spot_img

Kapal Korek Membawa 11 Orang Kru Terbakar

- Advertisement -

Sebuah kapal korek MV SHI XIAN 156 telah mengalami kebakaran di kedudukan lebih kurang 0.3 batu nautika Sungai Chondong Besar, Pulau Indah pada jam lebih kurang 12.48 tengah hari tadi, menurut Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

Pengarah Maritim Negeri Selangor Kepten Maritim Mohd Rosli Kassim berkata sebaik menerima aduan, bot Maritim Malaysia telah digerakkan ke lokasi kejadian bersama Pasukan Polis Marin, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, serta bot pemantau dari Lembaga Pelabuhan Klang, bagi melaksanakan operasi mencari dan menyelamat termasuk membuat kawalan keselamatan di lokasi.

“Kapal tersebut membawa 11 orang kru, empat daripadanya warga Indonesia, manakala tujuh lagi warga China, yang dilaporkan selamat tanpa sebarang ᴋᴇᴄᴇᴅᴇʀᴀᴀɴ dan dipindahkan ke daratan terdekat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

- Advertisement -

Mohd Rosli berkata, kerja-kerja pemadaman api masih giat dilakukan berikutan terdapat tangki minyak di bawah tempat kebakaran, namun berjaya dikawal sepenuhnya oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat dalam tempoh masa lebih kurang enam jam.

“Setakat ini tiada tumpahan minyak dilaporkan berlaku dan Maritim Malaysia akan membuat pemantauan berterusan,” katanya.

- Advertisement -

Maritim Malaysia menasihatkan agar komuniti maritim, sentiasa peka mengenai keselamatan di laut dan bersiap sedia dengan sebarang kejadian yang tidak diingini di laut bagi mengelakkan kehilangan nyawa serta harta benda.

Selain itu, Maritim Malaysia juga akan terus meningkatkan operasi penguatkuasaan bagi membenteras dan menyekat aktiviti jenayah rentas sempadan di perairan Maritim Malaysia dan meminta orang ramai agar menyalurkan sebarang maklumat berkaitan ᴊᴇɴᴀʏᴀʜ dan kecemasan di laut menerusi Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor di talian 03-31760627 dan MERS 999 yang beroperasi secara 24 jam.

Nak macam-macam info? Jom join group Nak Kecam Apa Hari Ini?

- Advertisement -

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL