spot_img

Tular Rakaman Lelaki Selamatkan Bayi Dari Ular Besar Hitam Masuk Rumah

- Advertisement -

ADA musimnya, haiwan-haiwan akan keluar daripada sarangnya dan datang ke rumah-rumah. Sebagai contoh, jika di luar negara, ada musim di mana ketam-ketam merah keluar, musim labah-labah ᴍᴇɴᴇᴍʙᴀᴋ sawangnya merata-rata dan macam-macam lagi.

Begitu juga dengan haiwan-haiwan lain dan di negara lain. Ia bergantung kepada iklim dan musim negara tersebut. Haiwan-haiwan ini akan keluar kerana mereka ingin mencari tempat yang lebih sesuai dengan mereka mengikut musim.

Namun, ada beberapa jenis haiwan yang jatuh dalam kategori ʙᴇʀʙɪꜱᴀ dan ʙᴇʀʙᴀʜᴀʏᴀ yang mampu ᴍᴇɴɢᴀɴᴄᴀᴍ ɴʏᴀᴡᴀ saat tiba musim mereka keluar daripada habitat atau sarang masing-masing seperti ular.

- Advertisement -

“Ular Tu Besar, Hitam Dan Agresif” Lepas Tahu Ada Ular, Terus ᴛᴀɴɢᴋᴀᴘ Baby Tu Masuk Rumah. Tindakan Pantas Lelaki Berbaju Merah Selamatkan Baby Undang Pujian Ramai.

TETAMU TAK DIUNDANG

Menerusi sebuah posting di Group Facebook info ᴋᴇᴍᴀʟᴀɴɢᴀɴ/bencana/semasa, seorang pengguna Facebook dengan nama Zamrud Zam telah berkongsi sebuah video mengenai kehadiran seekor ular ke sebuah rumah.

Besar dan lincah ular tersebut menghampiri penduduk rumah tersebut. Pada ketika itu, ada dua orang dewasa dan seorang bayi yang sedang berada di luar rumah. Bayi tersebut sedang bermain manakala dua orang lagi duduk memerhatikan bayi tersebut.

- Advertisement -

Sesuai dengan caption perkongsian video rakaman CCTV tersebut, “Berhati-hati selalu, tetamu tak diundang ada di mana-mana sahaja”, tiba-tiba sahaja seekor ular datang dengan lajunya ke arah mereka.

NAMPAK DAN TERUS BAWA BABY MASUK RUMAH

Nasib baik mereka bertindak pantas dan segera menyelamatkan bayi tersebut serta terus masuk ke dalam rumah. Ketika itu jugalah kelihatan ular tersebut masuk ke dalam kamera CCTV itu.

- Advertisement -

Ia datang dari arah di mana bayi tersebut duduk bermain. Jika terlambat sedikit, pasti bayi tersebut menjadi ᴍᴀɴɢꜱᴀ. Laju juga pergerakan ular tersebut. Nasib baik juga kerana mereka sempat untuk menutup pintu dengan segera kerana ular tersebut terus menghala ke arah pintu rumah mereka.

Ia berlegar-legar di hadapan pintu rumah tersebut untuk seketika sebelum berlalu pergi. Tonton video di bawah untuk rakaman penuh kejadian tersebut.

WARGANET TURUT BIMBANG

Menjengah ke ruangan komen, ramai sebenarnya yang berasa sangat bimbang selepas melihat video tersebut. Mereka bimbang jika ia berlaku kepada mereka sendiri. Namun, tindakan lelaki yang selamatkan baby itu juga harus dipuji.

Sama-samalah kita lebih peka dan berhati-hati dengan keadaan sekeliling kita sekarang ini. Hal ini kerana bukan kita sahaja yang ada di atas dunia ini. Ada juga hidupan lain yang kita tidak nampak. Pastikan kita juga sentiasa memantau anak-anak kecil. Risau akan keselamatan mereka jika dibiarkan berseorangan.

Reaksi warga maya

Video yang tular

SOLIDARITI RAKYAT: KEMPEN BENDERA PUTIH. Join Group Facebook Kempen Rakyat Malaysia Kibarkan Bendera Putih

Anda dipelawa untuk menyertai group facebook ini untuk menjadi “Wartawan Rakyat” menyalurkan informasi tentang rumah-rumah yang memasang bendera putih.

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL