spot_img

Lori Bantuan Ebit Lew Diarah Patah Balik Kerana Tiada Kebenaran

- Advertisement -

TERKINI dilaporkan lori-lori yang membawa bantuan misi kemanusiaan daripada pendakwah terkenal, Ebit Lew dilaporkan telah diarah berpatah balik di sekatan jalan raya (SJR) Bentong kerana tidak mempunyai dokumen kebenaran.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd. Kahar hari ini.

Menurut Zaiham, tiga buah lori seberat tiga tan membawa barangan muatan bagi misi kemanusiaan Ebit ke Pantai Timur itu tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

- Advertisement -

Dalam kejadian pukul 1.30 pagi semalam, Zaiham berkata, lori yang masing-masing dibawa seorang pemandu itu dalam perjalanan ke Kuantan, Terengganu dan Kelantan.

Kata beliau, mengikut SOP MKN, mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) perlu mendapatkan kebenaran daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri untuk pergerakan bantuan bencana atau misi kemanusiaan.

- Advertisement -

“Saya sahkan memang lori mereka diarah untuk berpatah balik kerana tiada sebarang dokumen bagi tujuan berkenaan.

Baca Artikel Berkaitan: Nadir Persoal Kaedah Ebit Lew Yang Didakwanya Memberi Kesan Besar Kepada NGO Lain

“Lori itu pun sebenarnya disewa dengan pemandu diberitahu untuk ke Kuantan, Terengganu serta Kelantan.

- Advertisement -

Anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) memeriksa surat kebenaran rentas daerah dan negeri pemandu serta penumpang kenderaan semasa bertugas di Sekatan Jalan Raya (SJR) di lebuh raya Karak berhampiran Plaza Tol Gombak, disini hari ini.

“Tiada isu besar pun kerana kesemua mereka akur dengan arahan dan berpatah balik. Setakat ini pun tiada sesiapa daripada pihak Ebit berhubung dengan Polis Bentong.

“Mereka hanya diarah untuk berpatah balik, tiada kompaun dikenakan,” katanya ketika dihubungi.

Mengulas lanjut, Zaiham turut menasihatkan mana-mana NGO atau orang perseorangan yang terlibat dalam apa sahaja misi kemanusiaan supaya mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

Beliau berkata, perkara itu penting bagi mengelakkan berlakunya kesulitan dalam misi kemanusiaan berkenaan.

“Tidak kira sesiapa pun sama ada NGO atau instafamous sekali pun, jika ada tujuan untuk misi kemanusiaan, dapatkan kebenaran daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri atau Daerah.

“Supaya nanti tidak mendatangkan kesulitan kepada misi tersebut,” jelas beliau.

Semalam, Zaiham dilaporkan berkata, sebanyak 98 kenderaan telah diarahkan berpatah balik ketika cuba melalui tiga SJR di sekitar daerah Bentong sejak 15 Julai hingga Isnin lalu.

Beliau memaklumkan, kenderaan terbabit diarah berpatah balik kerana tidak mempunyai dokumen sah daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Selain itu, ada juga yang menggunakan surat Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) atas sebab tidak munasabah dan lain-lain.

“Sebanyak lima kompaun juga dikeluarkan di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong atas pelbagai kesalahan,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Nak macam-macam info? Jom join group Nak Kecam Apa Hari Ini?

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL