spot_img

Viral Rakaman Ular “Asing” Yang Kononnya Adalah Petanda Kiamat

- Advertisement -

TERLALU banyak jenis-jenis ular dalam dunia ni yang belum pernah dijumpai oleh orang ramai. Contohnya ular “asing” dalam sebuah video yang tular di Tiktok yang mendakwa kononnya adalah sebagai petanda kiamat.

Di Malaysia, jika anda pernah membuat lawatan ke zoo negara, pasti anda akan dapat melihat pelbagai jenis ular yang dikurung. Itu adalah ular yang berjaya ditemui. Manakala ada juga ular yang tidak berjaya ditemui dan dimasukkan dalam sangkar untuk pameran.

- Advertisement -

Ular yang viral itu adalah dari jenis ular Viper. Ular Viper ini mengandungi bisa yang sangat berbahaya dan boleh membawa maut. Ia juga mempunyai taring yang panjang digunakan untuk menyuntikkan bisanya pada musuhnya.

Ular ini dikenali sebagai Gaboon Viper dan dijumpai di Afrika. Bentuk badannya kelihatan agak comel dengan badan yang agak besar tapi pendek. Berkepala seperti segi tiga atau hati (love).

- Advertisement -

Gaboon Viper ini berjalan secara rectilinear. Selalunya kita akan lihat ular-ular lain bergerak dengan cara menggelongsor kiri dan kanan. Tetapi lain pula bagi ular Gaboon Viper ini, ia bergerak secara kedepan dan kelihatan seperti mempunyai kaki. Jom tonton video ini.

Walaupun begitu, Gaboon Viper ini akan bergerak ke kiri dan ke kanan apabila ia dalam situasi terdesak atau kecemasan.

- Advertisement -

Selalunya ular ini bergerak agak perlahan dan slowmotion, jadi orang akan nampak ia semacam ular yang jinak. Tapi harus berjaga-jaga, walaupun ular ini kelihatan comel, ia sangat berbahaya kerana ular ini mengandungi racun dan mengeluarkan racun yang paling banyak diantara ular-ular berbisa yang lain.

Oleh sebab itu, ia sangat berbahaya apabila terkena gigitannya. Tak perlu risau jika kita di Malaysia, kita selamat kerana ular ini habitat kehidupannya di Afrika. Melainkan ada orang beli dan lepaskannya di rumah kita, kita tak selamat.

SOLIDARITI RAKYAT: KEMPEN BENDERA PUTIH. Join Group Facebook Kempen Rakyat Malaysia Kibarkan Bendera Putih

Anda dipelawa untuk menyertai group facebook ini untuk menjadi “Wartawan Rakyat” menyalurkan informasi tentang kebajikan sekeliling dan rumah-rumah yang memasang bendera putih.

Nak macam-macam info? Jom join group Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. SegSet featured imageala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL