spot_img

“Saya Nak Beli Peti Ais” Ketika Ditahan Dan Disoal Polis Kantoikan Pekerjaan Lelaki Ini

- Advertisement -

APABILA sudah terbiasa mengajar murid di sekolah, peranan dan sifat sebagai guru kadang-kadang terbawa-bawa sampai ke luar waktu kerja.

Begitulah situasi yang dihadapi Muhammad Azhan Zaffuan Ramli, 33, apabila askar dan polis yang berkawal di satu sekatan jalan raya boleh meneka kerjayanya dengan tepat, hanya dengan menilai cara percakapannya.

Guru Bahasa Inggeris dan Pendidikan Seni itu berkata, kejadian menghiburkan itu berlaku sewaktu dia dalam perjalanan untuk membeli peti ais dari Puncak Alam ke Setia Alam, Selangor, Selasa lepas.

- Advertisement -

”Saya nak pergi beli peti ais dan perlu melalui ʀᴏᴀᴅʙʟᴏᴄᴋ. Jadi askar dan polis yang berkawal tanya saya nak ke mana?

”Bila saya jawab, mereka tanya jika saya bekerja sebagai cikgu. Terkejut juga masa tu, macam mana mereka tahu saya kerja apa.

”Kata polis tu, cikgu-cikgu je bila orang tanya satu, dia jawab banyak,” ujarnya secara berseloroh.

- Advertisement -

Jelas guru yang berasal dari Perak itu, dia sememangnya sudah terbiasa memberi penjelasan terperinci di dalam kelas bagi memberi kefahaman kepada murid-murid.

Tanpa disedari, sifat itu menjadi sebahagian daripada dirinya dan turut terbawa-bawa di luar bilik darjah.

Cari peti ais dari Puncak Alam tak jumpa-jumpa

- Advertisement -

Bercerita mengenai kisah peti ais yang tular itu, Azhan berkata dia mahu membeli kelengkapan itu sebelum bulan Ramadan menjelma tidak lama lagi.

Ujarnya, dia sudah mencari peti ais di kawasan berdekatan rumah di sekitar Puncak Alam, Selangor namun gagal menemuinya.

Mula-mula memang janggal. Dah terbiasa berhadapan dalam kelas, sekarang hadap skrin je. Guru-guru harus cari jalan bagaimana nak sampaikan pengajaran.

”Sebelum ni ada peti ais, tapi kawan saya dah berpindah rumah. Jadi mereka dah bawa keluar peti ais tu.

”Saya cari online, tapi delivery agak lambat. Dah dekat puasa ni, nak simpang barang, nak masak lagi.

”Bila saya jelaskan, pihak berkuasa pun faham dan mereka benarkan perjalanan saya. Tapi tetap tak jumpa peti ais bersesuaian semalam,” ujarnya lagi.

Bercerita mengenai keadaan semasa murid-muridnya, Azhan berkata kelas dalam talian berjalan dengan lancar biarpun tidak semua dapat mengikutinya.

Malah katanya, hal itu menjadi cabaran buat golongan guru khususnya untuk mengajar dalam suasana penuh terhad dan tiada interaksi langsung sebagaimana di dalam bilik darjah sebelum ini.

”Interaksi jadi terbatas. Kalau nak banding dengan pengajaran dalam kelas, memang berbeza.

”Mula-mula memang janggal. Dah terbiasa berhadapan dalam kelas, sekarang hadap skrin je.

”Guru-guru harus cari jalan bagaimana nak sampaikan pengajaran, pada masa sama tidak membebankan murid dan keluarga mereka,” jelasnya lagi.

Dalam pada itu, posting Azhan di Twitter sehingga kini menerima hampir 27,000 ulang kicau (Retweet). Malah, ramai netizen turut ᴍᴇɴɪɴɢɢᴀʟᴋᴀɴ komen mereka di posting itu.

”Bayangkan berapa banyak cikgu yang abang polis tu dah jumpa sampai boleh teka dengan tepat macam tu?

”Ni cikgu yang rindu nak terang kat kelas. Last-last dia terang panjang lebar kat polis.

”Saya bukan cikgu. Tapi jenis saya macam ni juga, suka jawab jenis explain. Hahaha menurun dari ayah saya sebenarnya. Ayah pensyarah,” ujar beberapa netizen.

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL