spot_img

Apakah Formula Perlis Kawal Pandemik Covid-19?

- Advertisement -

KANGAR: Perlis adalah sebuah negeri terkecil di negara ini yang bersempadan dengan Kedah di bahagian selatan dan Thailand di bahagian utara.

Malah, dengan populasi penduduknya seramai 254,400, geografi negeri ini hanya dilengkapkan dengan tiga daerah iaitu Kangar, Arau dan Padang Besar.

Namun, dalam berdepan pandemik Covid-19, negeri ini boleh dianggap kubu terakhir atau negeri contoh berdepan ᴀɴᴄᴀᴍᴀɴ penularan Covid-19 kerana sehingga semalam 13 Julai 2021, kes penularan Covid-19 di negeri itu berada pada paras 0 kes.

- Advertisement -

Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana (JPB) Negeri Perlis, Azman Mohd Yusof berkata, walaupun Perlis mempunyai populasi penduduk kecil dibandingkan dengan negeri lain, ia bukan bererti ᴠɪʀᴜꜱ itu tidak mampu ᴍᴇɴᴊᴀɴɢᴋɪᴛɪ penduduk di negeri ini.

“Menyingkap kembali penularan Covid-19 di Perlis bermula sekitar Mac tahun lalu di mana dua bulan sebelum itu pula, kes pertama direkodkan di Malaysia berlaku membabitkan pelancong warga China yang memasuki negara ini melalui Johor dari Singapura.

“Berdasarkan maklumat terkini, sehingga 20 Jun lalu, 696,408 jumlah kes direkodkan di seluruh negara dengan jumlah kematian adalah 4,408 orang iaitu 0.63 peratus.

- Advertisement -

“Di Perlis pula, sehingga kini 607 kes terkumpul dilaporkan atau 0.08 peratus daripada jumlah keseluruhan kes di negara ini manakala hanya enam kes kematian direkodkan berbanding 4,408 jumlah kes kematian seluruh negara iaitu 0.14 peratus atau 1.05 peratus daripada jumlah kes terkumpul negeri Perlis.

“Jika dilihat secara terperinci, jumlah kes di Perlis daripada 607 kes keseluruhannya hanya 29 kes tempatan aktif dan enam kes import aktif dan selain itu, negeri ini mencatatkan jumlah kes sembuh yang tinggi iaitu 531 kes,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui sebuah akhbar tempatan secara eksklusif di pejabatnya di Kompleks Dewan Undangan Negeri (Dun) Perlis, di sini.

- Advertisement -

Azman berkata, walaupun banyak pendapat dan cakap kosong mengatakan kes Covid-19 rendah di Perlis disebabkan penduduknya yang sedikit, tetapi jangkitan Covid-19 tidak mengenal besar atau kecil geografi sesuatu negeri itu.

“Dalam hal ini tidak wajar membandingkan populasi penduduk yang kecil punca kepada penularan kes Covid-19 di negeri ini rendah berbanding negeri lain kerana jika dikaji, negeri sekecil Perlis ini sebenarnya membolehkan penularan jangkitan Covid-19 ini menjadi lebih mudah ke seluruh negeri dalam sekelip mata sekiranya tiada pengurusan kawalan terhadap penularan wabak ini di negeri ini.

“Maka, pengurusan kawalan dari pihak kerajaan negeri ini perlu dirancang dan dilaksanakan dengan lebih tersusun dan berkesan dan dalam masa yang sama juga, pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dalam kalangan masyarakat memainkan peranan penting kepada lambatnya kurangnya penularan pandemik ini berbanding negeri lain,” katanya.

Beliau berkata, menyorot kembali tatkala pandemik Covid-19 mula tersebar Mac tahun lalu menerusi kluster tabligh di Masjid Sri Petaling dan kerajaan Perlis kemudian mengambil tindakan pantas dengan membuka pusat operasi kuarantin di Dewan 2020, Kangar bagi pengasingan individu yang ᴅɪꜱʏᴀᴋɪ ᴛᴇʀᴊᴀɴɢᴋɪᴛ serta menilai ʀɪꜱɪᴋᴏ ᴊᴀɴɢᴋɪᴛᴀɴ Covid-19 ini.

“Ketika itu, secara jujurnya tiada satu mekanisma boleh dijadikan panduan mengenai pembukaan pusat kuarantin untuk menempatkan individu ᴅɪꜱʏᴀᴋɪ terkena ᴊᴀɴɢᴋɪᴛᴀɴ Covid-19.

“Tanpa banyak birokrasi, saya berpandangan dan percaya langkah awal yang proaktif dan tindakan pantas itu memberikan impak yang besar kepada penularan Covid-19 di Perlis sehingga kini.

“Malah, 112 rakyat Perlis daripada 10,000 jemaah dalam ijtimak tabligh di Masjid Sri Petaling yang pulang ke negeri ini ditegah ke masjid, solat berjemaah dan solat hingga menjalani kuarantin di Dewan 2020 dan tidak lama selepas itu, semua aktiviti berkumpulan di masjid termasuk solat berjemaah dan solat Jumaat dihentikan seketika selama 14 hari bermula 16 Mac hingga 29 Mac tahun lalu,” katanya.

ANGGOTA polis bersama ATM, RELA dan APM ketika melakukan SJR di Kampung Kuala Sanglang berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (TEMCO) bagi membendung penularan wabak Covid-19 yang dikaitkan dengan kluster PUI Sivagangga. FOTO Arkib NSTP

Beliau berkata, ia selaras dengan titah Raja Muda Perlis yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Negeri Perlis (Maips), Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail serta tindakan pantas kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Khas Keselamatan Negeri (JKKN) sekali lagi diterjemahkan dengan keputusan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Kuala Sanglang dan Kampung Tanah Timbul di Sanglang pada 8 Ogos hingga 4 September tahun lalu apabila terdapat rangkaian 20 kes Covid-19 kluster PUI Sivagangga.

“Tindakan pantas kerajaan negeri Perlis memohon kepada kerajaan Persekutuan bagi melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) ini berjaya mengekang penularan pandemik apabila kerajaan Perlis terus melaksanakan proses saringan ke atas sejumlah 872 orang penduduk di kedua-dua kampung terbabit.

“Namun, jika dikatakan di Perlis ini ada herba ajaib yang mampu mengekang Covid-19 ini sehingga menyebabkan kesnya menjadi terlalu rendah, saya katakan tidak ada dan tiada kena mengena kerana ini semua kuasa yang Maha Esa ditambah dengan kecekapan kerajaan negeri serta pematuhan dan disiplin terhadap SOP oleh rakyat di Perlis,” katanya.

Tahap kesedaran kesihatan rakyat tinggi

Tahap kesedaran terhadap peri pentingnya menjaga kesihatan dilihat antara punca penularan kes Covid-19 di Perlis rendah.

Pakar Perunding Perubatan Dalaman Hospital Pakar Kumpulan Perbadanan Johor (KPJ) Perlis Dr Nurazam Omar berkata, jika dinilai daripada bermulanya penularan kes Covid-19 di negara ini, Perlis negeri paling lambat mencatatkan kenaikan kes.

“Jika dilihat bilangan nombor memang jarang Perlis mendapatkan bilangan kes harian dua digit, lazimnya purata kes harian di Perlis sekitar kosong hingga dua dan apa yang membanggakan di sini kesedaran dalam menjaga kesihatan terutama pada musim wabak pandemik Covid-19 semakin meningkat.

“Apabila dikatakan kesedaran kesihatan, ia merangkumi kesedaran melakukan ujian calitan di mana jika awal Perintah Kawalan Pergerakan tahun lalu ramai takut melakukan ujian itu di negeri ini.

“Namun selari dengan perkembangan kes terkawal di sini, masyarakat mengubah persepsi terhadap ujian calitan ini di mana mereka sudah tidak risau membuat ujian berkenaan,” katanya.

Malah, katanya, dalam syarat ᴅɪʀᴀᴡᴀᴛ di Hospital KPJ juga, seseorang itu perlu menjalani saringan ujian calitan yang akan meneliti terlebih dahulu keadaan seseorang pesakit sama ada positif atau negatif Covid-19 sebelum dibenarkan ᴅɪʀᴀᴡᴀᴛ di hospital berkenaan.

“Selain itu, tindakan awal Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Perlis dan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perlis dalam mempromosi kuarantin kendiri juga banyak menyedarkan masyarakat di Perlis untuk tidak sewenang-wenangnya berada di luar rumah.

“Apa yang kita lihat tindakan awal MKN dan JKN Perlis yang mengeluarkan arahan kepada sesiapa yang tiba ke Perlis dari kawasan zon merah atau red zone maka wajib melapor diri dengan memberitahu kehadiran mereka di pejabat kesihatan banyak membantu dalam hal ini.

“Mereka (anggota perubatan) akan menilai sama ada perlu dibuat ujian calitan atau sekadar kuarantin di rumah sahaja, ujian inilah penentu sekiranya individu dari zon merah ini bergejala atau tidak dan sekiranya tidak bergejala maka, individu itu boleh menjalani kuarantin kendiri di rumah dalam tempoh tertentu antara 10 hingga 14 hari,” katanya.

Negeri pertama tutup, buka masjid

Walaupun pandemik Covid-19 jelas merencatkan segala aktiviti kehidupan seharian rakyat di negara ini, aspek kerohanian agama Islam dalam mendepani situasi pandemik ini jelas tidak dilupakan, malah semakin dipertingkatkan menggunakan segala teknologi yang ada.

Seperti di Perlis juga, walaupun masjid dan surau ditutup, pengisian program kerohanian seperti mengaji, ceramah agama, tadarus serta pelbagai lagi banyak dilakukan secara dalam talian.

Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (Maips), Mohd Nazim Mohd Noor berkata, peranan Maips sangat istimewa dalam mengekang wabak Covid-19 yang melanda ini.

“Jika dilihat, kita adalah negeri pertama yang mulai menutup masjid sebagai langkah pencegahan daripada merebaknya Covid-19 dan pada masa sama juga, kami berusaha sedaya upaya dan sebaik mungkin untuk membuka semula masjid dalam kapasiti serta masa yang sesuai dengan suasana pandemik itu.

“Oleh itu, setiap perubahan suasana dalam pandemik itu, baginda Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalulail selaku Yang Dipertua Maips sendiri sentiasa memantau dan jikalau ada keperluan baginda akan bersidang dengan ahli fatwa dan ahli majlis dan ketua agensi agama Islam untuk menentukan dasar terkini,” katanya.

PERLIS menjadi negeri pertama yang membuka masjid untuk pengimarahan termasuk solat Jumaat. FOTO Luqman Hakim Zubir

Malah, katanya, Perlis akhirnya menjadi negeri pertama yang membuka masjid untuk pengimarahan termasuk solat Jumaat.

“Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlangsung juga sehingga kini, itu kita terus laksanakan program dalam talian menerusi kerjasama dengan Jabatan Agama Islam Perlis (Jaips) dan antara pengisiannya adalah setiap masa ada program kuliah agama, ceramah agama, tadarus al-Quran pada waktu pagi dan ini bertujuan memberikan ruang kepada masyarakat negeri Perlis melazimkan dengan amalan agama Islam dan aktiviti kerohanian dengan menambahkan pengajian.

“Itu adalah kekuatan untuk melawan Covid-19 ini apatah lagi dengan pelaksanaan aktiviti keagamaan itu dan pada masa sama juga kita anjurkan kepada masyarakat berdasarkan sunah Rasulullah, memperbanyakkan ulang doa mengelak wabak dan bahkan Tuanku Raja Muda Perlis juga dalam beberapa siri titahnya juga menasihatkan kepada rakyat Perlis supaya memperbanyakkan sedekah, istigfar dan memohon keampunan kepada Allah supaya mengangkat wabak ini pergi,” katanya.

Patuh SOP bantu kurangkan kes ᴋᴏʀᴏɴᴀᴠɪʀᴜꜱ

Rata-rata masyarakat di Perlis melihat pematuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan sebagai punca kes penularan ᴊᴀɴɢᴋɪᴛᴀɴ Covid-19 di negeri itu agak rendah berbanding negeri lain.

Selain itu, kecekapan langkah kerajaan negeri dalam menyekat dan mengawal penularan ᴊᴀɴɢᴋɪᴛᴀɴ Covid-19 yang dibawa menerusi individu atau pihak yang merentas negeri turut menyebabkan penularan ᴊᴀɴɢᴋɪᴛᴀɴ kes Covid-19 di Perlis kini masih berada di bawah paras 1,000 kes.

Seorang sukarelawan kesihatan, Azrin Halib, 43, dari Kangar berpendapat bahawa faktor kes Covid-19 rendah di Perlis berbanding negeri lain adalah disebabkan kurangnya sektor perindustrian di negeri ini yang menyebabkan kluster tempat kerja jarang berlaku di negeri itu.

“Jika kita lihat di Perlis ini, kilang di negeri ini tidak banyak hanya ada dalam satu atau dua sahaja kilang yang besar yang bertapak maka ia sekali gus mengurangkan kepada kewujudan kluster tempat kerja seperti di negeri lain.

“Selain itu, pematuhan SOP dalam kalangan rakyat Perlis sangat tinggi dan mereka menjaga SOP itu dengan betul seperti sentiasa memakai pelitup muka apabila berada di luar rumah, malah di tempat seperti pasar raya juga jika dilihat, mereka tidak berkumpul sebaliknya hanya memasuki pasar raya mengikut had yang dibenarkan dalam SOP ditetapkan kerajaan,” katanya.

BANDAR Kangar lengang ketika dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). FOTO Luqman Hakim Zubir

Rakannya, Azli Hashim, 23, dari Pauh pula berasakan tindakan polis dalam melaksanakan sekatan jalan raya dalam memantau kemasukan tidak disahkan dari luar Perlis juga berjaya mengurangkan risiko ᴘᴇɴᴜʟᴀʀᴀɴ ᴊᴀɴɢᴋɪᴛᴀɴ Covid-19 di negeri itu.

Seorang jurukamera sambilan, Taufiq Attan, 38, dari Kuala Perlis menyifatkan disiplin rakyat Perlis dalam menjaga SOP yang ditetapkan kerajaan berjaya melambatkan peningkatan penularan Covid-19 di negeri itu.

“Pada pendapat saya, rakyat Perlis berdisiplin terutama daripada segi pematuhan SOP mengikut dengan apa yang kerajaan tetapkan dan tindakan pantas pihak tertentu mengesan kontak rapat sekiranya berlaku kes positif Covid-19 juga banyak membantu.

“Kemudian saya rasa lagi satu, kawalan sempadan yang ketat, pihak berkuasa polis dan ketegasan pihak yang mengawal sempadan mengurangkan penularan kes Covid-19 di Perlis,” katanya.

Seorang lagi rakyat Perlis, Loo Huey Sze, 33 dari Kangar berkata, dia kagum melihat rakyat Perlis mampu mengekalkan SOP dengan penuh disiplin sehinggakan jumlah penularan Covid-19 perlahan berbanding negeri lain.

“Sebagai anak Perlis, saya melihat bahawa pematuhan SOP daripada segi penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka terus dikekalkan dalam kalangan masyarakat di negeri ini.

“Jadi tidak timbul soal ᴘᴇʟᴀɴɢɢᴀʀᴀɴ SOP dalam kalangan masyarakat kerana Perlis juga mahu mengekalkan contoh yang terbaik kepada negeri lain yang mempunyai kes yang tinggi,” katanya.

SOLIDARITI RAKYAT: KEMPEN BENDERA PUTIH. Join Group Facebook Kempen Rakyat Malaysia Kibarkan Bendera Putih

Anda dipelawa untuk menyertai group facebook ini untuk menjadi “Wartawan Rakyat” menyalurkan informasi tentang rumah-rumah yang memasang bendera putih.

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL