ‘posting’ Syahril menasihati masyarakat agar sentiasa melakukan kebaikan dalam hidup ini.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji keperibadian mulia Ketua Polis Daerah Petaling Jaya terbabit. Malah, ada juga yang mendoakan agar beliau dilantik sebagai Ketua Polis Negara suatu hari nanti.

Semoga Allah beri rahmat

Contoh pegawai terbaik

Tuan Ezanee memang luar biasa

Bakal Ketua Polis Negara

Semoga insan seperti Tuan Ezanee sentiasa berada dalam rahmatNya. Idola terbaik buat masyarakat!

Sumber: Facebook Syahril A. Kadir

SOLIDARITI RAKYAT: KEMPEN BENDERA PUTIH. Join Group Facebook Kempen Rakyat Malaysia Kibarkan Bendera Putih

Anda dipelawa untuk menyertai group facebook ini untuk menjadi “Wartawan Rakyat” menyalurkan informasi tentang rumah-rumah yang memasang bendera putih.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL