spot_img

Ayah Ini Terpaksa Guna Duit Syiling Tabung Beli Susu Anak, Ramai ‘Offer’ Nak Bayar Walau Berbeza Bangsa

- Advertisement -

KISAH seorang ayah ini baru saja berlaku semalam. Seorang ayah terpaksa menggunakan duit syiling tabung untuk membeli susu anak, tapi apa yang berlaku adalah ramai orang menawarkan secara sukarela untuk membayar jumlah belian ayah ini.

Ramai yang terkesan dek kerana pandemik ini. Daripada kanak-kanak tadika, murid sekolah rendah, golongan dewasa hinggalah warga emas, semuanya menghadapi tekanan tersendiri.

Apatah lagi bagi seorang ketua keluarga yang perlu menyara tanggungan tatkala dirinya hilang punca pendapatan. Selagi ada daya, dikerah kudrat untuk mencari rezeki buat insan-insan tersayang di rumah.

- Advertisement -

Bahkan, mungkin ada yang terpaksa menggunakan wang tabungan syiling sepertimana kisah yang dikongsikan seorang pemuda sebentar tadi.

Kongsi saudara Kamarul Azizi, dia telah menyaksikan detik meruntun hati apabila melihat seorang bapa mengira wang syiling di kaunter bagi membayar susu untuk anaknya.

Katanya, tindakan lelaki itu telah menyebabkan para pelanggan berbilang bangsa tampil menawarkan diri untuk membayar pembeliannya. Namun, tawaran itu telah ditolak sebelum lelaki tersebut bergegas pulang dengan mata yang berkaca.

- Advertisement -

Ikuti kisah meruntun hati tersebut yang dinukilkan semula oleh saudara Kamarul di bawah.

Beratur nak bayar barang kat satu kedai runcit. Depan aku ada seorang brader ni tengah bayar sekotak susu formula sama dengan brand susu anak aku di kaunter berharga RM23 dengan telur 10 biji berharga RM7. Apa yang tersentuh hati aku, brader ni bayar duit pakai duit syiling! Berdesing bunyi duit syiling tu jatuh selambak atas meja kaunter. Termenung dan terdiam sekejap budak cashier tu dengan kawan dia kira dan asingkan duit syiling seringgit seringgit. Aku dan pelanggan lain di belakang yang tengah beratur (ada Cina, India dan Bangla) pun turut terkesima dan pastinya semua sayu tengok kejadian ni depan mata.

Budak cashier tu terus kira dan rasanya baru sampai lebih kurang RM10 dan dia terus cakap duit brader tu dah cukup dan cepat-cepat bungkus susu formula tadi. Aku nampak mata dia dan kawannya mula berkaca. Aku tahu bukan budak cashier ni malas nak kira tapi dalam fikiran dan perasan budak cashier tu sedang sedih dan kalau la duit syiling brader tu terkurang pasti dia juga akan gantikan.

- Advertisement -

Tak semena-mena aku tegur brader tu. “Bang, takpa bang biar saya bayarkan”. Brader tu menoleh dengan berat kat muka aku dan jawab “tak apa bang, saya ‘saja’ je nak pakai duit tabung saya. hehehe” dengan muka senyum 1001 penipuan. Tiba-tiba uncle cina belakang aku sahut “Takpa apa barang u ambil sini, kasi cukup barang rumah nanti saya bayar”. Dan tetiba Bangla kat belakang auntie India bergerak ke depan letak beras 5 kilo yang dia nak beli kat cashier sambil pegang bahu dan gelengkan kepala untuk signal yang dia sedekahkan beras tu kat brader tadi. (mungkin dia tak pandai cakap tapi dia faham situasi tadi).

Brader tadi serba salah dan terkedu dan matanya mula berkaca. Tapi last last ayat dia yang keluar “Takpa bang…takpa” terus sambar barang dia dan keluar dengan laju menuju ke motornya, Kitorang jerit panggil dia buat tak dengar. Start motor terus jalan.

Cashier ambil duit dia yang tak habis kira tu masuk dalam bekas bawah meja dan kawan dia dah basah pipi dah. Bangla tu ambil balik beras dia dengan muka sedih dan beratur balik. Uncle cina tu sembang dengan auntie India belakang dia pasal brader tadi dan situasi kesusahan sekarang ni. Aku pulak terdiam dan terus bayar dan keluar kedai dengan bawa balik satu kejadian yang menyedihkan aku. Patutlah dia mundar mandir dalam kedai tu macam nak tunggu timing kaunter cashier clear. Dia segan kot nak bayar pakai duit syiling.

Bro, (andai kata kau dapat baca posting aku ni) Aku tau kau ada ego lelaki, ego seorang ketua keluarga, seorang ayah dan suami. Aku boleh rasakan betapa beratnya perasaan seorang ayah yang terpaksa korek duit tabung dan tebalkan muka beli susu dan telur untuk keluarga. Dengan alasan kau kata “saja nak pakai duit tabung” itu aku tak boleh terima bro sebab aku tahu yang duit terakhir kau adalah duit tabung. Logiknya orang korek tabung hanya bila dia dah terdesak sangat.

Dengarlah nasihat aku bro. Saat getir ini, tak perlu malu sekiranya kau perlukan bantuan. Dan jangan segan silu kalau ada yang sudi membantu. Sebab sebenarnya dugaan untuk kau adalah ujian untuk kami semua. Fikirlah demi untuk keluarga dan bukan kerana mahalnya egomu. Andai kau baca posting aku ni dan masih dalam kesukaran. Jangan segan untuk naikkan bendera putih. Angkat bendera putih bukan bererti kau menyerah atau kalah! Tiada siapa anggap kau kalah saat ini sebaliknya orang yang berlumba-lumba nak buat pahala datang membantu. Demi survival keluarga kau agar dapat bertahan sampai habis darurat ini. Bila kau dah pulih nanti siapa tahu mungkin rezeki giliran kau pula bantu orang lain. Bagilah peluang untuk orang lain bantu diri dan keluarga kau.

Aku balik rumah dan terfikir, saat Tuhan turunkan dugaan, ia juga turunkan rahmat dan pertolongan melalui insan-insan di sekeliling kita. Dan dugaan kesusahan orang lain sebenarnya adalah ujian untuk kita.

Kejadian tadi buatkan aku nampak rakyat tolong rakyat. Tanpa ada perbezaan fahaman, tak kisah lah bangsa Melayu India Cina, hatta Bangla sekalipun semua nak membantu tak kisah lah status kau kaya atau miskin dari dia.

Ramai yang susah sekarang ni tapi sebenarnya ramai juga yang membantu, sedar atau tidak amalan bersedekah semankin banyak dipraktikkan. Teruskan usahamu rakyat Malaysia, semoga dengan amalan bersedekah ini diterima Allah dan semoga Allah mengampuni dosa-dosa kita dengan mengangkat semula wabak ini keluar dari bumi Malaysia dan dari dunia ini jua. Amin.

Tambahan:-

Pada mereka yang terkesan dan memerlukan bantuan sara diri/keluarga, ada beberapa tempat korang boleh dapatkan bantuan. Yang penting jangan malu, ini bukan soal jatuh maruah atau mengalah. Tapi soal survival untuk hidup buat masa ini. Jangan stress, jangan mengalah, jangan bunuh diri.

Jiran tetangga – tengok-tengoklah jiran sebelah atau bertanya rajin bertanya khabar. Jangan biarkan jiran kita sorang-sorang menghadapi kesusahan. Jiranlah ‘saudara’ kita yang terdekat. Apa-apa jadi jiranlah yang sampai dulu.

IPD Polis – PDRM telah melaksanakan #OPBANTU bagi mengagihkan bantuan Bakul Makanan untuk penduduk di sekitar wilayahnya. Boleh hadir ke IPD berdekatan atau hubungi IPD atau Balai polis yang berdekatan.

NGO dan Persendirian – Nak sebut NGO ni banyak, masing-masing ‘berlumba-lumba’ nak hulurkan bantuan. Kalau di tempat saya di Puchong ni yang saya tahu Mr.Kuan aka Uncle Kentang kerap buat bantuan.

Pejabat PARLIMEN kawasan – Kerajaan Pusat telah mengagihkan bantuan kewangan berjumlah RM300 ribu kepada setiap ahli parlimen untuk disumbangkan pada rakyat yang terkesan di kawasan mereka melalui program bakul makanan.

Aplikasi KITA JAGA KITA – Aplikasi #kitajagakita di cipta khusus untuk rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan atau yang ingin menghulurkan bantuan. Aplikasi ini adalah platform terbaik pada siapa yang ada perasaan malu untuk gantung bendera putih dan ianya dapat di lihat secara terus oleh pemberi bantuan. Aplikasi ini boleh di muat turun di Playstore, Apple dan Huawei Apps Store.

Sumber: Kamarul Azizi

Respon Netizen

Tabarakallah

 

SOLIDARITI RAKYAT: KEMPEN BENDERA PUTIH. Join Group Facebook Kempen Rakyat Malaysia Kibarkan Bendera Putih

Anda dipelawa untuk menyertai group facebook ini untuk menjadi “Wartawan Rakyat” menyalurkan informasi tentang rumah-rumah yang memasang bendera putih.

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL