spot_img

Viral Kibar Bendera Pink Untuk Mereka Yang Ingin Cari Jodoh

- Advertisement -

PETALING JAYA – Kejayaan kempen bendera putih dilihat menjadi inspirasi kepada segelintir individu di media sosial yang melancarkan satu kempen mengibar bendera berwarna merah jambu untuk mencari jodoh.

Tidak jelas siapa yang memulakan idea tersebut namun seorang pengguna laman Facebook bernama Fazlin Razali menjadi antara individu terawal berkongsi hantaran mengenai kempen tersebut kelmarin.

“Untuk kakak-kakak dan abang-abang yang masih ‘single’ atau belum berkahwin naikkan bendera merah jambu di kediaman jika memerlukan jodoh segera.

- Advertisement -

“Tidak perlu merayu atau malu. Hanya kibarkan kain merah jambu semoga ada yang datang membantu,” ujar kapsyen hantaran gambar tersebut.

Hantaran kempen kibar bendera merah jambu ini dikongsi lebih 3,500 kali sejak dimuat naik kelmarin.

- Advertisement -

 

Kempen tersebut menimbulkan reaksi yang pelbagai dalam kalangan pengguna media sosial dan ramai menganggap ia hanya sekadar gurauan.

“Kepada yang sudah berkahwin jangan gatal-gatal naikkan bendera warna ini. Silap-silap nuklear yang datang ke rumah anda,” ujar seorang pengguna Facebook bernama Muhammad Syukhri Shafee.

- Advertisement -

“Ini jalan penyelesaian. Takkan mahu tunggu jodoh jatuh dari langit melekat dekat atas bumbung rumah awak pula,” balas seorang pengguna bernama Daniel Hazmi pula.

“Nampak kelakar. Tapi ada sebilangan manusia yang kita tak tahu dia ambil serius. Kalau boleh janganlah timbulkan situasi kibar bendera untuk perkara sebegini. Kita fokus bantu mereka yang terputus bekalan makanan,” ujar Atikah Rasyadi Junaidi.

Bagi anda yang ingin mencari jodoh silakan mengibar bendera merah jambu dirumah anda. Mana tahu jika jodoh anda bermula dari situ.

Reaksi warga maya

“Nak sharelah kot dapat jodoh”

Jaga-jaga takut ada suami yang gatal pula.

Dah ada ke orang yang kibar bendera pink?

Jangan ada yang naik bendera pelangi sudah.

Jom cuba mana tau dapat jodoh?

Kalau nak tambah bini naikkan bendera warna apa pula?

SOLIDARITI RAKYAT: KEMPEN BENDERA PUTIH. Join Group Facebook Kempen Rakyat Malaysia Kibarkan Bendera Putih

Anda dipelawa untuk menyertai group facebook ini untuk menjadi “Wartawan Rakyat” menyalurkan informasi tentang rumah-rumah yang memasang bendera putih.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL