spot_img

Tular Rakaman Wanita Sakat Pakcik Gatal Waktu Maghrib

- Advertisement -

SEBAGAI wanita baik yang sudah berkahwin mahupun bujang sering menjadi ‘ᴍᴀɴɢꜱᴀ’ ᴅɪɢᴀɴɢɢᴜ golongan lelaki.

Boleh dikatakan ada sahaja mata-mata ɴᴀᴋᴀʟ yang sentiasa memerhati mengusik sama ada atas tiket bergurau ataupun berniat tidak baik.

Kadangkala berjalan di tempat awam pun terdapat segelintir lelaki berani bersiul ke arah wanita tanpa segan-silu.

- Advertisement -

Inilah situasi dialami seorang wanita apabila ᴅɪɢᴀɴɢɢᴜ lelaki warga emas 60-an.

Menerusi sebuah video tular, wanita tersebut berkongsi cerita pengalaman ᴅɪɢᴀɴɢɢᴜ lelaki ketika sedang berjalan kaki membuang sampah di hujung taman.

Menurutnya, beliau perlu berjalan selang dua buah rumah ke tapak pembuangan sampah memandangkan suaminya pulang lewat pada hari berkenaan.

- Advertisement -

Ketika sedang berjalan sebuah kereta dipercayai dipandu lelaki terbabit datang menghampiri dengan perlahan dan membuka tingkap sebelum menawarkan untuk menumpangkan.

Image from @tunefa_ (TikTok)

Apa yang menghiburkan, rata-rata warga maya tidak menduga cara digunakan wanita tersebut melindungi diri daripada lelaki berkenaan.

- Advertisement -

“Pak cik nampak saya?,” katanya sambil memberikan senyuman dan jelingan ᴍᴇɴʏᴇʀᴀᴍᴋᴀɴ.

Kata wanita dikenali sebagai Faa reaksi wajah lelaki itu tampak ᴘᴜᴄᴀᴛ dan segera memecut laju kenderaannya.

Menurutnya, situasi terbabit ‘menjadi’ memandangkan pada waktu tersebut hampir Maghrib.

Perkongsiannya dengan kapsyen “Sorry pak cik siapa suruh gataiii sangat… #takutsaya #akutakbiasa #botaklicin” itu telah mendapat lebih 950,000 jumlah tontonan dan hampir 150,000 tanda suka.

Ternyata kisah yang dikongsikan membuat ramai terhibur.

Apa pun, memang terbahaklah gelak. Mungkin golongan wanita boleh mempraktikkan tip tersebut.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di ᴛɪᴋᴛᴏᴋ:

Rakaman yang tular

SOLIDARITI RAKYAT: KEMPEN BENDERA PUTIH. Join Group Facebook Kempen Rakyat Malaysia Kibarkan Bendera Putih

Anda dipelawa untuk menyertai group facebook ini untuk menjadi “Wartawan Rakyat” menyalurkan informasi tentang rumah-rumah yang memasang bendera putih.

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL