spot_img

Kisah Wira Argentina Yang Tinggalkan Arsenal Selepas Diberitahu Dia Bukan No 1

- Advertisement -

KEYAKINAN luar biasa pada Emiliano Martinez antara sebab kenapa beliau tidak kekok beraksi dengan pasukan utama.

11 tahun kariernya di Arsenal bukan tempoh yang sekejap. Namun kerana merasakan dirinya layak menjadi nombor 1 di kelab tersebut, Emi Martinez memutuskan untuk angkat kaki.

Martinez tanpa ragu, mahu mengejar slot sebagai pemain no.1 Argentina. Dan untuk berbuat begitu beliau harus menjadi penjaga gol utama di kelab. Kerana beliau bukan Sergio Romero yang sudah ada rekod bagus di kelab lain. Maka Romero masih no.1 di Argentina walaupun bukan no.1 di United.

- Advertisement -

Martinez ditandatangani Arsenal pada 2010, ketika era Arsene Wenger lagi.

Namun, sepanjang karirnya di Arsenal, Martinez tidak dikenali langsung dan hanya berada di kerusi simpanan. Karier dia di Arsenal banyak dihabiskan dengan pinjaman ke Oxford United, Sheffield Wednesday, Rotherham United, Wolves, Getafe, dan Reading.

Bernd Leno: “Saya nombor 1”

Selepas 11 tahun di Arsenal, Martinez merasakan dia berhak untuk mendapat tempat sebagai penjaga gol utama dan sedia untuk merebut tempat. Tetapi itu tidak berlaku.

- Advertisement -

Segalanya bermula apabila Bernd Leno dengan terbuka memberitahu media bahawa dia adalah no.1 di Arsenal. Tempat itu sudah dijamin oleh Arteta.

Selepas aksi final perisai komuniti menentang Liverpool, Leno berkata:

“Kelab ini sentiasa meyakinkan saya bahawa saya adalah nombor 1, saya nombor 1 [sekarang] dan akan terus menjadi nombor 1.”

- Advertisement -

Martinez sebelum itu membantu Arsenal menjuarai Piala FA ketika Bernd Leno mengalami kecederaan. Ketika mengisi kekosongan Leno pada baki saingan musim 2019/20, Martinez beraksi cemerlang.

Kenyataan Leno itu dikatakan membuatkan Emi Martinez tidak selesa.

Mikel Arteta kemudian mengesahkan bahawa slot nombor 1 Arsenal sudah ditentukan, maka Martinez telah memutuskan untuk mencari haluannya yang baharu. Martinez sebenarnya mengharapkan dia akan diberikan peluang untuk bersaing dengan Leno.

Malang untuk Martinez pada masa itu, Arsenal jelas masih percayakan Bernd Leno. Martinez meminta Arsenal mempertimbangkan tawaran dari kelab lain untuknya. Dia mahu menjadi penjaga gol utama.

Arteta malah memberikan bayangan bahawa beliau akan menyelesaikan situasi Martinez dengan sebaiknya. Membayangkan bahawa Arteta tidak boleh memberikan jaminan bahawa Martinez akan menjadi nombor 1 di Arsenal.

Martinez: “Menyertai Villa adalah langkah ke hadapan”

Arsenal melepaskan Martinez ke Aston Villa. Martinez dalam kenyataannya berkata: “Kami memutuskan hal ini dengan cara keluarga, setelah 11 tahun di kelab, Anda bekerja 10 tahun dengan sangat keras, Anda akan pergi melalui pintu depan hari ini,” tulis Martinez di Instagram.

Ketika dia memutuskan untuk ke Villa, ramai menganggap Martinez mengambil langkah ke belakang di dalam kariernya. Namun beliau menjelaskan sebaliknya.

“Ketika saya memutuskan untuk datang ke Villa, ianya kerana saya percayakan pengurus ini dan cita cita mereka. Saya tahu Villa kelab besar. Cuma orang lain tak sedar betapa besarnya kelab ini,” kata Martinez merujuk kepada kelab yang pernah menjuarai UCL dalam sejarah mereka.

“Mereka anggap ini langkah ke belakang dalam karier saya. Namun saya sentiasa anggap ini adalah langkah ke hadapan dalam karier saya.”

“Kami akan menikmati musim yang bagus. Saya katakannya sejak hari pertama, cita cita saya adalah nak bermain di Eropah dengan Villa.”

“Saya nak membantu kelab ini berada di tempat tertinggi yang kami mampu dan rasanya kami dalam landasan tepat.”

Tanpa ragu, Martinez menjadi penjaga gol utama di Aston Villa dan berada dalam senarai antara penjaga gol yang beraksi cemerlang.

Selepas aksi cemerlang di Villa, Martinez dipanggil skuad utama Argentina buat pertama kalinya musim ini.

Dan kemudian beliau bertekad mahu menjadi nombor 1 untuk Argentina dalam aksi Copa America.

Terus menjadi wira negaranya

Martinez tiba di kem Argentina dan diumumkan sebagai penjaga gol nombor 1. Ajaibnya, beliau terus membantu Argentina menang Copa America, menamatkan penantian panjang negaranya sejak 1993. Untuk negara seperti Argentina, itu penantian yang tidak masuk akal lamanya.

Beliau cuma mengambil masa sebulan sebelum Copa America untuk merampas tempat sebagai penjaga gol no.1 Argentina.

Martinez hanya ada 7 kaps ketika membantu Argentina juara Copa America. Dan kebanyakan kaps antarabangsanya adalah daripada Copa America 2021.

Beliau menjadi wira utama negaranya ketika melakukan 3 penyelamatan dalam penentuan penalti menentang Colombia.

0_Emiliano-Martinez

Lebih manis, beliau menjadi penjaga gol pertama dari Argentina memenangi anugerah sarung tangan emas Copa America.

SOLIDARITI RAKYAT: KEMPEN BENDERA PUTIH. Join Group Facebook Kempen Rakyat Malaysia Kibarkan Bendera Putih

Anda dipelawa untuk menyertai group facebook ini untuk menjadi “Wartawan Rakyat” menyalurkan informasi tentang rumah-rumah yang memasang bendera putih.

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL