spot_img

Nadir Persoal Kaedah Ebit Lew Yang Didakwanya Memberi Kesan Besar Kepada NGO Lain

- Advertisement -

BARU sahaja hendak reda, kini kembali pula hangat isu melibatkan misi bantuan seorang pendakwah terkenal di ɢᴀᴢᴀ baru-baru ini.

Sebelum ini seorang penyanyi, Caprice membangkitkan rasa tidak puas hatinya ke atas misi Ustaz Ebit Lew namun penyanyi rap itu kemudian dilaporkan sedia menjernihkan keadaan.

Namun isu sama kembali hangat diperkatakan di media sosial hari ini susulan dakwaan terbaru oleh aktivis Malaysia yang berpangkalan di ɢᴀᴢᴀ.

- Advertisement -

Malah, Muhammad Nadir Al-Nuri juga dilaporkan satu-satunya rakyat Malaysia yang berada di ɢᴀᴢᴀ dan beliau terlibat langsung menguruskan sumbangan kepada penduduk wilayah bergolak itu.

Menerusi saluran Telegram miliknya, Nadir dengan panjang lebar membangkitkan banyak perkara berkaitan misi bantuan pendakwah yang dikagumi ramai itu.

Antaranya, Nadir mempersoalkan kaedah pasukan Ebit Lew yang didakwanya memberi kesan besar kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain.

- Advertisement -

“Kenapa kaedah tim Ebit Lew memberi kesan besar kepada NGO lain? Kerana kalau sebelum ini banyak NGO boleh masuk melalui cara lama bersama Miles of Smiles, kini mereka terpaksa menggunakan cara baru dengan membayar kepada syarikat harga yang tinggi.

“Ini kerana hasil desakan dan kesungguhan pihak kerajaan membuat kerjasama Malaysia-Mesir hanya untuk melepaskan misi tim Ebit Lew berjaya masuk ke ɢᴀᴢᴀ tidak kira berapa pun kos yang perlu dibayar tanpa menghiraukan kesan besar selepas itu.

“Hasil desakan tersebut mereka berjaya masuk dengan syarat penggunaan khidmat syarikat Hala untuk masuk. Syarikat Hala bukan rahsia untuk penduduk ɢᴀᴢᴀ,” katanya.

- Advertisement -

Dakwa Nuri, khidmat tersebut boleh digunakan oleh sesiapa sahaja yang mampu membayar kosnya, iaitu AS$1,200/ orang untuk orang tempatan bagi perjalanan masuk dan keluar ke ɢᴀᴢᴀ.

Beliau mendakwa, dengan bayaran tersebut akan mendapat layanan istimewa tanpa perlu berhenti di banyak checkpoint dan berhenti di ‘bottle neck’ merentas Terusan Suez yang biasanya mengambil masa dua ke tiga hari untuk dilalui.

Katanya, untuk orang luar pastinya bayaran yang dikenakan lebih mahal, lebih-lebih lagi kalau hendak diberi layanan VVIP dengan iringan kenderaan berperisai dan sebagainya.

“Duit sendiri atau duit orang ramai, saya menyeru supaya pada masa hadapan perbaikilah apa kelemahan atau kekurangan, pimpinlah perjuangan kemanusiaan dengan pihak berkaitan.

“Sama-sama berpegang untuk membantu bukan dengan cara membuat kerja tanpa menoleh kiri kanan dan tidak menghiraukan kesan buruk yang terpaksa ditanggung badan-badan lain yang telah memulakan dan meneruskan perjuangan nafas panjang.

“Kepada rakan-rakan NGO, pusat-pusat zakat, institusi bantuan dan pihak lain yang pernah melalui pengalaman sama di Kelantan, Kedah, Sabah dan tempat lain, barulah saya mengerti apa yang kalian semua rasai khususnya yang terpaksa mengadu di forum tertutup kerana malas melayan ‘backlash’ pembaca kerana kaedah redah dan dakwah yang tidak teratur dan tidak mengendahkan nasihat atau teguran pihak lain.

“Kepada kalian, teruskan sahaja perjuangan dan kerja kalian selagi mana kalian berada di landasan yang betul.

“Jangan lupa bahawa hero yang sebenar ialah marhain yang kita bantu dan upayakan kerana mereka yang selama ini berkorban dan bersabar dengan ujian,” katanya.

Nadir Al-Nuri ketika melakukan ziarah penduduk yang terjejas dalam ꜱᴇʀᴀɴɢᴀɴ tentera ɪꜱʀᴀᴇʟ di ɢᴀᴢᴀ hujung bulan lalu./ Gambar FB Nadir Al-Nuri.

Dalam tulisaannya itu, Nadir juga menjelaskan, mereka yang terlibat dengan kerja kemanusiaan tahu bahawa pendaftaran di bawah Pendaftar Pertubuhan (ROS) hanya menuntut dihantar penyata kewangan tahunan.

Katanya, menjadikan perbelanjaan diaudit adalah bonus dan menunjukkan bahawa NGO menjunjung integriti dan transparensi dan itu tindakan yang diambil pihaknya tahun ini kerana mula mencuri perhatian dan diberi amanah yang besar menyampaikan sumbangan kalian.

Jelas beliau, untuk makluman juga, pengurusan NGO di ɢᴀᴢᴀ sangat ketat dan penyampaian bantuan dipantau agar tidak berlaku penyelewengan.

“Sebagai contoh, dalam projek korban tahun ini, pihak saya membeli 122 ekor lembu melalui sistem tender terbuka.

“Agihan akan dibuat melalui 140 NGO tempatan yang berdaftar dan dipantau Kementerian Dalam Negeri, malah kami perlu menyediakan senarai nama 30,000 keluarga yang akan menerima bantuan daging!,” katanya.

Justeru, beliau membangkitkan adakah pihak Ebit Lew bersedia memberi penerangan sekiranya ratusan ribu dolar AS yang dibayar ke syarikat Hala, untuk penginapan, barangan sumbangan yang dibeli untuk agihan sama ada yang terdampar di Kaherah atau yang dibeli di ɢᴀᴢᴀ?

“Sekiranya perbelanjaan tersebut datang dari poket sendiri, sahhah wa afiyah, terima kasih dan teruskan usaha murni ini.

“Sekiranya tidak, ambillah tanggungjawab memberi penerangan kepada semua penderma supaya tidak timbul bibit-bibit fitnah yang lain,” ujarnya.

Ebit Lew menjadi perhatian ramai baru-baru ini berikutan misi kemanusiaan beliau ke ɢᴀᴢᴀ dan pendakwah itu turut dianugerahkan Duta Muhibah oleh Kementerian Luar Palestin.

Pihak media sedang menghubungi pembantu Ebit Lew untuk mendapatkan respons berhubung dakwaaan Nadir itu.

Nak macam-macam info? Jom join group Nak Kecam Apa Hari Ini?

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL