spot_img

Detik Cemas Bayi Usia 2 Minggu Jatuh Lantai Selepas Tukar Baju Dan Dibiarkan Atas Meja Seminit Dua

- Advertisement -

MALANG tidak berbau, kealpaan mengundang padah buat Najdi 30, bekas anggota kumpulan UNIC apabila berdepan detik cemas apabila bayi berusia dua minggu jatuh dari ketinggian satu meter.

Segalanya berlaku dalam sekelip mata. Hanya Dalam masa tempoh kira-kira dua minit, anak keempatnya iaitu Wan Mishary yang ditinggalkan di atas meja makan di tingkat bawah bersendirian jatuh ke lantai.

“Lepas tukarkan baju baby, saya biar atas meja… sepatutnya letak atas katil dulu. Isteri mandi waktu tu.

- Advertisement -

“Saya naik atas sekejap untuk tukar baju. Sekejap je dalam seminit atau dua minit… ketika nak sarung baju tiba-tiba dengar baby menangis, rupa-rupanya dah jatuh.

“Saya orang terakhir yang pegang, kesilapan datang daripada saya. Lepas kejadian saya dan isteri hanya mampu berdoa dan menangis… masing-masing salahkan diri,” katanya ketika dihubungi media.

Kesan bengkak di kepala

- Advertisement -

Ekoran itu, Najdi segera membawa bayinya itu ke Hospital Kajang bagi mendapatkan rawatan.

“Malam selasa doktor pakar buat ultrasound untuk periksa kalau ada pendarahan dalam kepala, Alhamdulillah tiada… tapi kena monitor 24 jam.

- Advertisement -

“Setakat sekarang ni okey, tapi apabila baby bangun tidur dia akan terkejut sikit. Ada kesan bengkak di kepala bahagian kiri,” katanya lagi.

Anak kedua tarik lampin balut bayi

Najdi turut berkongsi punca kejadian itu disebabkan anak keduanya menarik kain lampin yang digunakan untuk membalut bayi.

“Rupa-rupanya anak saya nombor yang nombor dua tu tarik napkin dia… napkin dia tu saya guna balut baby.

“Saya bukan nak salahkan sesiapa, cuma saya kesal benda ni jadi.

“Anak saya ni ada autisme sikit dan memang tak boleh nak salahkan dia, jadi salah diri sendiri,” katanya.

Guna meja makan tukar lampin dan baju

Akibat trauma dengan kejadian tersebut, Najdi dan isteri kini tidak lagi menggunakan meja makan sebagai tempat untuk menguruskan bayi.

“Isteri saya gunakan meja makan untuk jadikan tempat tukar lampin dan baju, lepas tukar baju baru letak di katil.

“Sebelum ni saya pun pernah tegur jangan tukar baju baby atas meja, takut tertinggal,” katanya.

Najdi dan Norazreen mendirikan rumah tangga pada 2016. Hasil perkongsian hidup selama lima tahun itu, pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata, Wan Nur Maisarah,5, Wan Mustapha,3, Wan Medina,2, dan yang terbaharu Wan Mishary,2 minggu.

Dalam perkongsian terbarunya, Najdi memuat naik gambar bayinya yang sudah keluar daripada hospital dan berterima kasih atas doa yang dititipkan buat anaknya itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Wan Najdi (@wannajdi)

Nak macam-macam info? Jom join group Nak Kecam Apa Hari Ini?

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL