spot_img

[VIDEO] ꜱᴜꜱᴘᴇᴋ Conteng Dinding Istana, Tumbuk Polis ᴍᴀᴜᴛ ᴋᴇᴍᴀʟᴀɴɢᴀɴ

- Advertisement -

ALOR SETAR – Lelaki yang dipercayai menconteng dinding tembok Istana Anak Bukit dan menumbuk seorang anggota polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar ᴍᴀᴜᴛ apabila motosikal ditunggang terbabas di Bedong, Sungai Petani, Kedah, semalam.

Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, siasatan yang dijalankan mendapati ꜱᴜꜱᴘᴇᴋ berusia 30-an itu disyaki terbabit dengan kedua-dua kejadian tersebut.

Dinding tembok Istana Anak Bukit, di Alor Setar yang disconteng ꜱᴜꜱᴘᴇᴋ. Foto POLIS KEDAH

Katanya, lelaki itu terlebih dahulu dipercayai terbabit dalam insiden ᴋʜɪᴀɴᴀᴛ apabila menconteng dinding tembok Istana Anak Bukit, di Alor Setar kira-kira pukul 3 petang.

- Advertisement -

Menurutnya, ꜱᴜꜱᴘᴇᴋ bagaimanapun melarikan diri dan siasatan di lokasi mendapati ꜱᴜꜱᴘᴇᴋ menconteng bahagian tembok dinding istana dengan tulisan ‘SAMR’.

“Siasatan juga mendapati ꜱᴜꜱᴘᴇᴋ menggunakan motosikal berwarna hitam. Susulan kejadian itu, polis memulakan operasi mengesan ꜱᴜꜱᴘᴇᴋ,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Kamarul Zaman berkata, seterusnya kira-kira pukul 5 petang, lelaki itu dipercayai ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar dan ᴍᴇɴᴜᴍʙᴜᴋ seorang anggota polis wanita yang sedang bertugas hingga ᴄᴇᴅᴇʀᴀ di muka.

- Advertisement -

Ujar beliau, ꜱᴜꜱᴘᴇᴋ selain itu turut membaling satu objek dipercayai ᴘɪꜱᴛᴏʟ mainan sebelum melarikan diri dengan menggunakan motosikal warna hitam.

Beliau berkata, usaha mengesan ꜱᴜꜱᴘᴇᴋ diteruskan dan polis telah menjumpainya di kawasan Gurun, Sungai Petani dan lelaki itu melarikan diri selepas menyedari kehadiran pihak berkuasa.

“ꜱᴜꜱᴘᴇᴋ yang menyedari kehadiran polis kemudian terus melarikan diri, tanpa mengendahkan amaran pihak polis supaya berhenti.

- Advertisement -

“Ketika dalam usaha melarikan diri, motosikal yang ditunggang laju oleh ꜱᴜꜱᴘᴇᴋ dipercayai ᴛᴇʀʙᴀʙᴀꜱ di kawasan Bedong, Sungai Petani menyebabkannya ᴄᴇᴅᴇʀᴀ,” katanya.

Kamarul Zaman bagaimanapun berkata, pegawai perubatan yang tiba ke lokasi kejadian mengesahkan ꜱᴜꜱᴘᴇᴋ ᴍᴇɴɪɴɢɢᴀʟ dunia di tempat kejadian.

“Kes disiasat mengikut ꜱᴇᴋꜱʏᴇɴ 427 Kanun ᴋᴇꜱᴇᴋꜱᴀᴀɴ iaitu melakukan ᴋʜɪᴀɴᴀᴛ, ꜱᴇᴋꜱʏᴇɴ 332 Kanun ᴋᴇꜱᴇᴋꜱᴀᴀɴ kerana ᴍᴇɴᴄᴇᴅᴇʀᴀᴋᴀɴ penjawat awam dan ꜱᴇᴋꜱʏᴇɴ 36 (1) Akta ꜱᴇɴᴊᴀᴛᴀ 1960 memiliki ꜱᴇɴᴊᴀᴛᴀ tiruan,” katanya.

VIDEO:

Bagaimanapun satu tangkap layar di Facebook Page Harian Metro dari Tuan Qasyah memberitahu ᴀʀᴡᴀʜ adalah seorang ᴘᴇꜱᴀᴋɪᴛ dan meminta netizen tidak mengecam ᴀʀᴡᴀʜ. Semoga ʀᴏʜ ᴀʀᴡᴀʜ ditempatkan bersama dengan orang-orang yang soleh. Al-Fatihah.

SOLIDARITI RAKYAT: KEMPEN BENDERA PUTIH. Join Group Facebook Kempen Rakyat Malaysia Kibarkan Bendera Putih

Anda dipelawa untuk menyertai group facebook ini untuk menjadi “Wartawan Rakyat” menyalurkan informasi tentang rumah-rumah yang memasang bendera putih.

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL