spot_img

Penyewa Tak Bayar Sewa Tetapi Tuan Rumah Kena Saman

- Advertisement -

UMUM mengenali peguam bernama Nor Zabetha yang sering berkongsi tulisan di Facebook di mana beliau mengulas apa sahaja isu semasa atau viral di media sosial.

Terbaru, perkongsiannya tentang isu ᴋʜɪᴀɴᴀᴛ dan ᴍᴇʀᴏꜱᴀᴋᴋᴀɴ harta benda yang ᴍᴇɴᴄᴜʀɪ perhatian ramai.

“Status saya yang tadi, ada beberapa soalan yang bertanya berkenaan dengan melakukan ᴋʜɪᴀɴᴀᴛ dengan ᴍᴇʀᴏꜱᴀᴋᴋᴀɴ harta benda dibawah ꜱᴇᴋꜱʏᴇɴ 427 Kanun ᴋᴇꜱᴇᴋꜱᴀᴀɴ.”

- Advertisement -

“Saya tulis melakukan ᴋᴇʀᴏꜱᴀᴋᴀɴ terhadap harta bernilai RM25 atau lebih. Ada yang menyangka kesilapan typo. Mungkin saya hendak tulis RM25,000.”

“Oh! Tidak. Memang begitu ayatnya. Memang ᴋᴇʀᴏꜱᴀᴋᴀɴ kepada harta benda yang nilainya RM25 dan lebih.” tulis Nor Zabetha.

Bercakap mengenai soal itu, Nor Zabetha kemudian berkongsi pengalamannya sewaktu ketika dahulu apabila anak guamnya berselisih faham dengan penyewa rumah yang tidak mahu bayar sewa.

Tuan rumah ᴄᴀʙᴜᴛ meter TNB

- Advertisement -

Menurut Zabetha, akibat penyewa masih berdegil, tuan rumah tension dan datang ke rumah yang disewakan.

“Dia masuk ke dalam rumah dan ᴍᴇᴍᴏᴛᴏɴɢ bekalan elektrik secara ᴍᴇɴᴄᴀʙᴜᴛ meter TNB.”

“Penyewa telah membuat laporan polis, memandangkan polis rasakan itu adalah perbuatan yang ᴋʜɪᴀɴᴀᴛ dengan melakukan ᴋᴇʀᴏꜱᴀᴋᴀɴ pada barangan bernilai RM25. Anak guam saya telah ᴅɪᴅᴀᴋᴡᴀ di mahkamah dan perlu membayar jaminan dan melantik peguam.”

- Advertisement -

“Kami menang kes ini kerana hujah saya bahawa rumah itu adalah miliknya dan penyewa telah tandatangan perjanjian.”

“Jadi harta miliknya sendiri. Bukanlah ᴋᴇʀᴏꜱᴀᴋᴀɴ pada harta benda penyewa dan ᴋᴇʀᴏꜱᴀᴋᴀɴ yang berlaku adalah kerugian anak guam.”

“Dalam proses menang itu, perlu pula dia ke mahkamah berkali-kali, lantik peguam dan menjalani proses ke mahkamah.”

“Tidak ke payah dan susah, semata-mata hal yang nilainya RM25 sahaja. Harga jaminan sahaja pun telah berkali ganda dari nilai yang ʀᴏꜱᴀᴋ.”

“Saya hendak pesan, ᴜɴᴅᴀɴɢ-ᴜɴᴅᴀɴɢ ᴍᴇʀᴏꜱᴀᴋᴋᴀɴ harta benda milik orang atau milik awam itu ada. Jangan main sembarangan.”

“Kalau ʙᴇʀɢᴀᴅᴜʜ kita jangan pergi ᴘᴇᴄᴀʜᴋᴀɴ pasu bunga jiran, ᴘᴀᴛᴀʜᴋᴀɴ side mirror kereta orang, ᴄᴀʟᴀʀᴋᴀɴ kereta orang atau apa sahaja perbuatan. Tak pasal-pasal nanti, panjang prosesnya.”

“Geram dan marah itu belum tentu dapat dilepaskan dengan ᴍᴇɴᴊᴀʜᴀɴᴀᴍᴋᴀɴ orang tetapi yang pasti kalau polis hendak membuat siasatan dan ᴅᴀᴋᴡᴀᴀɴ. Panjang cerita dia nanti.”

“ʜᴜᴋᴜᴍᴀɴɴʏᴀ juga bukan biasa-biasa. ᴘᴇɴᴊᴀʀᴀ tidak kurang setahun dan maksimum 5 tahun atau ᴅᴇɴᴅᴀ atau kedua-duanya sekali.”

“Tengok jugalah perbuatannya untuk menilai berapa lama ᴘᴇɴᴊᴀʀᴀ atau berapa banyak ᴅᴇɴᴅᴀ. Sebab berbeza mengikut perbuatan dan fakta kes.”

“Kalau ᴍᴇɴɢᴀᴍᴜᴋ itu macam-macam gaya hendak lepas marah. Ada yang pergi ᴘᴇᴄᴀʜᴋᴀɴ wind screen orang, ada yang pergi ᴊᴀʜᴀɴᴀᴍᴋᴀɴ pagar depan rumah orang. Boleh dikatakan lagi dasyat perbuatan, lagi dasyatlah ʜᴜᴋᴜᴍᴀɴ. Semua ini ada ʜᴜᴋᴜᴍᴀɴ.”

“Hati-hati. Marah tu kawal,” akhiri Zabetha.

Sumber: Facebook Nor Zabetha

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL