spot_img

Tular Harga Burger Malaysia Seringgit Seketul

- Advertisement -

GEORGE TOWN – Pembeli kuih-muih di gerai jalanan terkejut apabila mendapati pau sambal atau lebih popular dengan nama burger Malaysia dijual pada harga RM1 sebiji.

Tinjauan sebuah Akhbar tempatan di beberapa gerai menjual kuih-muih di sekitar Bayan Lepas dan Sungai Ara di sini mendapati kuih berkenaan yang bersaiz hampir sama dijual pada harga di antara 50 sen sehingga RM1.

Seorang pelanggan, Siti Azila Mahmud, 55, berkata, dia terkejut dengan tindakan sebilangan sikap peniaga yang meletakkan harga tidak masuk akal itu ketika rakyat sedang terkesan akibat pandemik Covid-19.

- Advertisement -

“Kuih burger Malaysia yang dijual RM1 sebiji sudah sama harga dengan sebungkus nasi lemak ikan atau nasi lemak ikan bilis.

“Nak kata saiznya besar dan berbaloi dengan harga pun tidak juga kerana kuih serupa dengan bentuk dan yang saiz sama kini dijual hanya 50 sen sebiji,” katanya kepada sebuah Akhbar Tempatan hari ini.

Burger Malaysia

Sementara itu, Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang, Mohideen Abdul Kader berkata, peniaga kuih-muih di negeri ini tidak sepatutnya mengambil kesempatan ketika masih banyak gerai makanan itu belum dibuka ketika ini.

- Advertisement -

“CAP mendapati tiada berlaku kenaikan drastik harga bagi bahan mentah untuk membuat kuih seperti tepung dan gula kecuali minyak masak,” jelasnya ketika dihubungi.

Reaksi warga maya

Taknak beli jangan beli – netizen

- Advertisement -

Ada bilis mata biru kot sebab tu mahal

Penjual tu ambil kesempatan ke atau ᴛᴇʀᴅᴇꜱᴀᴋ sangat?

Zaman sekarang ni RM50 sekejap je habis.

Burger kayangan namanya ni.

Teringat zaman sekolah dulu murah je kuih ni.

SOLIDARITI RAKYAT: KEMPEN BENDERA PUTIH. Join Group Facebook Kempen Rakyat Malaysia Kibarkan Bendera Putih

Anda dipelawa untuk menyertai group facebook ini untuk menjadi “Wartawan Rakyat” menyalurkan informasi tentang rumah-rumah yang memasang bendera putih.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL