spot_img

Tular Selangor ‘Hanyut’ Hingga Ke Itali

- Advertisement -

PETALING JAYA – Selepas hampir dua minggu dijadikan ‘pulau’ oleh orang ramai di laman sosial sebelum ini akhirnya negeri Selangor kini berada di Itali selepas dibawa arus.

Walaupun perkongsian di laman Facebook itu hanyalah sekadar jenaka, namun pelbagai reaksi telah dititipkan orang ramai di ruangan komen.

Sebahagian daripada mereka bersetuju untuk ‘memulaukan’ sementara Selangor daripada Malaysia agar kes Covid turun kerana mereka tidak sanggup lagi hidup dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

- Advertisement -

“Covid dah habis ke kat Malaysia? Dengar cerita start esok tak payah pakai mask dah,” kata Tuan Diana.

“Turun kes Covid dari 9k kepada 2k kat malaysia, sebab selangor dah duduk negara lain,” tulis Eyma Evandra New.

Pada masa sama, ada juga yang reda jika Selangor ‘dihanyutkan’ ke mana sahaja kerana mereka mempunyai semua kemudahan seperti komen yang tulis oleh seorang pengguna dikenali sebagai Aiashikin Abdul Jalil.

- Advertisement -

“Kalau Selangor hanyut ke Amerika sekali pun kami redha, keluarga semua ada bersama.

“KLIA pun ada, Pelabuhan Klang ada, kilang roti, kilang elektronik, kilang gula makanan, semua lengkap rasanya kami boleh berdikari,” katanya.

Namun begitu, ada juga netizen yang mengecam ‘jenaka’ itu dan menyifatkan sebagai perbuatan tidak bertanggungjawab dan tidak menjaga sensitiviti penduduk Selangor.

- Advertisement -

“Saya pelik, kenapa nak asingkan Selangor, walhal dalam selangor tu bukan majoriti orang selangor pun.

“Rakyat dari bermacam negeri kot ada dalam Selangor, bukan setakat negeri, bermacam negara pun ada dalam Selangor ni,” ujar Amirah Auni.

Reaksi warga maya

Nasib baik lalu sempadan tak terjatuh dalam laut

Tak pasal-pasal Italy bertambah kes balik.

Patutlah pening 2,3 hari ini.

Lepas ini Selangor hebat macam Italy

Covid punya pasal Selangor disisihkan

SOLIDARITI RAKYAT: KEMPEN BENDERA PUTIH. Join Group Facebook Kempen Rakyat Malaysia Kibarkan Bendera Putih

Anda dipelawa untuk menyertai group facebook ini untuk menjadi “Wartawan Rakyat” menyalurkan informasi tentang rumah-rumah yang memasang bendera putih.

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL