spot_img

Gara Gara Ziarah ᴋᴜʙᴜʀ Pada Aidiladha, Pemuda Kena Kompaun RM2,000

- Advertisement -

GARA-GARA menziarahi ᴋᴜʙᴜʀ pada Hari Raya Aidiladha semalam, seorang lelaki dikompaun sebanyak RM2,000 kerana ᴍᴇʟᴀɴɢɢᴀʀ prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut Ketua Polis Daerah Jempol, Suprintendan Hoo Chang Hook, kejadian berlaku kira-kira pukul 11.40 pagi di Tanah ᴘᴇʀᴋᴜʙᴜʀᴀɴ Islam Felda Palong 12 dan 13, Negeri Sembilan.

Katanya, pasukan khas pematuhan SOP Pelan Pemulihan Negara kemudiannya bertindak menahan seorang pemuda berusia 21 tahun bersama dua anak saudaranya di lokasi kejadian.

- Advertisement -

Beliau menjelaskan, dia didapati ada di lokasi bagi tujuan ziarah ᴋᴜʙᴜʀ yang merupakan aktiviti ᴅɪʟᴀʀᴀɴɢ ketika ini.

“Kompaun kemudiannya dikeluarkan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan ᴘᴇɴʏᴀᴋɪᴛ ʙᴇʀᴊᴀɴɢᴋɪᴛ 1988,” katanya di sini hari ini.

Dalam masa sama, Chang Hook menasihatkan orang ramai agar mematuhi semua SOP ditetapkan kerajaan.

- Advertisement -

Tambahnya, ini termasuk tidak melakukan aktiviti ziarah ᴋᴜʙᴜʀ dan berkunjung rumah ke rumah sepanjang Aidiladha ini.

Bagaimanapun pelbagai reaksi netizen berkenaan perkara ini.

Menurut pengguna Facebook Fatimah Jailani, “Mohon pihak tertentu membantu pemuda ini, daripada gambar sudah difahami. Keadaan suasana kampung, motor kapcai, paksaudara dan anak-anak saudara, ziarah ᴋᴜʙᴜʀ, adakala peri kemanusiaan itu perlu diseiringkan dengan rasional perlaksanaan undang-undang atau penguatkuasaan. Orang susah nk makan payah, nak cekau mana duit tu?”

- Advertisement -

“Bila mana terlalu over nak ketat pengawasan dan kawalan sampai hati nurani nak ada sikap timbang rasa dan perikemanusiaan pun susah nak wujud.

Ziarah ᴋᴜʙᴜʀ kan, bukan ziarah hari raya! Bukan bawak sekampung pergi ziarah ᴋᴜʙᴜʀ.
Nak jalan taggungjawab boleh tapi berpada la dengan situasi, jangan la claim over melebih. Ntah dia pergi ziarah ᴋᴜʙᴜʀ bini ke, dah lama memendam rasa siapa tahu situ je ketenangan yang dia dapat.

Tolak ansur la skit, undang-undang pun tengok situasi jugak la. Bukan buat kenduri dekat ᴋᴜʙᴜʀ tu, bukan mengajak sekampung jiran tetangga. Pergi pun senyap-senyap nak lari dari orang tu. Sekali kena jugak, orang tu pun, halah halahhh. Kena dekat batang hidung sendiri baru tahu!” Ulas pengguna Facebook Noor Fadzleen.

Reaksi Warga Maya

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL