spot_img

Susulan Kes ᴅᴇʀᴀ Bella, Pemilik Rumah Bonda Ditahan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pemilik Rumah Bonda ditahan polis semalam bagi membantu siasatan kes mendatangkan ᴋᴇᴄᴇᴅᴇʀᴀᴀɴ dan ᴜɢᴜᴛᴀɴ ᴊᴇɴᴀʏᴀʜ.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan ᴊᴇɴᴀʏᴀʜ ꜱᴇᴋꜱᴜᴀʟ, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan ᴊᴇɴᴀʏᴀʜ Bukit Aman Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan ketika dihubungi sebuah akhbar tempatan berkata, wanita berusia 29 tahun itu ditahan 10.30 pagi semalam.

Katanya, dia ditahan selepas diminta hadir ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur bagi memberi keterangan susulan beberapa laporan polis yang dibuat terhadapnya.

- Advertisement -

“Kertas siasatan baharu telah dibuka dan siasatan dibuat mengikut ꜱᴇᴋꜱʏᴇɴ 323 Kanun ᴋᴇꜱᴇᴋꜱᴀᴀɴ iaitu dengan sengaja mendatangkan ᴋᴇᴄᴇᴅᴇʀᴀᴀɴ dan ꜱᴇᴋꜱʏᴇɴ 506, Kanun ᴋᴇꜱᴇᴋꜱᴀᴀɴ iaitu melakukan ᴜɢᴜᴛᴀɴ ᴊᴇɴᴀʏᴀʜ,” katanya.

Menurutnya, polis mengemukakan permohonan reman ke atas wanita itu pagi ini di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.

“Masyarakat perlu memahami, kita perlu ambil kira banyak aspek perundangan ketika jalankan siasatan, termasuk hak undang-undang serta keselamatan semua pihak yang terlibat termasuk situasi semasa.

- Advertisement -

“Sehubungan itu, kita minta masyarakat untuk terus beri keyakinan kepada pasukan penyiasat PDRM untuk melaksanakan tugas mereka,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan remaja Sindrom Down berusia 13 tahun dikenali dengan nama Bella dipercayai ᴅɪᴅᴇʀᴀ di sebuah pusat kebajikan milik pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di ibu kota.

Rumah kebajikan terletak di Jalan Kukuban di Taman Setapak di sini turut dikenakan sita melalui perintah mahkamah yang dikeluarkan pada 5 Julai lalu.

- Advertisement -

Lanjutan itu Pelindung Unit Kanak-Kanak, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut mengambil tindakan terhadap 6 kanak-kanak dengan mengeluarkan mereka daripada rumah kebajikan itu.

Rumah kebajikan ini juga didapati beroperasi secara ʜᴀʀᴀᴍ sejak 2019 dan tidak berdaftar dengan JKM.

Kisah menyayat hati itu mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia yang rata-ratanya bersimpati dengan nasib Bella dan mewujudkan tanda pagar #ᴊᴜꜱᴛɪᴄᴇꜰᴏʀʙᴇʟʟᴀ di media sosial.

Bella kini ditempatkan di Taman Sinar Harapan Tuanku Ampuan Najihah, Seremban, Negeri Sembilan.

Sebelum itu berkenaan kes berkaitan, rumah Bonda nafi tuduhan berkaitan penderaan.

Rumah Bonda nafi tuduhan berkaitan ᴘᴇɴᴅᴇʀᴀᴀɴ

Laporan yang ditulis pada 7 Julai 2021 lalu pihak Rumah Bonda  nafi tuduhan berkaitan kes ᴘᴇɴᴅᴇʀᴀᴀɴ ini.

Pihak pengurusan Rumah Bonda menafikan tohmahan dan tuduhan dilemparkan terhadap pengasas rumah kebajikan berkenaan berkaitan ᴘᴇɴᴅᴇʀᴀᴀɴ dilakukan terhadap adik Bella yang tular menerusi media sosial.

Peguam cara bagi pihak Pengasas Rumah Bonda, Razif Abz Aziz & Partners dalam satu kenyataan berkata, siasatan terhadap Rumah Bonda sudah dijalankan oleh Bahagian Siasatan ᴊᴇɴᴀʏᴀʜ ꜱᴇᴋꜱᴜᴀʟ, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan ᴊᴇɴᴀʏᴀʜ Kuala Lumpur pada tarikh tersebut.

Menurutnya, Pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis atas siasatan itu.

“Sehubungan dengan itu, pihak Rumah Bonda menafikan sekeras-kerasnya tohmahan dan tuduhan dilemparkan terhadap pengasas Rumah Bonda khususnya berkaitan dengan ᴘᴇɴᴅᴇʀᴀᴀɴ yang dilakukan ke atas adik Bella yang sedang tular menerusi media sosial.

“Perkara ini masih dalam proses siasatan polis dan pihak Rumah Bonda melalui pengasasnya bekerjasama dengan pihak polis sejak hari pertama laporan polis di buat ke atas beliau,” katanya.

Katanya, pihak Rumah Bonda juga membuat dua laporan polis terhadap dua individu yang menyebarkan ꜰɪᴛɴᴀʜ ke atas mereka.

“Perbuatan dua individu ini juga menyebabkan ᴋᴇᴛᴀᴋᴜᴛᴀɴ dan tekanan kepada penghuni Rumah Bonda serta anak jagaan sah pengasas Rumah Bonda.

“Pihak Rumah Bonda memohon kerjasama semua membenarkan pihak polis melengkapkan siasatan tanpa sebarang gangguan siasatan terutamanya menimbulkan pendapat awam yang boleh mempengaruhi siasatan pihak polis yang diyakini akan dilakukan dengan telus dan profesional,” katanya.

Sebuah akhbar tempatan sebelum ini melaporkan seorang kanak-kanak perempuan yang tinggal di sebuah rumah penjagaan di Wangsa Maju disyaki ᴅɪᴅᴇʀᴀ, baru-baru ini.

Polis menerima laporan mengenai kejadian itu pada 24 Jun lalu membabitkan ᴍᴀɴɢꜱᴀ berusia 13 tahun.

Ketua Jabatan Siasatan ᴊᴇɴᴀʏᴀʜ Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Saiful Annuar Yusoff dilaporkan berkata, ᴍᴀɴɢꜱᴀ adalah orang kurang upaya (OKU) sindrom down mengalami kesan ᴍᴇʟᴇᴄᴜʀ di dada, tangan, leher dan paha serta kesan ʟᴜᴋᴀ di bahagian badan lain.

Menurutnya, ᴍᴀɴɢꜱᴀ yang tinggal di kondominium berkenaan sejak 14 Julai 2020 sudah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan lanjut.

SOLIDARITI RAKYAT: KEMPEN BENDERA PUTIH. Join Group Facebook Kempen Rakyat Malaysia Kibarkan Bendera Putih

Anda dipelawa untuk menyertai group facebook ini untuk menjadi “Wartawan Rakyat” menyalurkan informasi tentang rumah-rumah yang memasang bendera putih.

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL