spot_img

Selepas Mendapat Penjelasan Dari Ebit Lew, Tiba-Tiba Nama Neelofa Dan Ibunya Terheret

- Advertisement -

PENDAKWAH bebas, Ustaz Ebit Lew mengambil peluang menjelaskan beberapa isu termasuk yang dibangkitkan seorang aktivis berhubung ‘caranya’ masuk ke ɢᴀᴢᴀ bulan lalu.

Menerusi dalam sesi siaran langsung di media sosial miliknya, Ebit Lew menyangkal dakwaan Muhammad Nadir al-Nuri yang mendakwa beliau dan rombongannya menggunakan khidmat sebuah syarikat bernama Hala untuk masuk ke ɢᴀᴢᴀ melibatkan kos yang besar.

Dakwa Ebit, tuduhan itu satu fitnah malah beliau sendiri tidak pernah mengetahui kewujudan syarikat berkenaan dan perkhidmatan mereka.

- Advertisement -

Sebaliknya, kata beliau, pihaknya menggunakan perkhidmatan sebuah syarikat yang lebih murah berbanding menerusi Mile of Smile yang disebut Nadir.

Kata Ebit, beliau juga memperoleh kerjasama serta bantuan baik daripada Kedutaan Malaysia di Mesir di samping kerajaan republik itu yang membolehkan rombongannya masuk ke ɢᴀᴢᴀ.

- Advertisement -

“Kami dapat kelulusan kerajaan Mesir, tetapi kelulusan daripada tentera tidak berjaya. Jadi, kami semua sudah mahu balik ketika itu, sebelum balik saya singgah kedutaan untuk ucapkan terima kasih tetapi dimaklumkan ejen perisikan tentera Mesir mahu bantu kami.

“Kemudian mereka bawa saya pergi berjumpa dengan ejen Syarikat Lucky Tour yang boleh bantu kami ke ɢᴀᴢᴀ dengan kos ASD2,500 kira-kira RM10,000 seorang,” katanya.

Baca Artikel Berkaitan: Nadir Persoal Kaedah Ebit Lew Yang Didakwanya Memberi Kesan Besar Kepada NGO Lain

- Advertisement -

Beliau juga menyangkal sama sekali dakwaan caranya masuk ke ɢᴀᴢᴀ akan menyusahkan pihak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain selepas ini.

Katanya, kaedah beliau mungkin lebih memudahkan kerana Lucky Tour ini khidmatnya lebih murah berbanding Mile of Smile.

Dalam pada itu, Ebit juga menjelaskan yang misi kemanusiaannya ke ɢᴀᴢᴀ itu dilakukan menerusi wangnya sendiri selain bantuan dari rakan-rakan rapat.

Katanya, beliau juga tidak pernah membuka apa-apa tabung untuk tujuan misi bantuannya ke ɢᴀᴢᴀ itu.

“Saya tak pernah buka tabung untuk ke ɢᴀᴢᴀ. Ini saya nak ulang sekali lagi. Jangan risau, saya pakai duit sendiri dan dibantu rakan-rakan rapat,” jelasnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

Turut terpalit nama selebliriti popular Neelofa meminta agar tidak mengheret nama ibunya, Datin Noor Kartini dan namanya berhubung kontroversi yang timbul antara pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew dan penyanyi rap, Caprice.

Neelofa berkata demikian menerusi beberapa komen yang dihantar dalam sesi siaran langsung Instagram (IG) Ebit sebentar tadi.

“Ibu saya tiada kena mengena dengan cerita Caprice dan ustaz. Saya akan hubungi Caprice kenapa kaitkan nama orang yang tidak terlibat.

“Ini tidak betul! (This is not right!). Saya minta jangan kaitkan benda yang tidak berasas,” tulisnya.

Terdahulu, Caprice telah menyebut tiga nama selebriti termasuklah suami Neelofa iaitu PU Riz dan Heliza Helmi yang difahamkan tersenarai dalam misi bantuan ke ɢᴀᴢᴀ, ᴘᴀʟᴇꜱᴛɪɴ bersama Ebit.

Namun ia dinafikan sekerasnya oleh Ebit Lew yang langsung tidak pernah berbincang bersama mereka untuk misi ke bumi bergolak berkenaan.

Malah, Ebit menyifatkan tuduhan Caprice yang mendakwa dirinya telah menggunakan dokumen tersebut demi kepentingan peribadi adalah fitnah yang amat berat.

“Dia (Caprice) tuduh saya ambil dokumen yang ada nama dia, Neelofa dan Haris. Saya tak pernah jumpa mereka untuk bincang rancangan ke ɢᴀᴢᴀ.

“Saya tak bawa lari dokumen…saya ikut saluran yang betul,” kata Ebit dalam sesi IG Live.

Komen Netizen

Nak macam-macam info? Jom join group Nak Kecam Apa Hari Ini?

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL