spot_img

Susulan Kes ᴘᴇɴᴅᴇʀᴀᴀɴ Bella Anak OKU, Rumah Bonda Disita

- Advertisement -

PETALING JAYA – Rumah kebajikan yang dikaitkan dengan kes ᴘᴇɴᴅᴇʀᴀᴀɴ anak istimewa kelainan upaya (OKU) Sindrom Down dikenali sebagai Bella iaitu Rumah Bonda disita oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) hari ini.

Pengarahnya, Che Samsuzuki Che Noh berkata, tindakan sita tersebut diambil setelah pihaknya mendapati Rumah Bonda tidak berdaftar dengan JKM.

“Kita telah ambil langkah proaktif yang mana kita mendapati Rumah Bonda ini telah melakukan ᴘᴇʟᴀɴɢɢᴀʀᴀɴ syarat dalam menentukan premis pengoperasian sebagai sebuah pusat jagaan.

- Advertisement -

“Tindakan sita ini kekal sehinggalah adanya perintah mahkamah untuk membukanya semula,” katanya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

Mengulas lanjut, Che Samsuzuki berkata, sekiranya Rumah Bonda mahu meneruskan operasi, mereka harus mendapatkan kelulusan daripada bomba, Kementerian Kesihatan serta pihak berkuasa tempatan sebelum permohonan untuk beroperasi dibuat dengan JKM.

Dalam pada itu, beliau berkata, kes berkaitan Bella diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan dan tindakan selanjutnya.

- Advertisement -

Sementara itu, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Siti Zailah Mohd. Yusoff berkata, kesemua penghuni di Rumah Bonda telah dipindahkan sepenuhnya dan diletakkan dibawah jagaan dan seliaan JKM.

“Tengah hari tadi Pengarah dan juga beberapa Pegawai Penguatkuasa JKM Kuala Lumpur telahpun menyita rumah Bonda.

“Rumah Bonda telah menjalankan operasi tanpa kebenaran dan tidak didaftarkan di bawah peruntukkan Akta Pusat Jagaan 1993. Pihak Kementerian memandang serius perkara ini dan mana-mana pusat jagaan yang tidak berdaftar akan dikenakan tindakan yang sama,” katanya.

Rakaman rumah bonda disita

- Advertisement -

Rakaman rumh bonda disita

SOLIDARITI RAKYAT: KEMPEN BENDERA PUTIH. Join Group Facebook Kempen Rakyat Malaysia Kibarkan Bendera Putih

Anda dipelawa untuk menyertai group facebook ini untuk menjadi “Wartawan Rakyat” menyalurkan informasi tentang rumah-rumah yang memasang bendera putih.

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL