spot_img

Viral Usahawan Tawar Jentolak Bantu Operasi Musnahkan Kebun Durian Haram

- Advertisement -

TEMERLOH – Seorang usahawan dari Kuala Krai, Kelantan menawarkan jentolak miliknya untuk membantu Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) dalam operasi ᴍᴇᴍᴜꜱɴᴀʜᴋᴀɴ kebun durian haram di Hutan Simpan Kekal (HSK) Batu Talam di Raub.

Ali Omar, 34, menawarkan menggunakan enam jentolak miliknya secara percuma untuk membantu anggota penguat kuasa jabatan itu dengan memuat naik status berkenaan perkara itu di Facebooknya pada Selasa sebelum ia tular.

Menurutnya, dia berhasrat untuk membantu anggota terlibat dalam operasi tersebut.

- Advertisement -

“Saya lihat dengan keluasan kawasan terlibat lebih 100 hektar, sangat luas jadi ia sedikit membebankan anggota terlibat.

Ali bersama sebahagian jentolak miliknya yang sanggup dihantar ke Raub untuk membantu anggota JPNP.

“Dengan penggunaan lebih banyak jentolak ia akan mengurangkan beban dan masa anggota,” katanya ketika dihubungi sebuah akhbar tempatan.

Ujarnya, jika khidmat jentolak miliknya diterima, dia akan segera melakukan penghantaran jentera terbabit ke lokasi kejadian.

- Advertisement -

“Saya telah berhubung dengan pegawai jabatan dan nampaknya ada maklum balas positif.

“Jadi saya berharap dengan penggunaan jentolak terbabit dapat membantu pihak jabatan,” tambahnya.

Dalam pada itu, Ali menyokong sepenuhnya usaha kerajaan negeri Pahang membanteras peneroka haram yang telah banyak menikmati keuntungan menerusi jualan durian musang king selama ini.

- Advertisement -

“Sudah tiba masanya usaha membanteras peneroka haram dilakukan dan saya mengharapkan urusan anggota terlibat berjalan lancar,” katanya.

Rata-rata netizen bersetuju dengan tindakan beliau untuk mewarkan jentolaknya.

Reaksi warga maya

Semoga dipermudahkan urusan

tolak sekali kat orang yang bagi kebenaran ceroboh tu.

Tanam hutan balik kasi hijau.

Ada yang nak support duit minyak.

SOLIDARITI RAKYAT: KEMPEN BENDERA PUTIH. Join Group Facebook Kempen Rakyat Malaysia Kibarkan Bendera Putih

Anda dipelawa untuk menyertai group facebook ini untuk menjadi “Wartawan Rakyat” menyalurkan informasi tentang rumah-rumah yang memasang bendera putih.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL