spot_img

Viral Rakaman Sultan Brunei Pelopor “Vaksin Ketuhanan” Lawan Covid-19

- Advertisement -

SEBUT sahaja mengenai negara jiran Brunei Darussalam, pasti teringat akan kejayaan pemerintah dan rakyatnya yang sudah lebih setahun bebas daripada kes ᴊᴀɴɢᴋɪᴛᴀɴ tempatan Covid-19.

Terbaru, Jabatan Mufti Kerajaan (JMK) Brunei menerbitkan sebuah buku berjudul ‘Raja Brunei Pelopor Penggunaan Vaksin Ketuhanan’ atau ‘The King Of Brunei Pioneer In The Use Of Divine Vaccine’, semalam.

Menurut laporan media Brunei iaitu Media Permata, buku ditulis dalam dua versi bahasa itu dihasilkan daripada Khutbah Khas Aidilfitri 2021 yang disampaikan oleh Mufti Brunei, Datuk Paduka Dr Awang Abdul Aziz Juned.

- Advertisement -

Ia disesuaikan sehingga menjadi sebuah buku yang diyakini amat berguna untuk pengetahuan serta maklumat orang ramai khususnya rakyat dan penduduk negara tersebut.

“Buku ini telah mengungkap bagaimana Brunei menghadapi dan menanggani COVID-19, dan ‘cara’ menghadapi serta menangani itu pula ditentukan oleh bagaimana perkenan dan mahunya raja kita.

- Advertisement -

“..iaitu disamping sama-sama mengikut dan mematuhi protokol antarabangsa, Brunei juga dikehendaki supaya tidak boleh tidak mesti memperisai dirinya dengan Vaksin Ketuhanan,” katanya ketika majlis pelancaran buku yang mempunyai 76 muka surat itu.

Malah, buku itu juga dimuatkan beberapa petikan titah Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah berkaitan dengan Vaksin Ketuhanan yang baginda pelopori penggunaannya.

- Advertisement -

Ucapan penuh Mufti Brunei:

“Apa itu Vaksin Ketuhanan? Ia adalah zikir, doa, al-Qur’an dan sedekah. Inilah perisai khusus yang dipegang dan digunakan oleh Brunei, dengan mahunya raja kita sendiri selaku pelopor penggunaan Vaksin Ketuhanan tersebut,” ujarnya.

Sebelum ini, ucapan Sultan Hassanal Bolkiah dalam satu majlis rasmi tular di media sosial termasuk saluran YouTube yang bertitah mengenai amalan membaca Al-Quran sebagai perisai dalam melawan ᴡᴀʙᴀᴋ ᴘᴇɴʏᴀᴋɪᴛ.

Tidak lupa juga pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) sama seperti negara lain, dimana rakyatnya amat patuh pada arahan yang ditetapkan oleh kerajaan.

“Apa jua jenis ᴠɪʀᴜꜱ yang membentuk ᴡᴀʙᴀᴋ, tidak akan mampu untuk melangkahi ayat-ayat suci al-Quran”

SOLIDARITI RAKYAT: KEMPEN BENDERA PUTIH. Join Group Facebook Kempen Rakyat Malaysia Kibarkan Bendera Putih

Anda dipelawa untuk menyertai group facebook ini untuk menjadi “Wartawan Rakyat” menyalurkan informasi tentang rumah-rumah yang memasang bendera putih.

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL