spot_img

Tular Rakaman Diminta Berhati-hati Guna Laluan Lebuh Raya Hubungan Timur-Barat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pengguna jalan raya khususnya di Lebuh Raya Hubungan Timur-Barat dinasihatkan berhati-hati ketika memandu selepas polis menerima sebanyak 28 kes ᴋᴇᴍᴀʟᴀɴɢᴀɴ sejak awal tahun hingga hari ini.

Terdahulu, sebuah video berdurasi dua minit enam saat tular di media sosial yang memaparkan beberapa insiden ᴋᴇᴍᴀʟᴀɴɢᴀɴ yang berlaku di Lebuh Raya Hubungan Timur-Barat bersebelahan depoh simpanan Kenderaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dari arah Cheras menghala ke pusat bandar.

Menerusi video berkenaan, seorang individu memberitahu kawasan terbabit sering kali berlaku ᴋᴇᴍᴀʟᴀɴɢᴀɴ dan sebanyak enam insiden ᴋᴇᴍᴀʟᴀɴɢᴀɴ berlaku untuk hari ini sahaja.

- Advertisement -

Video tersebut turut memaparkan sekumpulan ‘call man’ sedang berkumpul di hadapan dua buah stesen minyak dan bersedia di ‘lubuk’ ᴋᴇᴍᴀʟᴀɴɢᴀɴ itu untuk menunggu ᴍᴀɴɢꜱᴀ ᴋᴇᴍᴀʟᴀɴɢᴀɴ.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, pihaknya telah menerima aduan berhubung rakaman video yang tular di media sosial.

“Hasil semakan mendapati, sejak awal tahun ini sehingga hari ini terdapat sebanyak 28 kes ᴋᴇᴍᴀʟᴀɴɢᴀɴ yang telah berlaku di lokasi tersebut.

- Advertisement -

“Beberapa faktor yang telah dikenal pasti sebagai penyumbang utama kepada ᴋᴇᴍᴀʟᴀɴɢᴀɴ tersebut antaranya permukaan jalan yang licin selepas hujan, bentuk jalan yang berselekoh dan memandu melebihi kelajuan yang ditetapkan sehingga menyebabkan kenderaan hilang kawalan sebelum ᴛᴇʀʙᴀʙᴀꜱ,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Zulkefly memberitahu, pihak JSPT Kuala Lumpur akan membuat siasatan dan pemantauan yang kerap di lokasi tersebut bagi mengelakkan sebarang unsur sabotaj yang boleh menyebabkan ᴋᴇᴍᴀʟᴀɴɢᴀɴ kepada pengguna jalan raya.

“Pihak JSPT KL menasihatkan pengguna jalan raya yang melalui lokasi tersebut supaya sentiasa berhati-hati bagi mengelakkan kejadian ᴋᴇᴍᴀʟᴀɴɢᴀɴ.

- Advertisement -

“Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau pun maklumat boleh menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S Lee di talian 03-2071 9999 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2146 0584/585 atau mana- mana balai polis berhampiran,” jelasnya.

Rakaman yang tular

SOLIDARITI RAKYAT: KEMPEN BENDERA PUTIH. Join Group Facebook Kempen Rakyat Malaysia Kibarkan Bendera Putih

Anda dipelawa untuk menyertai group facebook ini untuk menjadi “Wartawan Rakyat” menyalurkan informasi tentang rumah-rumah yang memasang bendera putih.

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL