spot_img

Viral Rakaman Suasana Pesakit Covid Di Dalam Hospital Tersibuk Di Lembah Klang

- Advertisement -

LEMBAH KLANG – Ekoran peningkatan kes jɑngkitɑn Cοvid-19 terutamanya di Selangor, rata-rata petugas hadapan bimbɑng akan fasiliti perkhidmatan semakin kritikɑl.

Kebimbɑngan itu diluahkan oleh seorang doktor, Dr Arisman di laman Facebooknya, video yang berdurasi 68 saat itu memaparkan situasi terkini di salah satu hospital tersibuk di Lembang Klang.

Menurut Dr. Arisman, beliau menegaskan bahawa petugas kesihatan berada tahap tertinggi, yang mana mereka tidak mampu memberi servis kesihatan yang terbaik.

- Advertisement -

Selain itu, video tersebut juga memaparkan pesakit yang terlɑntɑr untuk menerima rɑwɑtɑn dan terdapat juga sedang menunggu giliran gara-gara kekurangan katil.

“Semua pesakit dalam video ini adalah pesakit Covid-19 ataupun PUI. Ini dalam Negara Malaysia kita sendiri. Bukan di India. Bukan di Indonesia.!

- Advertisement -

Jumlah petugas kesihatan sama ada doktor, jururawat ataupun PPP adalah tidak mampu untuk memberikan rawatan maksimal lagi jika keadaan begini. Kes Covid yang masih tinggi beribu-ribu per hari. Kes Covid kritikal beratus-ratus per hari. Kes ᴋᴇᴍᴀᴛɪᴀɴ dua angka per hari. Masih anggap “Covid-19 is drama?!!!”

Tiada seorang pun yang mahu berada di posisi mereka begini. Tapi adakah tindakan dan perilaku kita seharian benar-benar mahu menghindar dari jangkitan ini? Tanya diri sendiri.

- Advertisement -

Kita tidak mahu diri menjadi orang yang bakal memerlukan “oksigen terakhir” di hospital suatu masa nanti.

Doakan petugas kesihatan kita tetap kuat. Tabah. Sabar. Diberikan kesihatan baik untuk terus dapat memberikan rawatan. Kami merayu masyarakat diluar sana patuh SOP 100% dan duduklah di rumah jika tidak ada kepentingan diluar yang mendesak.

Sedih melihat keadaan pesakit2 ini. Ya betul. Tapi lebih pilu dan sakit lagi jiwa ini melihat frontliner kita yang berbungkus PPE kepenatan dan BURNOUT setahun lebih begini.

Inilah situasi sebenar jabatan kecemasan di salah sebuah hospital di Lembah Klang, bekas saya bertugas sebelum ini. Saya kenal sangat semua tempat-tempat ini sebelum jadi “kritikal” begini.

Sistem kesihatan kita sudah lama tenat, tidak mampu, hujung nafas, kasihan sahabat-sahabat saya yakni para doktor, jururawat dan PPP yang masih bertugas dengan beban 2-3x ganda dari sebelumnya. Cuti mereka dibekukan.

Mereka benar-benar mengeluh kepenatan mental dan fizikal. Dengan keadaan stress begini, cuba bimbing mereka bagaimana mahu meletakkan “ikhlas” dalam tugasan.

Masyarakat tidak mengetahuinya, tapi kami para frontliner doktor mendengar khabar semakin ramai doktor yang berhenti kerja pada musim ini. Ya. Ramai.

“Sistem kesihatan kita sedang “kritikal” dalam ICU. Adakah kerana campur tangan sistem ekonomi?”

Semua pesakit dalam gambar di ruangan tersebut adalah mereka yang positif Covid-19! Menunggu untuk masuk ke dalam wad atau MAEPS.

Dr. Arisman, MD.

Rakaman yang tular

SOLIDARITI RAKYAT: KEMPEN BENDERA PUTIH. Join Group Facebook Kempen Rakyat Malaysia Kibarkan Bendera Putih

Anda dipelawa untuk menyertai group facebook ini untuk menjadi “Wartawan Rakyat” menyalurkan informasi tentang rumah-rumah yang memasang bendera putih.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL