spot_img

Setelah Mencetuskan Kontroversi Misi Kemanusiaan Rakyat Gaza Di Palestin, Hari Ini Caprice Mohon Maaf Pada Semua

- Advertisement -

SEORANG penyanyi, Caprice, 32, yang mencetuskan kontroversi membabitkan misi kemanusiaan membantu rakyat Gaza di Palestin, hari ini memohon maaf kepada pembesar, pemimpin dan seluruh rakyat Malaysia.

Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli memohon maaf atas kesilapan dan mengaku segalanya yang berlaku adalah kekhilafan diri.

“Saya mohon minta maaf atas kesilapan saya.

- Advertisement -

“Saya terlalu emosi mengenai pejuang kita demi ummah, Palestin dan rakyat Malaysia. Apa yang berlaku adalah kesilapan Caprice dan tidak terbabit pihak lain.

“Caprice juga minta maaf kepada ibu dan ayah kerana membuatkan mereka risau mengenai keselamatan diri.

“Caprice sayang kamu dan niat Caprice memilih haluan sendiri sejak usia 16 tahun adalah tidak lain, hanya mahu membuat kamu bangga.

- Advertisement -

Tangkap layar sebuah video di Instagram Caprice 2 minggu yang lepas

“Minta maaf kepada Malaysia dan rakyat negara ini,” katanya dalam entri dimuat naik di Instagram (IG), pagi tadi.

Melalui hantaran itu, Caprice juga merakamkan penghargaan kepada individu yang banyak membantunya menjayakan misi berkenaan.

- Advertisement -

“Terima kasih kepada Menteri Kanan Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Kedutaan Malaysia di Mesir dan kerajaan Mesir atas layanan, sokongan dan perlindungan keselamatan 24 jam selama saya di Mesir,” katanya.

Caprice juga berterima kasih kepada Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim yang membawanya menyertai misi kemanusiaan di Palestin melalui Humanitarian Mission 4 Palestine (HM4P).

“Kepada semua ahli HM4P, pasukan Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (MERCY Malaysia) dan media di Mesir, terima kasih kerana menjadi abang saya dan membantu selama 30 hari ini,” katanya.

Caprice memberitahu, dia akan akan pulang ke tanah air selepas menyelesaikan semua urusan serta melunaskan janjinya kepada rakyat Palestin.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Caprice (@capriceofficial)

Sebelum ini, Caprice telah mencetuskan kontroversi apabila mendedahkan tegurannya kepada Ustaz Ebit Lew susulan rungutan yang didakwa diterima daripada penduduk Gaza mengenai cara pendakwah itu menghulurkan bantuan termasuk perkongsian yang dibuat melalui media sosial.

Caprice sebelum ini mengumumkan akan membuat pendedahan mengenai kisah di sebalik kontroversi tercetus, lusa.

Bulan lalu, Caprice berangkat ke Mesir untuk menyertai misi bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza.

Nak macam-macam info? Jom join group Nak Kecam Apa Hari Ini?

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL