spot_img

Wanita Ditinggalkan Suami Warga Asing Hutang RM1 Juta Dapat Perhatian Menteri Agama

- Advertisement -

PUTRAJAYA: Nasib seorang wanita yang ditinggalkan suami warga asing dengan hutang hampir mencecah RM1 juta mendapat perhatian Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Dr Zulkifli mengetahui mengenai kesukaran hidup dihadapi wanita yang dikenali sebagai Faizah selepas menerima kiriman emel daripadanya.

Beliau yang berkongsi mengenai nasib wanita itu melalui akaun Facebook (FB) miliknya malam tadi berkata, dalam emel berkenaan Faizah berkongsi kehidupan sebenar yang dilaluinya bersama anak-anak selepas ditinggalkan suami.

- Advertisement -

Menurutnya, Faizah menyatakan sebelum ini kehidupannya bersama suami dan anak-anak bahagia dan keadaan mula berubah selepas suami menghilangkan diri dengan meninggalkan beban hutang yang banyak.

Katanya, wanita berkenaan menguruskan anaknya seorang diri dan demi desakan hidup beliau membuat pinjaman Ah long bagi menyelesaikan hutang.

“Pandemik Covid-19 yang melanda negara sejak tahun lalu merencatkan sumber pendapatan Faizah termasuk anak-anaknya yang hilang pekerjaan, seorang daripada anaknya masih menuntut di universiti.

- Advertisement -

“Saya beranggapan beliau adalah seorang ibu yang cekal, namun ia tidak dapat mengubah keadaan kerana pandemik Covid-19 yang berlarutan menyukarkan pergerakannya.

“Saya doakan beliau dapat mengharungi pandemik ini dengan lebih bersemangat dan tabah bersama anak-anak tercinta,” katanya.

Semalam, Dr Zulkifli bersama beberapa agensi bawahnya hadir ke kediaman wanita itu bagi membantu meringankan beban keluarganya.

- Advertisement -

Pada kunjungan itu, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) melalui Baitulmal menyalurkan bantuan Skim Bantuan Menyelesaikan Hutang, Skim Bantuan Kecemasan Skim Bantuan Am Pelajaran Institut Pengajian Tinggi (IPT) Dalam Negeri dan Skim Bantuan Perniagaan dan Bimbingan Keusahawanan.

MAIWP juga berbesar hati melunaskan sewa beli bulanan rumah yang didudukinya untuk beberapa bulan.

Turut menyumbang, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) dengan menyumbangkan wang tunai dan mendaftarkan beliau sebagai penerima modal perniagaan wanita Arrahnu Biznita termasuk menyalurkan barang asas dapur serta bantuan pengajian kepada anak beliau yang masih menuntut di universiti.

Selain itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melalui Tabung Musa’adah juga menyampaikan sumbangan wang tunai untuk perbelanjaan harian keluarga itu.

Posting Asal Dari Facebook Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

‘Saya membaca emel Puan Faizah (bukan nama sebenar) dengan penuh teliti. Beliau asalnya hidup bahagia bersama suami dan anak-anak. Keadaan mula berubah apabila suaminya yang merupakan warganegara luar, melarikan diri dengan meninggalkan hutang hampir RM1 juta.

Beliau menguruskan anak-anaknya seorang diri dengan kudrat yang ada. Alhamdulillah, rahmat dan kasih sayang-Nya tetap ada. Tahun demi tahun berlalu dengan baik. Saya anggap beliau adalah seorang ibu yang amat cekal hatinya.

Namun panas yang disangka berlanjutan hingga ke petang, terhenti dengan hujan di tengahari. Pandemik yang melanda negara sejak tahun lalu, merencatkan sumber pendapatannya. Anak-anaknya yang telah bekerja juga hilang pekerjaan. Seorang lagi masih menuntut di universiti.

Desakan dan kesempitan hidup memaksanya meminjam dengan Along. Puan Faizah konsisten membayar hutangnya sehingga selesai. Namun ia tetap tidak mengubah apa-apa kerana pandemik yang berlarutan, menyukarkan pergerakannya.

Begitulah secara ringkas luahan beliau dalam emel.

Kami hadir hari ini untuk menyelesaikan baki hutang rumahnya dan menawarkan modal perniagaan yang sesuai untuknya.

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan melalui Baitulmal MAIWP telah memberikan beliau Skim Bantuan Menyelesaikan Hutang, Skim Bantuan Kecemasan Skim Bantuan Am Pelajaran IPT Dalam Negeri dan Skim Bantuan Perniagaan dan Bimbingan Keusahawanan.

MAIWP juga berbesar hati melunaskan sewa beli bulanan rumah beliau selama beberapa bulan mendatang.

YaPEIM (Official) telah memberikan wang tunai dan mendaftarkan beliau sebagai penerima modal perniagaan wanita Arrahnu Biznita. Barang asas dapur juga telah diberikan bagi meringankan beban beliau. Bantuan pengajian turut diberikan kepada anak beliau.

Disamping itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM melalui Tabung Musa’adah juga telah menyampaikan wang tunai kepada beliau untuk perbelanjaan harian.

Saya doakan Puan Faizah dapat mengharungi pandemik ini dengan lebih bersemangat dan tabah bersama anak-anak tercinta.

Terima kasih pembayar zakat MAIWP, penyumbang Skim Potongan Gaji YaPEIM dan Tabung Musa’adah JAKIM-YWM.

SOLIDARITI RAKYAT: KEMPEN BENDERA PUTIH. Join Group Facebook Kempen Rakyat Malaysia Kibarkan Bendera Putih

Anda dipelawa untuk menyertai group facebook ini untuk menjadi “Wartawan Rakyat” menyalurkan informasi tentang rumah-rumah yang memasang bendera putih.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL