spot_img

Viral Rakaman ᴅᴀᴋᴡᴀᴀɴ “Kerajaan Dibuli Di Mahkamah” Berkenaan Isu Tanah Musang King Di Raub

- Advertisement -

RAUB – Baru-baru ini Jabatan Perhutanan Negeri Pahang menahan 18 orang disyaki pekebun haram durian Musang King dalam operasi penguatkuasaan di Hutan Simpan Kekal (HSK) Batu Talam, Raub, Pahang.

Beberapa hari selepas itu tular satu video luahan dari seorang rakyat berkenaan isu tanah haram ini. Mari kita ikuti penjelasan ringkas mengenai isu ini.

“Macam ni saya suka Wak, banyak terjah lagi. Kes di Raub dah 40 tahun lebih penerokaan haram. Tapi kenapa masa awal-awal dorang tak tebang hutan tu? Pejabat Tanah biarkan sampai pokok-pokok dah berbuah? Siapa yang salah sebenarnya? Elit Melayu, Pegawai Melayu juga kot yang jadi talibarut.”

- Advertisement -

“Tanah akhirnya pemilik orang lain. Kalau kita tengok dari sebelah sana hingga ke hujung sana semua diteroka, ditarah bukit-bukit, tanah diambil.

Bukan kata permohonan yang.. mungkin bukit pertama ada geran diberi tetapi mereka tarah lagi bukit kedua, bukit ketiga dan seterusnya sampai kedalam.

Lepas tu bila kerajaan nak ambil semula, nak suruh kosongkan, pokok musang king dah besar, tu la yang terjadi di Raub 400 ekar tu.

- Advertisement -

Lepas tu kerajaan di’buli’ pula di mahkamah sebab kita tak boleh ᴅᴀᴋᴡᴀ pun. Kalau orang melayu ᴄᴇʀᴏʙᴏʜ pasti kena ᴅᴀᴋᴡᴀ.

Tetapi kalau mereka dah berkampung seperti ini macam mana nak ᴅᴀᴋᴡᴀ? orang politik ‘payung’, kartel-kartel ni berangkai nak ‘payung’ dan lebih lagi penjawat awam, penguatkuasa, orang-orang pemimpin, pemimpin politik, pemimpin tertentu, yang dah ambil duit daripada tauke-tauke ni.

Takkan mereka nak pergi halau, dia dah kaut duit, awak dah makan duit, seperti juga pihak-pihak tertentu yang dah makan ʀᴀꜱᴜᴀʜ macam mana dia nak tutup tempat yang sepatutnya tidak beroperasi.

- Advertisement -

Seperti inilah orang-orang yang bermasalah dalam menjalankan tugas tidak mempertahankan intergriti, kita kena buat pembersihan. Mereka yang ada masalah dalam menjalankan tugas dengan tidak amanah kita kena keluarkan atau gantikan.

Kita ganti dengan kakitangan yang betul-betul amanah dalam menjalankan tugas. Pemimpin macam tu juga, pemimpin yang dah lama sangat, dan ada pelbagai projek ꜱᴋᴀɴᴅᴀʟ simpan buat apa? Siasat lah, pihak terbabit tidur ke? buatlah kerja.

Sekarang tengok hutan-hutan ni, ekosistem kita dah rosak, bukit-bukit dah ditarah, akhirnya kawasan tadahan air tidak ada lagi.

Bila hujan turun saja pasti akan banjir, balak-balak dalam hutan semua sudah diangkut diberi dengan tauke-tauke, lepas tu bagi lagi tauke tanah kebun musang king, tarah lagi bukit.

Sekarang bila dah bala turun, cov-19, banjir besar, tanah runtuh, macam-macam bala kena ceroboh, akhirnya melayu merempat dibumi sendiri. Beribu orang melayu memohon tanah, tapi akhirnya seorang tauke cina besar saja yang boleh kontrol semua.

Cuba fikir guna otak sikit, dimana nilainya, Hak 153 Perlembagaan Negara memberi jamin hak keistimewaan orang melayu. 63 tahun kita merdeka, dimana kedudukan kita sebagai orang melayu? Mari pemimpin tengok semua hutan-hutan sekitar Raub dan di merata kawasan lagi. Berikan hak yang sepatutnya.

Rakaman yang tular

Respon Najib Razak berkenaan isu ini

SOLIDARITI RAKYAT: KEMPEN BENDERA PUTIH. Join Group Facebook Kempen Rakyat Malaysia Kibarkan Bendera Putih

Anda dipelawa untuk menyertai group facebook ini untuk menjadi “Wartawan Rakyat” menyalurkan informasi tentang rumah-rumah yang memasang bendera putih.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL