spot_img

Tular Rakaman Remaja OKU Sindrom Down Di ᴅᴇʀᴀ

- Advertisement -

SHAH ALAM – Seorang anak istimewa yang menghidap sindrom down disyaki ᴅɪᴅᴇʀᴀ di sebuah rumah kebajikan didiaminya sejak setahun lalu.

Seorang pengguna Facebook yang mendedahkan perkara itu ᴍᴇɴᴅᴀᴋᴡᴀ, remaja perempuan berusia 13 tahun itu dijadikan sebagai anak angkat oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di ibu kota.

“Baru-baru ini, saya dimaklumkan pemilik, petugas dan beberapa penghuni rumah kebajikan tersebut telah ᴅɪᴊᴀɴɢᴋɪᴛɪ wabak Covid-19.

- Advertisement -

“Senarai nama penghuni telah diserahkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut, namun namanya tidak dimasukkan ke dalam senarai,” katanya kepada sebuah akhbar tempatan.

Menurutnya, perkara tersebut menimbulkan kebimbangan dan menyebabkan seorang individu yang tidak ingin dikenali mencari peluang untuk masuk ke dalam rumah dan melihat sendiri keadaan.

“Bila tengok namanya tiada dalam senarai, dia rasa pelik kerana mereka seperti ingin menyembunyikan sesuatu.

- Advertisement -

“Jadi sumber tersebut bawa makanan ke rumah kebajikan dan dapat jumpa kanak-kanak itu.

Dia terkam lalu menangis, seolah-olah dalam keadaan ᴛʀᴀᴜᴍᴀ,” katanya.

Wanita itu memaklumkan, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mendapati remaja berusia 13 tahun tersebut tidak dimasukkan dalam senarai kerana dia telah ᴅɪᴅᴇʀᴀ dan mereka cuba untuk melindungi perbuatan keji itu.

- Advertisement -

“Dia didapati positif Covid-19 apabila dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan menerima ʀᴀᴡᴀᴛᴀɴ selama 10 hari sebelum dihantar pulang ke rumah kebajikan yang menjaganya sebelum ini.

“ᴋᴇᴄᴇᴅᴇʀᴀᴀɴ dia sangat serius.

Apabila pihak hospital tanya siapa yang buat, dia akan sebut ‘bonda’ dan ‘mama’ serta beritahu dia telah diikat serta disiram air panas.

“Saya mohon media, masyarakat dan pihak polis untuk siasat kes ini secara lebih terperinci dan bawa pelaku ᴋᴇᴊᴀᴍ ini ke muka pengadilan segera,” tegasnya.

Dalam pada itu, menerusi hantaran di akaun media sosial itu, pemilik Facebook berkenaan turut memuat naik beberapa keping gambar menunjukkan keadaan remaja tersebut.

Sementara itu, pemilik sebuah rumah kebajikan di ibu kota menafikan ᴅᴀᴋᴡᴀᴀɴ ᴘᴇɴᴅᴇʀᴀᴀɴ yang dibuat ke atas seorang anak istimewa.

Menurut pemilik rumah kebajikan tersebut, ᴅᴀᴋᴡᴀᴀɴ yang tular mengatakan pihaknya ᴍᴇɴᴅᴇʀᴀ kanak-kanak berusia 13 tahun itu adalah tidak benar sama sekali.

“Saya baru sahaja ambil kanak-kanak tersebut sebagai anak angkat lebih kurang setahun lalu.

“Saya hanya boleh menafikan saja sebab saya sendiri tahu macam mana saya jaga mereka dan kanak-kanak tersebut bukan satu-satunya anak saya yang sindrom down,” katanya kepada sebuah akhbar tempatan.

Dimaklumkan bahawa pemilik rumah kebajikan itu sudah pun membuat laporan polis bagi mengambil tindakan lanjut atas ᴅᴀᴋᴡᴀᴀɴ yang dilemparkan terhadapnya.

Dia yang dimaklumkan tentang ᴅᴀᴋᴡᴀᴀɴ tersebut oleh kenalannya pada pagi tadi tidak mahu perkara itu menjadi tekanan buat dirinya.

“Saya memang tidak tengok telefon lepas solat Isyak semalam kerana hendak berehat dan tidak mahu sebarang tekanan.

“Saya jaga ramai orang lagi dan kalau nak kata dia ᴅɪᴅᴇʀᴀ, saya ada banyak mata dan penghuni yang tahu perangai saya.

“Saya pun tidak tahu macam mana nak klasifikasikan ᴅᴇʀᴀ, marah dan tegur. Sampai tak boleh tegur ke?

“Buat masa ini saya memang tidak boleh beri sebarang komen kerana kes masih lagi dalam sisatan,” katanya setelah selesai membuat laporan polis.

Reaksi warga maya

Semoga Allah melindungi adik Bella.

Sedih dan nangis bila tengok.

Semoga yang ᴅᴇʀᴀ Bella diberi pembalasan kelak.

Tak takut ᴅᴏꜱᴀ ke orang yang ᴅᴇʀᴀ tu?

Nak gugur jantung bila tengok.

Rakaman yang tular

SOLIDARITI RAKYAT: KEMPEN BENDERA PUTIH. Join Group Facebook Kempen Rakyat Malaysia Kibarkan Bendera Putih

Anda dipelawa untuk menyertai group facebook ini untuk menjadi “Wartawan Rakyat” menyalurkan informasi tentang rumah-rumah yang memasang bendera putih.

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL