spot_img

[VIDEO] Tergamak ᴄᴜʀɪ Duit Peniaga Nasi Lemak

- Advertisement -

DALAM era wabak pandemik sebegini, ramai yang terkesan dari segi ekonomi dan sedang menghadapi kesukaran yang sangat mencabar. Jauh lebih mencabar berbanding sebelum pandemik.

Namun, masih ramai diantara kita yang tidak berputus asa dan berusaha untuk mencari rezeki melalui cara yang halal. Apa sahaja yang boleh dilakukan, akan dilakukan selagi mana ia tidak bercanggah dengan undang-undang dan ʜᴜᴋᴜᴍ syarak.

Namun, ada diantara kita yang tetap memilih untuk melakukan kegiatan ᴛᴇʀᴋᴜᴛᴜᴋ dan tidak bermoral di mana mereka memilih untuk ᴍᴇɴʏᴀᴍᴜɴ seorang peniaga nasi lemak yang berniaga di jalanan.

SEKELIP MATA HILANG SEMUA

- Advertisement -

Kejadian yang berlaku di Tropicana Aman di Kuala Langat itu telah melibatkan dua orang lelaki dan seorang peniaga nasi lemak. Video rakaman CCTV kejadian tersebut kini telah tular di media sosial.

Di dalam video tersebut, kelihatan dua orang lelaki yang menaiki dua buah motosikal yang berasingan telah berhenti berhampiran gerai kecil nasi lemak seorang wanita.

Dalam kejadian pada hari Ahad lalu itu, sebaik sahaja peniaga wanita terbabit pusing ke belakang untuk menyelesaikan sesuatu, salah seorang daripada penunggang terbabit telah menghampiri ᴍᴀɴɢꜱᴀ.

MELARIKAN WANG HASIL NIAGA

- Advertisement -

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor berkata, dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu dua lelaki yang bermotosikal telah singgah di restoran tersebut dan salah seorang ꜱᴜꜱᴘᴇᴋ berpura-pura memesan nasi lemak.

“ꜱᴜꜱᴘᴇᴋ melarikan wang hasil niaga nasi lemak bernilai RM200 dan satu telefon bimbit,” katanya.

Katanya, sekarang ini usaha untuk mengesan ꜱᴜꜱᴘᴇᴋ yang terlibat sedang giat dilakukan dan kes sedang disiasat di bawah ꜱᴇᴋꜱʏᴇɴ 379 Kanun ᴋᴇꜱᴇᴋꜱᴀᴀɴ.

- Advertisement -

Tambahnya lagi, Ahmad Ridhwan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat menghubungi Pegawai Penyiasat kes, Inspektor K Yusheindran di talian 0149653084 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat menerusi talian 03 31872222 atau balai polis berhampiran.

WARGANET TURUT BERANG

Ramai warganet yang berasa sangat marah dengan tindakan tidak bermoral kedua-dua ꜱᴜꜱᴘᴇᴋ dan mereka sangat inginkan agar kedua-dua ꜱᴜꜱᴘᴇᴋ segera ᴅɪᴛᴀɴɢᴋᴀᴘ oleh pihak berkuasa.

Video yang tular

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL