spot_img

ꜱᴜᴍʙᴀɴɢᴀɴ Dah Diagihkan, Tetapi Warga ʙᴀɴɢʟᴀᴅᴇꜱʜ Ini Pulangkan Semula

- Advertisement -

REZEKI jangan ditolak, ᴍᴜꜱᴜʜ jangan dicari. Peribahasa ini memang sinonim dengan rakyat Malaysia. Ia bermakna setiap benda yang kita terima harus bersyukur terutama bila kita memerlukan bantuan di kala kita dalam kesusahan.

Berbeza dengan apa yang terjadi untuk saudara ᴍᴏʜᴅ ꜱᴀʟɪᴍ ᴀʀɪᴘɪɴ, beliau menceritakan pengalaman ketika sedang mengagihkan sumbangan kepada yang memerlukan dan ketika ini yang memerlukan adalah bukan warganegara Malaysia tetapi berasal dari ʙᴀɴɢʟᴀᴅᴇꜱʜ.

Menerusi entrinya, dia memang sudah lama terlibat dalam kerja kemasyarakatan, cakna dengan masalah pekerja ʙᴀɴɢʟᴀᴅᴇꜱʜ di sekitar kawasannya yang tidak bekerja dalam tempoh PKP, membuatkan dia tergerak hati untuk menghulurkan bantuan.

- Advertisement -

Menurut beliau, ketika sedang pergi dari rumah ke rumah untuk menyerahkan ꜱᴜᴍʙᴀɴɢᴀɴ secara tiba tiba warga ʙᴀɴɢʟᴀᴅᴇꜱʜ ini mendekati beliau dan ingin memulangkan ꜱᴜᴍʙᴀɴɢᴀɴ yang baru sahaja mereka terima.

“Mengejutkan apabila mereka keluar beramai-ramai menuju ke arah saya dan memulangkan semula bantuan yang diberi”

Kenapa Pulang Balik ꜱᴜᴍʙᴀɴɢᴀɴ?

- Advertisement -

Sekumpulan pekerja ʙᴀɴɢʟᴀᴅᴇꜱʜ bertindak memulangkan semula barangan jika kehendak mereka tidak dituruti, justeru ᴍᴏʜᴅ ꜱᴀʟɪᴍ dan pasukannya, mengambil keputusan untuk tidak melayan permintaan mereka.

Rupa rupanya mereka mahu ꜱᴜᴍʙᴀɴɢᴀɴ itu diberikan mengikut jumlah yang ada dalam rumah dan bukan 1 ꜱᴜᴍʙᴀɴɢᴀɴ 1 rumah. Maksudnya sekiranya ada 10 orang ʙᴀɴɢʟᴀᴅᴇꜱʜ di dalam rumah, mereka mahu 10 kampit beras diberikan kepada mereka.

Apa Yang Terjadi Selepas Itu?

- Advertisement -

Disebabkan perkara itu, segala ꜱᴜᴍʙᴀɴɢᴀɴ ditarik balik dan tiada satu pun mendapat ꜱᴜᴍʙᴀɴɢᴀɴ. Mereka seperti tidak bersyukur dengan bantuan yang telah diberikan seperti dapat kepak nak peha pula.

“Kami tak layan dan ambil semula barang² setelah menasihati mereka agar bersyukur dan jangan ᴋᴜʀᴀɴɢ ᴀᴊᴀʀ”

Barangan ꜱᴜᴍʙᴀɴɢᴀɴ yang diberikan menerusi rumah ke rumah itu telah diambil semula, kerana bagi Salim tiada gunanya memberikan kepada orang tidak reti bersyukur.

Berikut Adalah Entri Posting Mohd salim Aripin Di Laman Sesawangnya

Lama buat kerja kemasyarakatan, sentiasa seronok. Hari ini satu kejutan dihadiahkan oleh pekerja-pekerja ʙᴀɴɢʟᴀᴅᴇꜱʜ.

Saya tak kenal mereka dan mereka juga tak kenal saya. Bantuan disampaikan setiap rumah tak kira berapa ramai mereka duduk, tetap satu.

Semasa kita hantar ꜱᴜᴍʙᴀɴɢᴀɴ, hanya wakil-wakil saja yang keluar. Mengejutkan apabila mereka keluar beramai-ramai menuju ke arah saya dan memulangkan semula bantuan yang diberi.

Mereka minta setiap seorang satu ꜱᴜᴍʙᴀɴɢᴀɴ bukan setiap rumah satu ꜱᴜᴍʙᴀɴɢᴀɴ. Kami tak layan dan ambil semula barang-barang setelah menasihati mereka agar bersyukur dan jangan ᴋᴜʀᴀɴɢ ᴀᴊᴀʀ.

Jika mereka menolak rezeki, ada yang lain mendambakan rezeki berpanjangan. Biarkan mereka.

Gambar sekadar sempat dirakam saja.

Sekarang siapa yang rugi? Elok elok dapat ꜱᴜᴍʙᴀɴɢᴀɴ sekarang sebutir beras pun tidak ada. Sila belajar bersyukur dengan apa rezeki yang kita terima. Sekiranya sedikit haruslah berjimat dan belajar berkongsi.

Harap kisah ini menjadi ikhtibar kepada tuan puan semua. Belajar bersyukur.

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL