spot_img

Menteri Tawar Untuk Beli Durian Yang Tak Jatuh Ke Tanah Dijual Pada Harga RM500 Sebiji

- Advertisement -

BERMULA kelmarin tular video berkenaan dengan seorang lelaki yang menjual Durian pada harga RM500 sebiji. Lelaki yang dikenali dengan nama Wan Mahussin Wan Zain ini menjelaskan bahawa durian itu dijual dengan harga berkenaan kerana ia tidak jatuh di atas tanah.

Buah durian berkenaan itu jatuh menghempap atas cermin belakang kereta miliknya dan menyebabkan cermin kereta jenis Nissan Almera itu retak. Secara tidak langsung, ia menyebabkan kerugian yang besar buat Wan Mahussin.

Mendapat perhatian Menteri Kerajaan

- Advertisement -

Ekoran video berkenaan yang telah viral itu telah mendapat perhatian Menteri Sumber Manusia, YB Datuk Sri M. Saravanan Murugan. Beliau berminat untuk membeli durian berkenaan. Namun buah berkenaan sudah pun dimakan oleh Mahussin.

Dan apa yang lebih mengejutkan Mahussin lagi adalah YB Datuk Sri M. Saravanan meminta nombor akaun bank dan menawarkan untuk menampung kos kerosakkan keretanya. Tak siapa sangka kan, walaupun durian tersebut sudah dimakan oleh pemiliknya masih ada insan yang bermurah hati untuk membantu.

- Advertisement -

Perbualan Wan Mahussin bersama Dato Seri Saravan menunjukkan sikap prihatin menteri itu dengan sanggup membeli dan beri sedikit lebihan duit untuk baikpulih cermin keretanya.

Berikutan video yang dimuat naik pada awalnya di group ‘Berkebun D Rumah’, pelbagai reaksi dan maklum balas daripada warganet. Ada yang mengusik dan ada juga yang mendoakan agar Mahussin menerima rezeki yang lebih baik.

- Advertisement -

Nak macam-macam info? Jom join group Nak Kecam Apa Hari Ini?

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL