spot_img

ꜱᴜꜱᴘᴇᴋ Dibebaskan, Permohonan Reman ꜱᴜꜱᴘᴇᴋ Ditolak Mahkamah

- Advertisement -

MAHKAMAH Majistret di sini hari ini menolak permohonan reman terhadap pengasas dan juga pemilik Rumah Bonda yang ᴅɪꜱʏᴀᴋɪ terlibat kes ᴘᴇɴᴅᴇʀᴀᴀɴ remaja OKU berusia 13 tahun, Bella.

Pengarah Jabatan Siasatan ᴊᴇɴᴀʏᴀʜ Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, ꜱᴜꜱᴘᴇᴋ yang berusia 29 tahun itu kini telah dibebaskan, lapor Astro Awani.

“Pengasas pusat perlindungan Rumah Bonda di Setapak Kuala Lumpur telah ᴅɪᴛᴀɴɢᴋᴀᴘ pada 15 Julai jam 10.36 pagi di kediamannya di Wangsa maju. Permohonan reman telah dibuat pada hari ini namun mahkamah tidak meluluskan permohonan tersebut dan ꜱᴜꜱᴘᴇᴋ dibebaskan.” Datuk Seri Abd Jalil Hassan.

- Advertisement -

Sementara itu, Abd Jalil memaklumkan siasatan kes telah dirujuk kepada Pejabat Timbalan ᴘᴇɴᴅᴀᴋᴡᴀ Raya Kuala Lumpur pada 13 Julai lalu bagi cadangan menuduh ꜱᴜꜱᴘᴇᴋ serta tiga lagi individu lain. Kesemua kes berkenaan disiasat mengikut ꜱᴇᴋꜱʏᴇɴ 323 Kanun ᴋᴇꜱᴇᴋꜱᴀᴀɴ, ꜱᴇᴋꜱʏᴇɴ 506 Kanun ᴋᴇꜱᴇᴋꜱᴀᴀɴ, serta ꜱᴇᴋꜱʏᴇɴ 5(2) Akta Pusat Asuhan 1953.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan ᴊᴇɴᴀʏᴀʜ ꜱᴇᴋꜱᴜᴀʟ, Wanita Dan Kanak-Kanak (D11),Jabatan Siasatan ᴊᴇɴᴀʏᴀʜ Bukit Aman, Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan mengesahkan penahan ꜱᴜꜱᴘᴇᴋ dibuat bagi membantu siasatan berhubung kes mendatangkan ᴋᴇᴄᴇᴅᴇʀᴀᴀɴ serta ᴜɢᴜᴛᴀɴ ᴊᴇɴᴀʏᴀʜ.

4 laporan polis dibuat

Kita difahamkan terdapat 4 laporan polis baharu dibuat semalam yang dikaitkan dengan pengasas Rumah Bonda.

- Advertisement -

3 laporan dibuat oleh bekas penghuni manakala 1 lagi dibuat oleh ibu kepada salah seorang penghuni.

Salah satu laporan polis yang dilihat kami, pengadu menyenaraikan tujuh keadaan yang menurutnya ᴍᴇɴᴄᴜʀɪɢᴀᴋᴀɴ di pusat jagaan tersebut selain mengesahkan melihat ᴋᴇᴄᴇᴅᴇʀᴀᴀɴ ʟᴜᴋᴀ pada salah seorang kanak-kanak OKU pada Mac 2021 yang menurutnya adalah akibat ᴅɪʀᴏᴛᴀɴ dan ᴅɪᴄᴜʙɪᴛ.

Beliau turut ᴍᴇɴᴅᴀᴋᴡᴀ diberi arahan untuk memberi makan kepada kanak-kanak OKU itu sekali sehari sahaja dan minum 1 gelas air sehari.

- Advertisement -

Sementara itu, Kami mendapati salah seorang peguam Rumah Bonda, Aminahtul Mardiah Md Nor dari Chambers of Aminahtul Mardiah, Razif Abd Aziz & Partners, merupakan seorang ʙᴇᴋᴀꜱ majistret dan ʙᴇᴋᴀꜱ timbalan ᴘᴇɴᴅᴀᴋᴡᴀ raya.

Semalam, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat, YB Dato Siti Zailah berkata bahawa tidak akan ada pihak yang akan terlepas dalam kes ini walau apa juga ‘kabel’ yang akan digunakan.

Beliau berkata demikian sebagai memetik ACP Puan Siti Kamsiah, D11 PDRM yang menguruskan kes ini secara langsung.

ᴋᴇᴄᴇᴅᴇʀᴀᴀɴ yang dialami oleh kanak-kanak OKU terbabit.

Pada 7 Julai lepas, peguam pengasas Rumah Bonda terbabit, Chambers of Aminahtul Mardiah, Razif Abd Aziz & Partners dalam satu kenyataan, berkata pihak rumah bonda menafikan sekeras-kerasnya tohmahan dan tuduhan yang dilemparkan terhadap pengasas rumah bonda khususnya berkaitan dengan ᴘᴇɴᴅᴇʀᴀᴀɴ yang dilakukan ke atas adik Bella yang sedang tular di media sosial.

“Perkara ini adalah masih dalam proses siasatan polis dan pihak Rumah Bonda melalui pengasasnya telahpun bekerjasama dengan pihak polis semenjak hari pertama laporan polis dibuat ke atas beliau.” – Chambers of Aminahtul Mardiah, Razif Abd Aziz & Partners.

Dua laporan polis dan surat tuntuan.

Dalam kenyataan itu juga, dinyatakan pihak Rumah Bonda telah membuat “dua laporan polis ke atas dua individu yang menyebarkan fitnah ke atas mereka serta mengeluarkan surat tuntutan kepada dua individu tersebut yang memulakan fitnah dan tohmahan yang kini menjejaskan nama baik Rumah Bonda”.

“Perbuatan dua individu itu juga telah menyebabkan ᴋᴇᴛᴀᴋᴜᴛᴀɴ dan tekanan kepada penghuni rumah Bonda serta anak-anak jagaan sah pengasas Rumah Bonda”. – Chambers of Aminahtul Mardiah, Razif Abd Aziz & Partners.

Sementara itu, Mona Din, salah seorang individu yang menularkan isu terbabit di facebook mengesahkan menerima LOD tersebut.

“Pada 7 Julai 2021, saya terima LOD / Surat Tuntutan dari pihak Rumah Bonda ᴍᴇɴɢᴜɢᴜᴛ nak buat ꜱᴀᴍᴀɴ ꜰɪᴛɴᴀʜ dan minta saya buat permohonan maaf dalam masa tiga (3) hari dan menarik balik kenyataan yang saya telah viralkan.” – Mona Din.

Pada 12 Julai lepas, Rumah kebajikan yang dikaitkan dengan kes ᴘᴇɴᴅᴇʀᴀᴀɴ anak istimewa kelainan upaya (OKU) Sindrom Down dikenali sebagai Bella iaitu Rumah Bonda ᴅɪꜱɪᴛᴀ oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), lapor Kosmo!

Pengarahnya, Che Samsuzuki Che Noh berkata, tindakan ꜱɪᴛᴀ tersebut diambil setelah pihaknya mendapat Rumah Bonda tidak berdaftar dengan JKM.

“Kita telah ambil langkah proaktif yang mana kita mendapati Rumah Bonda ini telah melakukan ᴘᴇʟᴀɴɢɢᴀʀᴀɴ syarat dalam menentukan premis pengoperasian sebagai sebuah pusat jagaan.

“Tindakan ꜱɪᴛᴀ ini kekal sehinggalah adanya perintah mahkamah untuk membukanya semula,” Che Samsuzuki Che Noh.

Mengulas lanjut, Che Samsuzuki berkata, sekiranya Rumah Bonda mahu meneruskan operasi, mereka harus mendapatkan kelulusan daripada bomba, Kementerian Kesihatan serta pihak berkuasa tempatan sebelum permohonan untuk beroperasi dibuat dengan JKM.

Bagaimanapun, penasihat Rumah Bonda, Syed Azmi pada 8 Julai melalui satu video secara langsung di facebooknya, berkata kelulusan daripada Bomba baru diperoleh pada tahun ini.

“Kita dah mohon lesen ni dah lama. Tapi ada banyak, bukan satu orang je bagi lesen. Yang tahun ini paling latest, kita baru dapat kelulusan daripada bomba. Jadi kena buat renovation dan sebagainya baru kita dapat lesen, jadi itu memang dalam proses” Syed Azmi, penasihat Rumah Bonda.

Sejak awal bulan ini, netizen mendesak supaya pihak yang bertanggung jawab melakukan pada kanak-kanak OKU terbabit supaya ᴅɪʀᴇᴍᴀɴ dan ᴅɪᴅᴀᴋᴡᴀ di mahkamah.

Berikutan itu, kempen menggunakan tanda pagar #ᴊᴜꜱᴛɪᴄᴇꜰᴏʀʙᴇʟʟᴀ menjadi sohor kini di twitter, facebook dan IG.

SOLIDARITI RAKYAT: KEMPEN BENDERA PUTIH. Join Group Facebook Kempen Rakyat Malaysia Kibarkan Bendera Putih

Anda dipelawa untuk menyertai group facebook ini untuk menjadi “Wartawan Rakyat” menyalurkan informasi tentang rumah-rumah yang memasang bendera putih.

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL