spot_img

ᴋʜɪᴀɴᴀᴛ Orang Pejabat Tanah?

- Advertisement -

ISU Tanah Durian Musang King ni, Kalau sapa tak pernah berurusan Pejabat Tanah, hadap pegawai Pejabat Tanah mungkin tak faham. Tapi aku pernah hadap kerenah pegawai Pejabat Tanah.

Bila Tokwan aku ᴍᴇɴɪɴɢɢᴀʟ ᴅᴜɴɪᴀ ada beberapa Hektar Tanah yang letak dibelakang rumah tokwan aku. Yang mana semua orang kampung tahu itu tanah milik Tokwan Aku. Hatta depa bawa keluar hasil pun bayar pada Tokwan aku. Cuma silapnya bila berlaku kelewatan urus surat dan geran hak milik.

Masa tu kami pergi ke Pejabat Tanah, bawa nombor fail rekod Permohonan, Surat Tol, semua bukti dokumen cukup. Sebab waris tanah tu orang kampung nak urus hal dokumentasi ni memang depa tak reti. Apa Jadi? Kami diminta buat permohonan baru kononnya pemohon dah ᴍᴇɴɪɴɢɢᴀʟ ᴅᴜɴɪᴀ. Biarpun dalam fail lama jelas dah ditulis ianya dah diluluskan.

- Advertisement -

Lepas buat permohonan baru, tunggu dekat 7 Tahun akhirnya dapat kelulusan. Rupanya tanah yang diluluskan hanya 3 ekar dari keseluruhan 11 ekar. Bila dipersoal kenapa jadi macam ni? Depa kata ada orang lain pun mohon sama, bagi 3 ekar tu pun sebab kononnya kata dia hormat kat ayah aku. Kata dia lah bermanis mulut.

Nak jadi cerita, akhirnya orang kampung bagi tahu. Tanah yang orang lain dapat tu bukannya sapa pun. Adik beradik pegawai pejabat tanah tu jugak yang mohon. Kalau nak tahu, tu la perangai depa hat ᴋʜɪᴀɴᴀᴛ depa jugak. Walaupun bukan semua.

Pegawai tu Berlebai. Panggil aku dan ayah aku Ustaz. Mulut manis, selalu cakap pasal agama. Tapi kalau bab tanah dan duit, faham-faham lah. Ulama sebuah parti pun ᴋʜɪᴀɴᴀᴛ, apa lagi lebai macam dia.

- Advertisement -

Apa yang mampu aku buat, Berdoa sajalah kepada Allah sapa-sapa hat buat ᴋʜɪᴀɴᴀᴛ dan ᴢᴀʟɪᴍ. Sebab jadi depan mata, dalam bab ni kita tak tau sapa punya angkara, DO ker SO ker masing-masing kononnya kata bukan salah depa kononnya. Kami bukan hadap sangat tanah tu, bukan boleh bawa ᴍᴀᴛɪ tapi ini amanah. Lepas tu kami lawan.

Dan setahun lepas tu, masa nak ambil geran dan bayar premium tanah. Masa nak berurusan, kami tanya, mana pi lebai pegawai Pejabat Tanah tu? Pegawai lain kata dah pencen. Kami tanya lah awat pencen awal sangat? Katanya sebab ᴘᴇɴʏᴀᴋɪᴛ ᴋᴇɴᴄɪɴɢ manis. Kena ᴘᴏᴛᴏɴɢ kedua belah kaki.

Dari cerita ni, faham faham lah jangan dok buat ᴀɴɪᴀʏᴀ pada orang. Tambah kalau melibatkan harta dan hak anak yatim. Ni bukan drama tanah ᴋᴜʙᴜʀ, ni real aku hadap.

- Advertisement -

Orang yg kadang-kadang sembang lebih bukan faham pun. Kes macam ni banyak berlaku, bukan soal org cina, hatta ramai yg Melayu jadi ᴍᴀɴɢꜱᴀ. Bezanya samada depa berani lawan ker tak. Macam Mufti Utara, orang macam depa ni selalu dapat tanah anugerah tanah dari Sultan. Tak payah hadap biokrasi sedar sedar geran duduk atas meja.

Dari Facebook Fadzil Haji Aziz, kredit Ipoh mali.

Reaksi warga maya

Memang betul-betul terjadi.

Betulkah ada campur tangan istana?

Balasan kepada yang makan hasil anak yatim

Kenapa banyak sangat tanah terbiar di kampung?

Ada yang dah pencen dapat tanah?

Dimana intergriti amanah mereka?

SOLIDARITI RAKYAT: KEMPEN BENDERA PUTIH. Join Group Facebook Kempen Rakyat Malaysia Kibarkan Bendera Putih

Anda dipelawa untuk menyertai group facebook ini untuk menjadi “Wartawan Rakyat” menyalurkan informasi tentang rumah-rumah yang memasang bendera putih.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL