spot_img

Raih Populariti Murahan? Gadis Menggedik Dengan Selamba Berjoget Depan Pasukan Tentera

- Advertisement -

ERA serba viral kini tidak dinafikan segelintir individu sanggup membuang perasaan malu asalkan mendapat pujian dan perhatian serta views daripada manusia dengan melakukan perkara yang tidak senonoh sekaligus mencerminkan keperibadian diri.

Baru-baru ini, tular sebuah rakaman video di media sosial Tiktok memaparkan seorang gadis berhijab di negara seberang selamba melakukan aksi joget di hadapan sekumpulan Tentera Nasional Indonesia (TNI) sehingga mengundang kecaman warganet.

Rakaman video yang berdurasi 29 saat itu telah dimuat naik oleh seorang gadis tersebut @riweuhmom di platform TikTok miliknya sebelum dikongsi semula di laman Instagram @pararaider_infanteri.

- Advertisement -

“Jangan ditiru aksi ini ya, ini namanya merendahkan diri sendiri,” 

Rakaman video berkenaan memaparkan dari sebuah pintu gerbang yang bertulis ‘Akademi Militer’ sebelum gadis itu tiba-tiba menampilkan dirinya di dalam kamera.

Tidak lama kemudian, gadis yang mengenakan pakaian berwarna merah jambu serta memakai pelitup muka itu dilihat mula melakukan aksi tarian dengan membelakangi beberapa anggota TNI yang berada di atas trak tentera.

- Advertisement -

Bukan itu sahaja, malah video dengan lagu latarbelakang Astronaut In The Ocean oleh nyanyian Masked Wolf itu merancakkan lagi situasi apabila dia bertindak mengekori seorang anggota TNI yang sedang berjalan memasuki pintu bahagian hadapan trak tentera tersebut.

Bagaimanapun, anggota TNI terbabit hanya melemparkan senyuman dan seolah-olah ‘malas melayan’, sama seperti pasukannya yang berada di atas trak yang dilihat tidak memberikan sebarang respon terhadap aksi gadis tarian itu.

Asyik ya? hahaha
- Advertisement -

Selain dikecam oleh warganet ibarat hilang sifat malu kerana terkinja-kinja di hadapan sekumpulan lelaki, gadis berkenaan juga disifatkan tidak menghormati pasukan pakaian seragam itu yang sepatutnya dipandang tinggi oleh rakyat.

Difahamkan, @riweuhmom yang mempunyai lebih sejuta pengikut di TikTok sememangnya kerap memuat naik video aksi tariannya di beberapa lokasi ‘random’ di hadapan orang ramai.

Komen netizen:

Nak macam-macam info? Jom join group Nak Kecam Apa Hari Ini?

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL