spot_img

Dua Kanak-Kanak Muslim Tumpang Kasih Ibu Angkat Berbangsa Cina

- Advertisement -

PERBEZAAN agama dan bangsa tidak menghalang seorang wanita berketurunan Tiong Hwa untuk memberi sepenuh kasih sayang terhadap dua anak angkatnya yang beragama Islam.

Malah, beliau juga turut dipanggil dengan panggilan manja ‘mummy’ oleh kedua-dua anak angkatnya itu.

Kisah wanita itu yang kini meniti usia emas diceritakan oleh seorang individu bernama Ameer Carlief sebelum tular di media sosial sejak beberapa hari yang lalu.

- Advertisement -

Jom kita baca perkongsian Ameer di bawah:

Saya hairan kerana kedua-dua budak lelaki ini memanggil wanita tua itu ‘mummy’. kedua-dua kanak-kanak itu langsung tiada iras wajah berketurunan Tiong Hwa. Maka saya pun bertanya…

“Aunty, budak dua orang ini siapa?”

- Advertisement -

“Ini Ridzuan dan ini Jefri. Anak angkat saya.”

“Dua orang ini saya pelihara semasa mereka masih bayi. Ridzuan kena buang di tempat buang sampah dalam kotak. Jefri pula ditinggalkan oleh ibunya dan keluarganya menyerahkan kepada saya untuk dijaga,”

- Advertisement -

“Saya beragama Buddha tetapi anak saya ini saya kekalkan agama Islam. Saya hantar pergi ke kelas agama dan mereka juga turut berpuasa bila tiba bulan Ramadan. Bila makan, saya akan pastikan mereka makan makanan yang halal dan kami menggunakan pinggan yang berasingan,”

Saya terpegun, Ini adalah sisi mulia dari orang yang bukan sebangsa dan seagama yang tidak pernah saya lihat sebelum ini.

Lokasi: Sabah

Semoga kisah ini menjadi inspirasi kepada rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama untuk hidup aman dan harmoni tanpa ada rasa kebencian di dalam hati.

Nak macam-macam info? Jom join group Nak Kecam Apa Hari Ini?

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL