spot_img

Pencuri Kena Rompak Dengan Perompak

- Advertisement -

JELUTONG – Aduan seorang lelaki tempatan berumur 23 tahun, pada 02/07/2021 jam lebih kurang 4.00 petang, semasa dia berada di rumahnya di Jelutong, Pulau Pinang, telah terima makluman amaran keselamatan dari telefon bimbitnya menunjukkan premis rumah kedainya yang terletak di kawasan Bandar Baru Farlim, Pulau Pinang telah di pecah masuk.

Pengadu telah bergegas ke premis tersebut dan telah terserempak dengan (7) lelaki tempatan yang tidak dikenali, disyaki ꜱᴜꜱᴘᴇᴋ telah memecah masuk ke dalam premis tersebut. Kesemua ꜱᴜꜱᴘᴇᴋ telah melarikan diri dengan menaiki sebuah van dan kereta. Pengadu telah membuat panggilan ᴋᴇᴄᴇᴍᴀꜱᴀɴ bagi melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis.

Pada jam lebih kurang 4.30 petang, tindakan pantas dari sepasukan polis dari IPD Timur Laut telah berjaya mengesan van yang dinaiki oleh ꜱᴜꜱᴘᴇᴋ di Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu, Pulau Pinang.

- Advertisement -

May be an image of indoor

Pihak polis telah berjaya ᴍᴇɴᴀɴɢᴋᴀᴘ dua lelaki tempatan disyaki terlibat dengan kejadian tersebut dan telah merampas (3) komponen komputer yang ᴅɪᴄᴜʀɪ oleh ꜱᴜꜱᴘᴇᴋ dari premis berkenaan.

Kedua-dua ᴛᴀɴɢᴋᴀᴘᴀɴ berumur 34 dan 37 tahun, berasal dari Pulau Pinang dan mempunyai rekod ᴊᴇɴᴀʏᴀʜ lampau iaitu rekod ᴊᴇɴᴀʏᴀʜ dan ᴅᴀᴅᴀʜ. Kes disiasat di bawah ꜱᴇᴋꜱʏᴇɴ 457 Kanun ᴋᴇꜱᴇᴋꜱᴀᴀɴ. Jika disabitkan ᴋᴇꜱᴀʟᴀʜᴀɴ, boleh dihukum ᴘᴇɴᴊᴀʀᴀ maksimum (14) tahun atau dengan denda. ᴛᴀɴɢᴋᴀᴘᴀɴ ditahan reman selama (4) hari sehingga 06/07/2021 untuk siasatan lanjut.

- Advertisement -

Ekoran daripada aduan kes pecah kedai ini, pada 3/7/2021 jam lebih kurang 12.15 malam, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan ᴊᴇɴᴀʏᴀʜ IPD Timur Laut telah bertindak melawat lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan kes.

May be an image of indoor

Hasil siasatan premis yang dipecah masuk berkenaan mendapati menjalankan aktiviti perlombongan Bitcoin dan barang-barang yg di ᴄᴜʀɪ merupakan mesin melombong bitcoin.

- Advertisement -

Siasatan awal di lokasi kejadian juga mendapati premis berkenaan melakukan aktiviti penyambungan elektrik secara ʜᴀʀᴀᴍ (ᴄᴜʀɪ elektrik).

Pasukan siasatan telah menghubungi Pasukan TNB Zon Utara dan telah buat pemeriksan lanjut di premis berkenaan. Hasil pemeriksaan polis dan TNB mendapati terdapat aktiviti melombong bitcoin dengan cara ᴋʜɪᴀɴᴀᴛ dan ᴄᴜʀɪ bekalan elektrik.

Pihak polis telah ᴍᴇʀᴀᴍᴘᴀꜱ sejumlah (149) mesin melombong bitcoin berserta beberapa kelengkapan yang lain. Hasil pemeriksaan pihak TNB juga mendapati kebel elektrik di dalam premis berkenaan telah diubahsuai untuk tujuan ᴍᴇɴᴄᴜʀɪ bekalan elektrik.

No photo description available.

Pihak polis telah ᴍᴇɴᴀɴɢᴋᴀᴘ pengadu bersama (2) lelaki tempatan yang lain untuk siasatan lanjut. Kesemua tangkapan berumur antara 24 hingga 33 tahun, kesemuanya berasal dari Pulau Pinang dan tiada rekod ᴊᴇɴᴀʏᴀʜ lampau.

Siasatan awal pihak polis mendapati premis tersebut telah beroperasi hampir (4) bulan. Nilai rampasan keseluruhan lebih kurang RM150,000. Nilai kerugian TNB dianggarkan lebih kurang RM180,000.

Kes disiasat di bawah ꜱᴇᴋꜱʏᴇɴ 379 dan Seksyen 427 Kanun ᴋᴇꜱᴇᴋꜱᴀᴀɴ. Jika disabitkan kesalahan di bawah ꜱᴇᴋꜱʏᴇɴ 379 Kanun ᴋᴇꜱᴇᴋꜱᴀᴀɴ, boleh ᴅɪʜᴜᴋᴜᴍ dengan ᴘᴇɴᴊᴀʀᴀ sehingga (7) tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Jika disabitkan ᴋᴇꜱᴀʟᴀʜᴀɴ di bawah ꜱᴇᴋꜱʏᴇɴ 427 Kanun ᴋᴇꜱᴇᴋꜱᴀᴀɴ, boleh ᴅɪʜᴜᴋᴜᴍ dengan ᴘᴇɴᴊᴀʀᴀ sehingga (2) tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

ꜱᴜꜱᴘᴇᴋ juga berdepan dengan hukuman denda maksimum RM1,000,000 atau ᴘᴇɴᴊᴀʀᴀ boleh sampai (10) tahun atau kedua-duanya sekali, di bawah ꜱᴇᴋꜱʏᴇɴ 37 Akta Bekalan Elektrik 1990 (Akta 447). Kesemua ᴛᴀɴɢᴋᴀᴘᴀɴ ditahan reman selama (2) hari sehingga 04/07/2021.

May be an image of 1 person and indoor

SOLIDARITI RAKYAT: KEMPEN BENDERA PUTIH. Join Group Facebook Kempen Rakyat Malaysia Kibarkan Bendera Putih

Anda dipelawa untuk menyertai group facebook ini untuk menjadi “Wartawan Rakyat” menyalurkan informasi tentang rumah-rumah yang memasang bendera putih.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL