spot_img

Pesawat Tentera Terhempas Dan Terbakar Ketika Cuba Mendarat, 29 Maut 50 Lagi Cedera

- Advertisement -

SEBUAH pesawat tentera Filipina terhempas dan terbakar selepas terbabas dari landasan dalam satu kejadian di selatan negara ini. Berita hari ini melaporkan sekurang-kurangnya 29 orang mau terbunuh manakala 50 lagi cedera.

Lebih mendukacitakan, seramai 17 penumpang lagi dilaporkan masih hilang.

Channel News Asia melaporkan, seramai sembilan puluh enam (96) orang kebanyakannya graduan tentera berada dalam pesawat model Hercules C-130 sebelum pesawat itu terhempas ketika cuba membuat pendaratan di Jolo, wilayah Sulu tengah hari tadi.

- Advertisement -

“Setakat ini, seramai lima puluh (50) orang yang tercedera diselamatkan dan seramai 29 mayat berjaya ditemukan,” kata Menteri Pertahanan, Delfin Lorenzana.

Gambar yang diambil oleh stesen Pondohan TV menunjukkan bangkai pesawat Hercules dijilat api yang menghasilkan asap tebal di lokasi kejadian.

- Advertisement -

Menurut Panglima Tentera Filipina, pesawat itu membawa askar dari Cagayan de Oro di selatan Pulau Mindanao dan terbabas dari landasan semasa cuba buat pendaratan di Jolo.

“Pesawat itu cuba mendapatkan semula kuasa kawalan namun gagal berbuat demikian,” tambahnya yang menyifatkan nahas berkenaan sebagai ‘amat tidak bernasib baik’.

- Advertisement -

Sobejana memberitahu, seramai empat puluh (40) mangsa yang diselamatkan kini sedang mendapatkan rawatan di hospital Infantri Divisyen ke-11 tidak jauh dari lokasi nahas itu.

Leftenan Kolonel Maynard Mariano berkata, pihaknya akan menyiasat punca nahas pesawat itu. Kenyataan dari Jurucakap tentera udara Filipina.

“Kami sekarang berada dalam misi menyelamat,” kata Mariano kepada AFP.

Sebahagian mangsa adalah pelajar yang lulus latihan asas ketenteraan dan sedang dikerahkan ke pulau yang bergolak sebagai sebahagian daripada pasukan petugas bersama memerangi keganasan yang berlaku di wilayah majoriti Muslim.

Tentera Filipina sedang dalam proses memerangi keganasan militan yang didalangi oleh Abu Sayyaf di Kepulauan itu.

Pesawat C-130 ini sering digunakan untuk mengangkut pasukan dan bekalan selain menyampaikan bantuan kemanusiaan dan juga bantuan bencana.

Nak macam-macam info? Jom join group Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL