spot_img

49 Lelaki Direman Bantu Siasatan Langgar SOP Solat Aidiladha Tepi Jalan

- Advertisement -

MAHKAMAH Majistret di sini hari ini mengeluarkan perintah reman ke atas 48 lelaki warga asing dan seorang warga emas tempatan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan melanggar prosedur operasi standard (SOP) dengan mengadakan solat sunat Aidiladha di Taman Pelangi, Juru semalam.

Perintah reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Bukit Mertajam Hasliza Razak selepas membenarkan permohonan polis untuk menahan kesemua suspek terbabit.

Kesemua 48 warga asing berumur antara 20 dan 43 tahun itu direman empat hari manakala seorang warga tempatan berusia 64 tahun direman tiga hari, bermula hari ini.

- Advertisement -

Kes disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan iaitu berhubung perbuatan cuai yang mungkin merebakkan jangkitan apa-apa penyakit yang berbahaya kepada nyawa.

Terdahulu semua suspek tiba di Mahkamah Majistret pada 10.10 pagi dengan memakai baju lokap polis.

- Advertisement -

Semalam, tular video di media sosial mengenai tindakan kumpulan lelaki di kawasan perumahan berkenaan sedang menunaikan solat di kawasan tempat letak kereta sehingga ke tepi jalan raya bermula 8.30 hingga 9 pagi.

Baca Artikel Sebelum: [VIDEO] – Polis Siasat Video Tular Jemaah Berkumpul Di Luar Surau Di P Pinang

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin dalam kenyataan turut memberi jaminan tindakan tegas akan diambil terhadap individu dan pihak penganjur yang menunaikan solat sunat Aidiladha di kawasan terbuka di Seberang Perai Tengah kerana melanggar SOP.

- Advertisement -

Nak macam-macam info? Jom join group Nak Kecam Apa Hari Ini?

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL