spot_img

Viral Rakaman Penghantar Makanan ᴍᴀᴜᴛ ᴅɪʀᴇᴍᴘᴜʜ Lori JNT

- Advertisement -

PENAMPANG – Seorang penghantar makanan yang juga anggota Sukarelawan Simpanan Polis ᴍᴀᴜᴛ selepas ᴅɪʀᴇᴍᴘᴜʜ sebuah lori di Jalan Papar Lama di sini pada Khamis lalu.

Dalam kejadian jam 1.50 tengah hari itu, ᴍᴀɴɢꜱᴀ lelaki berusia 33 tahun disahkan ᴍᴇɴɪɴɢɢᴀʟ dunia di lokasi terbabit.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, ᴍᴀɴɢꜱᴀ dipercayai dalam perjalanan menghantar makanan sebelum ᴅɪʀᴇᴍᴘᴜʜ sebuah lori yang ᴛᴇʀʙᴀʙᴀꜱ dari jalan bertentangan secara tiba-tiba.

- Advertisement -

“Siasatan awal mendapati, ᴋᴇᴍᴀʟᴀɴɢᴀɴ dipercayai berpunca akibat kecuaian pemandu lori yang gagal mengawal kenderaan sehingga ᴛᴇʀʙᴀʙᴀꜱ di tengah pembahagi jalan dan terus memasuki laluan bertentangan.

“Akibat kejadian itu, ᴍᴀɴɢꜱᴀ yang menunggang motosikal terus ᴅɪʀᴇᴍᴘᴜʜ sebelum ᴛᴇʀꜱᴇʀᴇᴛ beberapa meter sehingga masuk ke dalam parit di tepi jalan berkenaan,” katanya dalam kenyataan pada Khamis lalu.

- Advertisement -

Mohd Haris berkata, pegawai perubatan Hospital Queen Elizabeth 1, Kota Kinabalu yang hadir di lokasi kejadian mengesahkan ᴍᴀɴɢꜱᴀ ᴍᴀᴜᴛ, manakala pemandu lori pula tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kes disiasat mengikut ꜱᴇᴋꜱʏᴇɴ 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Haris menasihatkan orang awam supaya tidak tularkan video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian.

- Advertisement -

“Ia bukan sahaja boleh mengganggu siasatan tetapi juga untuk menjaga sensitiviti keluarga ᴍᴀɴɢꜱᴀ,” katanya.

Sementara itu, sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang turut berada di lokasi kejadian bagi membantu mengeluarkan ᴍᴀɴɢꜱᴀ.

“Lori JnT Tu ᴛᴇʀʙᴀʙᴀꜱ Dan Masuk Lorong Sebelah Sebelum ʟᴀɴɢɢᴀʀ Dia” Anggota Polis Simpanan ᴍᴀᴜᴛ ᴅɪʀᴇᴍᴘᴜʜ Lori Kurier Ketika Buat Part Time Jadi Rider Grab

Siapa sangka di saat dirinya sedang berusaha untuk mencari rezeki yang halal, ketika itu jugalah Allah S.W.T mentakdirkan bahawa masanya di dunia telah tamat. Begitulah kehidupan. ᴀᴊᴀʟ dan ᴍᴀᴜᴛ adalah sesuatu yang berada di luar jangkauan kita.

Itulah apa yang berlaku kepada seorang anggota Sukarelawan Simpanan Polis yang berusia 33 tahun ini, Jimmy Masadim, yang turut bekerja sebagai seorang penghantar makanan.

Tidak disangka-sangka harinya yang dijalani seperti biasa tiba-tiba sahaja bertukar menjadi satu tragedi yang memakan ɴʏᴀᴡᴀ. Dia telah ᴍᴀᴜᴛ selepas terlibat dalam sebuah ᴋᴇᴍᴀʟᴀɴɢᴀɴ jalan raya.

WARGANET BERSIMPATI

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang bersimpati dengan nasib yang menimpa ᴍᴀɴɢꜱᴀ. Mereka meminta agar keluarga ᴍᴀɴɢꜱᴀ terus tabah dan kuat menerima ujian yang sangat berat ini.

Ramai juga yang mengingatkan semua pengguna jalan raya agar sentiasa berhati-hati semasa di jalan raya. Jika begini keadaannya, kasihanilah mereka yang patuh akan peraturan jalan raya. ɴʏᴀᴡᴀ yang tidak berdosa menjadi ᴍᴀɴɢꜱᴀ.

Namun, kita juga tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku terhadap pemandu lori berkenaan. Mungkin ada masalah dengan kenderaan atau jalan raya terlalu licin pada ketika itu.

Tidak kurang juga yang mengingatkan orang ramai yang suka memesan makanan ini agar sentiasa bertimbang rasa kerana mereka yang bergelar rider ini sentiasa merisikokan ɴʏᴀᴡᴀ mereka di jalan raya.

Ada warganet yang mengingatkan pemandu lori agar memandu biar sesuai dengan keadaan jalan raya. Jika tidak, perkara sebegini akan berlaku.

Mungkin dalam kalangan pemandu tersebut ingin segera sampai ke lokasi bagi menyelesaikan tugasan mereka. Namun, janganlah sampai merisikokan ɴʏᴀᴡᴀ sendiri dan pengguna jalan raya yang lain. Takziah kami ucapkan kepada keluarga ᴍᴀɴɢꜱᴀ.

Rakaman yang tular

SOLIDARITI RAKYAT: KEMPEN BENDERA PUTIH. Join Group Facebook Kempen Rakyat Malaysia Kibarkan Bendera Putih

Anda dipelawa untuk menyertai group facebook ini untuk menjadi “Wartawan Rakyat” menyalurkan informasi tentang rumah-rumah yang memasang bendera putih.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL