spot_img

[VIDEO] – Pemuda Tumpangkan Anak Beranak Keletihan Tepi Jalan Sehari Sebelum Aidil Adha Raih Pujian

- Advertisement -

NIBONG TEBAL – Tindakan seorang pemandu kenderaan pacuan empat roda menumpangkan motosikal seorang lelaki yang mengalami kerosakan ditepi jalan meraih pujian orang ramai di media sosial.

Lebih menyayat hati, penunggang itu tidak keseorangan kerana turut bersamanya adalah seorang kanak-kanak perempuan yang diletakkan di dalam bakul motosikal.

Walaupun pertolongan itu nampak biasa bagi sesetengah orang, namun ketika mengalami kesulitan seperti lelaki itu, bantuan yang dihulurkan pemandu itu cukup berharga.

- Advertisement -

Apatah lagi, jika kejadian itu jauh daripada kawasan perumahan atau kampung mahupun bengkel yang boleh membaiki motosikal.

Menerusi klip video berdurasi 23 saat yang dikongsi di laman Facebook Nibong Tebal Kini itu, kelihatan seorang lelaki sedang menolak motosikalnya ketika cuaca panas.

Susulan itu, pemandu tersebut telah memberhentikan kenderaannya dan telah ‘menumpangkan’ mereka dengan meletakkan motosikal di bahagian belakang kenderaan itu.

- Advertisement -

Difahamkan, pemandu pacuan empat roda itu kemudiannya menghantar kedua-dua mereka sehingga ke rumah.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di sebuah kawasan sekitar Nibong Tebal, Pulau Pinang.

Sehingga pukul 3 petang tadi klip video berkenaan ditonton lebih 5,700 kali dan dikongsi lebih 17 kali.

- Advertisement -

Rata-rata pengguna memuji tindakan pemandu pacuan empat roda tersebut dan berdoa agar lelaki itu sentiasa dimurahkan rezeki.

Rakaman yang tular

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL