spot_img

Viral Rakaman Cikgu Lawat “Rumah” Anak Murid Telah Dibantu Oleh YB

- Advertisement -

SEGAMAT – Semalam telah tular satu video dari Facebook Siti Rianna yang menunjukkan sekumpulan cikgu telah melawat “rumah” anak muridnya di bawah sebuah jambatan.

Keadaan dalam “rumah” yang serba dhaif itu telah membuat para netizen sebak melihatnya apatah lagi para-para cikgu yang datang sendiri ke sana.

Ramai warga netizen yang tertanya-tanya bagaimana keluarga itu hidup selama ini di “rumah” tersebut.

- Advertisement -

Setelah tular lebih dari 5.3K perkongsian dan 227K jumlah tontonan, kesusahan keluarga terbabit telah mendapat reaksi dari wakil rakyat kawasan tersebut.

Sebelum itu, menurut pengguna Facebook Ayub Rahmat. Keluarga terbabit telah pindah di bawah jambatan itu sejak 2019. Beberapa lawatan telah dibuat dan telah diajukan masalah keluarga berkenaan ke beberapa agensi.

May be an image of text

- Advertisement -

Walaubagaimanapun petang semalam juga selepas tular, YB Dun Kemelah YB Dr. Sulaiman Mohd Nor bersama beberapa agensi terbabit telah menyantuni pasangan suami isteri yang tinggal dibawah jambatan.

“Pagi tadi saya bersama Team Unit Kebajikan Pejabat DUN menyantuni pasangan suami isteri yang tinggal dibawah jambatan. Nasib tidak menyebelahi kami sebelah pagi kerana En N ( bukan nama sebenar ) tiada di bawah jambatan berkenaan.

Sebelah petang team kami sekali lagi buat lawatan susulan. Alhamdulillah team kami dapat berjumpa dengan En N dan isteri. Beliau maklumkan pagi tadi mereka keluar mencari rezeki. Kesempatan itu kami menyampaikan sumbangan barang makanan dan wang ringgit kepada mereka.

- Advertisement -

Kes beliau telahpun kami bawa kepada Pihak berkuasa dan pihak JKM semalam. Salah satu yang kami nyatakan dalam perbincangan adalah mengenai isu rumah tempat tinggal baru mereka.

Alhamdulillah sekitar jam 5.00 petang kami mendapat maklum balas dan laporan penuh dari pihak JKM mengenai kes En N. Doakan semoga segala urusan seterusnya dari beliau dan pihak agensi dipermudahkan.

Reaksi warga maya

Tolong carikan tempat tinggal yang selesa sementara tunggu tempat tinggal baru.

Sedih bila baca kisah rakyat duduk bawah jambatan ni.

Ucapan tahniah dari netizen.

Viral tentang keluarga sejak dari tahun 2019 lagi.

Rakaman yang tular 1

Rakaman yang tular 2

SOLIDARITI RAKYAT: KEMPEN BENDERA PUTIH. Join Group Facebook Kempen Rakyat Malaysia Kibarkan Bendera Putih

Anda dipelawa untuk menyertai group facebook ini untuk menjadi “Wartawan Rakyat” menyalurkan informasi tentang rumah-rumah yang memasang bendera putih.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL